Thursday, November 6, 2014

Dairi Hamil Ku : Minggu 32 - 33 ~ Mom & Baby Expo Mid Valley &MaternityPhotoshoot with Hijau Photography.

Minggu 32

Dalam minggu nie banyak menda dapat. hehee.
Set bersalin Spa & Ma, Minyak kelapa dara d'Aura..then hujung minggu berjalan rembat barang kat mom & baby expo mid valley.

Set bersalin spa & ma nie, aku saja usha google.
standard market price is RM299, ada yang bagi free gift or postage include..ada yang tak bagi and add for postage..
Tapi aku ada terjumpa kat website lelong.com RM240 include post.
*pejam celik mata ku, betul ke nie?*
then tengok ada orang review kat blog lagi.
Thanks ya anis, sebab awak membuat saya lebih confident untuk membeli ehe :)
Ada juga aku survey² set bersalin lain. mungkin akan add set NR for loose item kott..

Pada yang usha set bersalin spa & ma berharga rm240 nie sila klik link nie ya.
Siap free shipping for wm & ada free gift lagi taw!
*tue kotak color pink, purple tue..* :D
Lelong.com - Al-Masyuk



Untuk minyak kelapa dara pulak aku beli online kat website nie.
Banyak khasiat mkd nie sebenarnya..bukan untuk ibu mengandung sahaja taw.
untuk kurangkan berat badan, untuk penghadaman yang lebih baik, untuk sihatkan jantung, kuatkan sistem imun, of course untuk sihatkan kulit & rambut, dan hilangkan strech-mark dan macam² lagi.

new price MKD As-Syifa
Haa on weekend nyer plak berjalan lagi ke expo baby kat mid valley.
Abang biasa lah hari sabtu keje halfday, tapi sabtu nie dia ada stock-take pulaa..*huwaaaaaa*
Jadi dia kata mungkin dia balik lewat if ada problem apa²..
So aku pun redha jee laa. Tapi pandai noww dia pujuk..
Macam biasalah plan dua saat dua tue. Tetiba masuk je kete, ayat dia "jom mid?!"
Aku dengan muka sememey nyer pandang dia..dengan dalam otak duk fikir jalan mana yang tak jammed jumaat² nie..aku tak kata ya, kata tak..tapi abang dah gunakan perkhidmatan kawan baik beliau di dalam kete iaitu 'waze'. hehe.
Ai. advance betul..ini betul² nie..sape yg excited pun tak tau..hehee.
*daddy nie excited sangat nie kan..dia yang nak sangat pergi sebenarnya tuee. tak pe daddy, ai know you* :D

Drying Rack RM25
BF storage RM9
Susu Enfamama RM24.40
Dan tengah tue goodies bag yang berisi magie goreng cup, mug, flyers, voucher, 3kotak susu enfagrow yang yummy!
Jadi inilah hasil rembatan yang sempat..sebab saya pukul 9:30pm ada booth yang da tutup..
Bila abang tengok muka kecewa bini dia nie..dia terus cakap "tak pe..esok lepas abang settle kerja, kita datang lagi yea." :) tak perlu kata apa². *ilupyu lah abang*

Esoknya, abang pergi kerja..biasalah kita nie selesaikan hal rumah, kemas barang² baby & mummy..kemas² rumah..iyela kita bukan surirumah sepenuh masa..on weekend sahaja lah penat sikit buat kerja rumah nie..da selesai semua, baru pi mandi. ehe.
Kemudian, ke dapur pula siap² untuk makan tengah hari.
sementara tunggu kepulangan suami tue..kita baring² tengok tv..tetiba bunyi engin kereta.
Aku pun caya tak caya jee..terus melompat buka pintu. haha.
Buka², si suami pun nak tutup pintu kete and say "Supriseeee!"
Aku sipu² sambil tertanya² *apa yang terjadi nie.? betul ke? dah laa balik sharp, awal dari biasa..* haha.
Aku tanya "berg, kenapa balik awal nie? da settle ke stock take?"
Dia senyum²..aku dengan rasa tak puas hati pun ada siap ugut, tak bagi masuk umah selagi tak bagitahu. hahaha. Then barulah dia cerita..kerja dah siap, tanya colleague sorang tue dia nak pergi baby expo..dia bagi balik. hahaha. syok betul kan.
Terus solat, siap² terus..haaa nampak tak excited dia.
Masak pun tak sempat sebab dia tak inform pun nak balik..kita pun apa lagi goyang kaki lah. hehe.
v
Dan ini hasil rembatan untuk hari kedua..

