Monday, August 11, 2014

Diari Hamil Ku : Minggu 23 ~ 3rd scan & Pureen Clearance Stock.

Assalamualaikum Semua.

Minggu nie da masuk minggu ke 23 dah baby dalam perut mummy nie..
Mummy doakan baby sihat dan bahagia kat dalam tue.
:)

7haribulan hari tue macam biasalah rutin bulanan sekarang nie kita pergi check-up.
Sesudah selesai dengan jayanya nasi lemak jiran sebelah ke dalam perut, beberapa minit sebelum pukul 7:30 pagi kami ke klinik desa Selayang Baru.
Seperti biasa, pepagi..of course laa dah ramai..tapi hari tue lah paling sekejap aku berada dalam klinik tue.
Sampai² tunggu nombor..dapat nombar, pergi toilet..timbang berat dan dduk dikerusi balik sambil tersengguk² menunggu nombor.
Haa cakap pasal berat nie..ai raya² nie naik pulak dia. haha puasa hari tue 67, raya nie da 69. kikiki.
Bila nombor da dipanggil dalam 4orang dihadapan, jumpa nurse muda..dia buat ultrasound check jantung baby tapi tak jumpa² baby nyorok ke? hehe. Nurse veteren plak try, sekejap je dah dengar jantung dia..kemudian amek blood pressure, amek darah kat hujung jari...
Ha dah siap!
*ai sekejap*
Dalam hati bertanya "eyh. tak jumpa doktor ke? kata dia doktor ada setiap khamis.."

Jadi ingatkan adalah adegan scan mengescan baby nie..tapi tak de.
Jadi daddy decide kita buat scan biasa kat Klinik Dahlia je la balik kerja nanti.
Haaa daday yang excited okay.
Aku okay kan aje..

Hasil scan petang tue..
TARAAAAA!

Time nie baby betul² tengok kami..
Doktor kata "owhh dia tahu mummy daddy dia nak teropong dia..dia pun pusing tengok kita betul² depan skrin nie"
Ya Allah perasaan time nie bercampur baur..sebak pun ada.
Doctor Ayu pun da beritahu gender baby, terkezut kami..
tapi kami tak nak sahkan lagi..tunggu nak buat scan 3D/4D baru laa nak sah beli baju color biru ke pink.
hehe.

23 weeks,
Membesarlah dengan sihat dan sempurna wahai anak..
Much Love, mummy daddy.

Hah tertinggal satu cerita,
Minggu lepas google pasal baby expo.
So da save the date untuk baby expo akhir tahun nie.
Yang paling dekat date nyer 16 - 17 August 2014 "Pureen Stock Clearance Promotion"
dekat Gleanmarie, Shah Alam.
Semalam daddy balik kerja awal sikit, alang² kat rumah shah alam nie..amek lah kesempatan ke situ dengan niat nak usha² jee haha.
Tapi disebabkan harga baju baby serendah rm3..kami pun rembatlah. apa lagi..haha!
Waktu kami pegi tue around 3-3:30 petang..memang waktu paling afdal pegi sebab ramai tapi tak ramai sangat..sebab dengar cerita yang pagi nyer nak masuk kena beratoq panjang...
Aihhh tak lalu laa..memang nama dia lalu dan pandang saje lah.
Waktu kami pergi nie memang bole laa selit² lagi.
Alhamdulillah ada sedikit hasilnya.. :D

No comments:

Post a Comment