Baby shower tue 2 botol RM22, so each jatuh RM11.
Baby wipes (L) orange, RM10 (S) blue, RM4.
Liquid cleanser sekali refill RM28.
Yang botol, kotak kechik & baby wipes xs size tue adalah free gift :)
Goodies bag tue register atas nama suami pula, tue dapat lagi tue hehe.
*katanya susu enfagrow kotak tue sedap. lagi lagi kalau dapat free*
Nursing bra tue yang kuning RM20, but if u buy 2..RM38.
yang pink tue RM15, buy 2..RM28.
disposable panties tue RM5 saje..

Okay ini aktiviti hari keesokkan nye..
Basuh baju baby..sampai tak cukup hanger nyerr...
Lupa mau snap, kita pakai gambar ehsan dari google je yea.
Purren kiddi wash. Sannngggaaaatttt lah wangi bau dia.
Nak cium² saje bau baju tue. setiap kali lipat mesti nak bau. hah addicted bau sabun *tepuk dahi*

Ai beli detergent nie kat pasaraya Manjaku, 2L worth RM19.90.
Minggu 33

Minggu nie berjalan lancar..
sebab minggu nie ada cuti di pertengahan mingu. hihihi.
Esoknya, masuk ofis lewat sikit sebab check-up kat klinik desa.
Dapat jumpa doktor hari tue.
Doktor teropong baby kita..masa nie berat baby katanya 1.9kg dah. hehe. naik 0.1 jee dari last 2 weeks.

On weekend nyer, kami balik shah alam.
Heaven giler duk rumah, bole request apa saje mau makan.
Mak beli ketam, masak sup..yumm yumm!
letak sambal kicap sikit..mak ai menari² baby dalam perut haha. senang hati.

Sabtu pagi nya, kami ke Taman Saujana Hijau, persint 11, Putrajaya.
Ku bawa sekali mak ayah. hehe.
Pepagi dah exercise naik bukit.

Seperti biasa, photographer yang sama iaitu Hijau Photography.
bersama Yuchi.
Di make-over eyh! di make-up kan oleh Fes Anggun bridal.
Slot kami pagi..chantek view taman tue waktu pagi..tapi nak masuk ke tengah hari makin ramai orang datang untuk graduation photography, yang datang dengan kawan² captured moment beramai².
Ramai jugak orang walau panas² cuaca sekarang nie..
tapi pepagi pun ramai yang datang for exercise, tua muda, kanak² pun ada..
Ai yang bunyung ni idok lerr berjalan jejauh..naik bukit pun da semput hihi.
Time nie Hijauphotography ada buat promo October.
By depo RM100 untuk book, total price RM250 include make-up okay.
Haaa macam tak percaya kan.
tapi mamat hijau nie dia buat. ;D
Thanks Yuchi & Fateha.
;)


Hari ahad nyer..sebelum balik Selayang, suami excited nak singgah Baby Outlet kat Sunway.
Area² kawasan perindustrian sebelah sunway pyramid tue.
Diorang ada buat warehouse sale luar outlet.
Tapi barang dalam outlet pun harga murah berbanding luar..stroller pun berlambak.
quinny pun ada tapi yg latest tak ada sampai zapp je ada.
*time ai pergi hari tue laa, tak taw kalau diorang da tambah stock*
more info, google ya.


Nota kaki
• Mom & Baby Expo at IDCC, Shah Alam next week!
• Next appointment with Dr. Roslan 5 Nov.
• Appointment klinik desa 13 Nov.

Tuesday, October 21, 2014

Dairi Hamil Ku : Minggu 30 - 31 ~ Welcome 3rd Trimester! & RegisterFPP @ Hospital Selayang.


Minggu 30
Alhamdulillah Syukur...masuk third trimester dah kita.
Baby makin aktif, dan pinggang mummy pun makin sakit... heee :D
Minggu nie semua berjalan lancar..

Okay. Let's start with...
Happy BirthDay daddy-to-be!
Da 3series da yea awak.
Dulu ingat lagi awak kata umur 3series baru awak nak kawen.
Haaa..sekarang, 3series awak nak jadi daddy da taw.! ;p
Sempat lagi buat 'something' kat husband.
Disebabkan dia tak de time bila nak ajak ke mana², kita bagi di rasa muda 16 tahun katanyaaa haha!
Sekarang semua dihujung jari. Click search kat IG tue, semua nak, semua kuar. haha.
Sekarang service hantar² bunga nie banyak jugak kat IG nie.
#sayajualbunga #kualalumpurflorist #chocolatebouquet #surprisedelivery
Haaa type jee..
Macam kita, survey punya survey...kita  decide untuk hire 'Love Chapters Florist' IG dia.
tengok hasil makcikbunga nie macam best jee.
free delivery untuk kL dengan pJ.
lain² ada additional charge.
And latest, makcikbunga nie bole juga delivery bunga ke seluruh m'sia dengan khidmat poslaju dan dikenakan kos rm30 sahaja..packaging dalam kotak.
So, for more info..bole la stalk IG makcikbunga lovechaptersflorist ya. ;)

Hujung minggu kita, tak kemana pun..tak balik kampung pun untuk raya haji.
Sambut bersama family di Shah Alam ja..

Sabtu tue usha IG, Marissa Shoppe buka separuh hari.
sebab husband kita kerja separuh hari, kita ajak mak ayah dengan adik kita pi kedai tue kat section 20 jee pun. Kita rembat papa bag by simple dimple, tunku baby dan krim herba tropika.

papa bag worth rm89
tunku baby rm10
& krim herba tropika rm35
*papa bag tue request by encik husband, so I think he willing to carry meratalah bag tue kan. hehe*

Kemudian, balik dari Marissa shoppe..shopping kat Giant untuk raya esok dan balik rumah, kita main masak² la yea. hehe.
Malamnya kita celebrate birthday package *kita panggil* haha.


Seronok kan groufie :D

Esoknya, pepagi gi solat raya..tapi kita tak pegi, tidak kelaratan disebabkan sakit pinggang ya amat.
Jadi kita prepare makanan kat rumah.
Lepas makan, apa lagi..family potrait lah.
Raya puasa hari tue tak berkesempatan.
Petang tue kita booked tv untuk tengok telemovie 'kerana terpaksa aku relakan' kat tv3.
haha kena booking okay.
Sebab apa excited nak tengok?
Haaa jeng jeng jeng.. *zip mulut* nanti korang akan tahu kenapa, bila baby da keluar nanti. hehee :D

Lepas habis cerita, tetiba husband ajak keluar pegi One City.
sekakang kera jee dari rumah, tapi tak berkesempatan menjejak kaki lagi.
Sampai² terus naik roof top.
bapak seram naik lift dia. dah la transparent, tinggi plak tue. dalam hati duk fikir bila nak sampai sambil pejam mata tipu². kikiki.
Dah habis pose², baru jejalan dalam mall.
*mujur bawak camerawomen hehe* bole laa dia melayan kakak dia nie :D


Siap ada pelangi taw background belakang tuh ;p
kat roof top nie nampak klcc & menara kL. cuaca cerah petang tue semua clear je nampak.
aku bukan bole tengok pemandangan macam niee rasa nak duduk lama jee menikmati =D

kalau malam mesti lagi clear 'gayat' dia. haha!
ha nie gamba dari dalam mall, terfikir jugak kan kalau orang pakai skirt, agak agak orang bawah bole teropong tak? :p
 Lepas pusing² mall, kebetulan lalu depan evelyn's chocolate house.
husband ku terus tarik tangan aku masuk. *senyum sampai tinge :D*


 

Evelyn's nie menu dia lebih kurang sama dengan dip dip.
tapi beza yang terang tang tang adalah harga dia.
price is more cheaper than dip dip.
Agak² kalau kempunan bila tengok dip dip tue time tengah² bulan, haa bole la cari evelyn's nie :D
Tapi dip dip more 'exclusive' rasa dia & more variety. Evelyn's nie baru..mungkin diorang nak survey market dulu kott...

 Minggu 31
Okay minggu nie banyak cuti.
Isnin public holiday, 
Selasa kerja,
Rabu cuti balik sebab nak register FPP & first appointment dengan Dr. Roslan kat hospital selayang .
Khamis just amek time sleep  pagi tue sebab ada check-up kat klinik desa selayang baru, then pergi kerja.
Jumaat kerja.
ha! sekejap jee habis minggu nie walau dua hari je pun cutinya tapi sempat laa larikan diri dengan kerja yang menanti *sigh. rasa macam malas jee nak pi kerja jee waktu² nie. eyh! :p* 

Okay cite pasal fpp kat hospital selayang nie..
Appointment kita pukul 9am.
Register kat kaunter, isi borang..buat pembayaran.
for first timer, sediakan rm181 ya.
rm60 for consultation + rm51 for scan + rm20 for urine test.

Lepas register, nurse suh pi toilet then amek berat & bp.
lepas tue duduk tunggu no. sehingga dipanggil.
So, the lucky no. on that day is...
m

Orang ketiga..tapi nurse kat kaunter kata orang no. satu & dua tak datang kaunter lagi.
haiyoo..
tunggu punya tunggu pukul 9:45am baru no. dipanggil ke bilik 15..
Macam biasa, sesi pengenalan diri..kemudian dia belek² buku kita dan cakap 'so far tak de masalah'.
dia suruh baring for scanning...
Kesimpulannya, first time kott..tak banyak nak sembang dengan dr. roslan..hehe.

Keesokkan harinya..check-up kat klinik,
amek result mgtt hari tue..alhamdulillah result kali kedua nie okay. Yeay! syukur..
as always, check hb, bp, check jantung baby..lepas tue nurse tekan perut check kedudukan baby kott..
Then, turun dari katil, tetiba nurse suh duduk kat kerusi patient kena cucuk.
'meh duduk sini, kita cucuk sikit' kata nurse, aku 'eyh. kena cucuk ke harini?'
*blurr jap!*
'Aah, kalau awak tak kena hari nie..nanti kalau awak mengandung kali kedua ketiga kena cucuk dua kali. kalau anak pertama awak cucuk dua kali, nanti mengandung kali kedua dan seterusnya awak kena cucuk sekali jee. haa mana awak nak?'
Jadi aku pun jawab 'Ohh..macam tue rupanya..okay bole laa cucuk. haha.'

Sakit weyhh. sampai sekarang nie masih terasa kalau ditekan tempat cucuknya.
yang first tue tak de plak rasa sakit macam nie.
*pelik*
Lepas kena cucuk tue..baby aktif plak dia.
apa lagi geli geleman rasanya.
Mungkin first time kot..aku rasa dia aktif semacam nie.
kita duk laa gosok² usap² baby..dia macam tak hirau jee..
Sampai aku mintak tolong encik husband gosokkan sekali sebab aku nak gosok bahu aku menahan sakit dek penangan kena cucuk nie. *erk*
Satu hari tue jugak laa dia aktif. aku tak berapa nak selesa.
Naik tangga hari tue pun aku banyak pit stop. haha.
Esok harinya bangun tido baby aktif tapi tak laa seaktif semalamnya. hehe.
Tapi kesimpulannya, lepas kena cucuk tue, baby dalam perut ku da makin aktif.
Alhamdulillah..
=)

Nak cite pasal checklist sikit.
Sekarang dah tak bole lenggang dengan tab.
sebab dalam tue semua belanja, checklist baby, mummy baby..segala²nya dalam tue.
haha. takpela kan sekarang ada orang bole bawak handbag mummy. huhu.
Dulu tak paham kenapa pakwe bawa hbag makwe.
Bila suh mr.berg bawak hbag kita dulu, dia tak mau.
Dia kata bila dah pregnant nanti baru dia bawakkan.
So now, no excuses! hahaha! *gelak jahat* :p

Semalam, kita ajak boipren a.k.a husband kita dating.
kita stress laa kerja sekarang.
dapat sejam dua jam berjalan tengok baju baby pun cukup dah hehee.
*ngade*
Tak pe kan ngade sekali sekala.. :p
Sorry abang. kita tahu & faham abang busy..
Thanks  for being patience on me.
I love you abang.
*ngade nie datang tak selalu taw =) *
Dating semalam kita rembat baju baby lagi. Hehe.

Nota kaki
• Weight in week 31 : 73kg 
• Baby weight : 1.8kg
• Next appointment (kk) - 23Oct, (hS) - 5Nov.

Friday, October 3, 2014

Diari Hamil Ku : Minggu 28 - 29 ~ Mom & Baby Expo @ PWTC.


Minggu 28
Dalam banyak² minggu..minggu nie lah yang paling best!
Sebab 3 hari je kerja, 2 hari lagi cuti. heee :D
Minggu nie aku dah merasa dah kick boxing yang paling kuat dari si kecil dalam perut nie..haa,
kekadang terkejut sorang² pastue senyum sorang² haha.
Iyela pengalaman pertama kan =)
Minggu nie ada MGTT lagi.
aku tak de lah beria sangat suka makan manis²..tapi waktu mengandung nie aku berjaga² juga.
kekadang teringin sangat nak air sejuk manis..ha! time waktu teringin nie..sekali teguk dapat lepaskan apa yang dihajati tue..dah lah.
Tapi jarang berlaku..sebab aku tak sangat.
kira sedap manis² buah tue dah lazat sangat dah!
melainkan air homemade adik ku, syamil..omakk aii! bagai gula tertumpah dalam jug. haha.
api sedap, sekali sekala boleh laa kan. hehee.

Alhamdulillah result MGTT aku pun lulus kott..tak de pun pihak klinik call aku.
heee syukurr..lepas kedua² ujian :D
Pagi tue macam biasalah pergi klinik, tapi pukul 7:30 baru keluar dari rumah..
sebab suami ku tak tido sehari semalam dek kerja masuk kete ke pavi untuk event minggu tue dan dia pun cuti on sabtu. jadi beliau back up laa untuk malam tue.
*tidak lerr teman budget dia balik lewat sangat*
huh. Pukul 3 pagi aku alarm jam, kot kot tak sedar laki aku balik..rupanya ku bangun dengan hati tak tenang.
sebab aku whatsapp dia kata tak settle lagi..
Ai baby pun duk menendang² pepagi buta tue..
*teman aku agaknya, tak pernah lagi pagi buta dia berjaga dalam perut ku nie sebelum nie*
Aku pun tido² ayam je lepas pukul 3 tue.
bangun² aku siap, solat semua..baru kedengaran bunyi kereta suami ku pulang.
Haish..nak je ku mintak dia duduk rumah rehat tido, tapi kata dia, dia nak teman juga..kalau mengantuk, dia tido dalam kereta. aku pun okay je lah.
tapi dalam kepala ku nak cancel pergi  expo pwtc lepas test mgtt nie.
sebab nanti lepas solat jumaat nak balik teluk intan pula.
Setelah selesai test semua..aku kata 'kita balik rumah laa abg, tak yah gi expo tue..kesian kat abg.'
Dibalasnya 'alaaa abg nak pegi, kalau syg tak nak pegi, syg tinggal.'
huh! kuang asam sungguh. tapi pandai dia amek hati. :D

Kami pun bergegas masuk kL..parking kat putra, berjalan masuk ke pwtc.
weyh ramai orang da weyh.
ku fikir jumaat tue tak laa ramai sangat sebab hari bekerja.
tapi ramai jugak orang..*ponteng kerja ke deme nie* kikiki

So pusing punya pusing..
pampers hanya drypers jee aku nampak. mahai nak mamp***
bagi package 4pack rm135, jatuh satu rm33.75.
Ai nie expo ke pasaraya nie?
kat majaku aku survey rm29.99 jee..paling mahal pun aku survey rm31.
Banyak booth² jual baju..murah²..
tapi aku tengok baju² tue macam belambak je kat GM.
dah ofis aku depan plaza gm kl nie je..baik aku beli kat sana je dari harga 1 rm20/pcs..
baik aku borang dapat lagi murah ;D
Ha booth paling lama kat dalam tue ialah 'one baby world'
barang dia promote memang the best lah.
kadang aku pun bingung, tak ke kedai sebalah perasan kedai diorang jual benda sama tapi harga murah dari diorang?

So apa yang aku rembat kat expo hari tue...

Autumnz Ice pack - RM13
Breastmilk storage bottle - RM26
Nursing bra - RM22
& baby bip tue RM3 je :D

Sebab tengok banyak sangat baju2 kat expo tue..rasa malas nak masuk satu satu booth.
jadi rembat 3 rompers nie RM20 tiga helai.

Minggu 29
Haiii baby, seronoknya memain main dalam perut mummy..
Makin aktif ya kamo.
Alhamdulillah.

Kekadang mummy gelak sesorang sebab geli geleman. hehe.
Dalam minggu nie jugak laa mummy n daddy dapat tengok perut mummy bergerak LIVE!
Sebelum nie baby tendang² mummy tengok perut jee, baby diam tak tendang dah.
*saja taw main cak cak*
First time daddy tengok n letak tangan kat perut mummy, baby kicking lepas tue gerak²..haha
Mummy nak tergelak tengok muka daddy..dia punya terkezut kelako muka.

Ini pengalaman pertama bagi mummy n daddy merasi semua nie.
Pernah mummy bangun tido, first time sakit..daddy dengan serta mertanya bangun dengan risaunya.
*selalu bangun nak kena belai dulu baru bole bangun elok taw.! kalau tak jangan harap, disambungnya tido.*
First time juga *mummy ingat lagi masa tue on the way balik shah alam* baby gerak².
thats first time memang mummy ingat apalah baby buat..tak duduk diam mummy sebab geli. haha. 
*makin diusap perut, makin menjadi jadi. haha*
Semua nie kenangan pahit manis mengandungkan baby.
Mummy n Daddy bersyukur sangat² kerana diberi peluang menikmati semua nie..
Moga baby jadi anak yang sihat, cerdik, semerlang..dunia dan akhirat ya.
Aaminn..