tab

 photo home.jpg  photo home1.jpg  photo home2.jpg  photo tab1-1.jpg

Sunday, November 23, 2014

Dairi Hamil Ku : Minggu 37 ~ Set tilam Mickey by JZ Baby (IG Kekabubabyku) & Serai @ Paradigm Mall.


Start dari minggu nie da mula dah nak update by weekly.
Iyela kerja da mula reda sikit, sebab da ada asisstant. hehee.
So this week, kita test laa sikit kan..
*hee jangan mara haa..tak buli pun awak.. :D
Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Harap bila mar on maternity leave nanti dila bole handle kerja kita nie yea =)

Okay set tilam mickey utk baby da sampai minggu nie dari kuantan taw.
Jauh juga dia datang..tapi memang best laa kak dayang whatsapp bgtaw petang jumaat abg gdex pick up dari kedai dia..sampai rumah shah alam hari sabtu esoknya pukul10 pagi hokey.
Kita punyalah excited duk terfikir² bila la nak sampai, tengok2 bangun tido sebab pagi tue ayah cakap ada barang sampai.
Dalam mamai² duk fikir barang apa aku order ke alamat rumah sini.
Pastue terus rasa macam ada orang smash hahaha.! Terus cakap "eyh tilam mickey" 
Actually, sebelum suami pergi kerja, dia hantar kita balik rumah parents kita..bila dah sampai rumah, sembang² jap dengan mak..pastue sambung tido sat..hehee. So ayah laa tolong pick up barang niee :D
Terima kasih kak dayang.
Sangat sanggaaattttt awesome!
Puas hati sesangat.!
Jahitan memang chantek!

Lately nie semua kerja nak buat..tak diberi. Hahaha.
Lagi² makAyah. 
"Eyh bagi ayah bawak..berat tuh.."
"Kak, tak payah buat..biar mak buat tue.."
Sabtu lepas keluar gi giant 13 beli barang sikit dengan makAyah..
*lama tak berjalan bertiga, selalu berempat tak pun berlima or berenam*
Hehe keluarga kechik jee baru nak berkembang :D*
Aihh jalan nak ke kereta, dah aku jalan melenggang.
Selalunya memang aku tak bole nal tengok mak bawak barang..biar dia yang melenggang tak pa.
Nie dia yang beria..aku nak bahagi dua pun tak bagi..last² mak bahagi dengan ayah. hehee.
Rasa pelik pulak..haha.
Kekadang aku nak cuci pinggan pun tak berinya..aku curi² buat, dah laa dua minggu sekali je balik..takkan laa nak duduk jee..
Bab nak memasak sekarang memang aku da diberi bersara sementara waktu. Haaa hahaha!
Manja pulak rasa..mungkin cucu first diorg kott..manja lebey nie baby niee ;D
Terima kasih makAyah..
Terima kasih suami..

Next day rasa teringin nak melantak kat Serai.
Niat nak makan pavlova jee.
Tapi terjebak!
Petang tue singgah office suami teman dia settlekan kerja kejap.
Then kita ke Paradigm mall.
Ini fisrt time aku ke sana..best jugak.
Dinner malam itu adalah...
Pavlova
Honeydew blast for husband.
(Mix with lycee and lime)
*strong giler rasa dia*
bole try untuk rasa kelainan.
Honey lemon iced for wifey.
*tiptop sangat rasa dia*

Spagetti Seafood Marinara for me.
and Serai Platter for husband.


Tapi bila da habis makan..tetiba aku terasa sakit² pulaa..
So terpaksa jalan slow² dan buat pit stop banyak² :(
Suami pula bole pula kata "okay, ini last yea kits berjalan..lepas nie duduk rumah berehat yea" 
*Adeh! Bosanyaaa. Terus terbuat muka*
Terperasan pula suami bila aku buat muka..terus dia kata "Nanti lepas pantang..cakap jee mana nak pergi, abang bawak ye"
Apa lagi senyum aku sampai ke telinga.
*tak jadi nak majuk.haha.*

Nota kaki
• Berat mommy 76kg.
• Edema (bengkak kaki) : Slight *okay, kaki ada bengkak sikit sekarang*

Sunday, November 16, 2014

Dairi Hamil Ku : Minggu 36 ~ Aroma Ikan bakar, Jeram & Checklist baby.


Okay pepagi buta dapat notification macam nie.
Haha..kusss semangat.
Jantung tetiba laju seketika.
Pejam mata, ingat. Allah ada mardhiah..
Hembus nafas =)
Ai pejam celik, pejam celik je kan..

Minggu nie lah nak pack barang baby n barang mummy dalam bag untuk ready masuk dalam kete in case emergency..barang semua da ada.
*haha. lambat kan, orang lain minggu 33 da buat semua tue dah. yang aku nie bila nak buat jee mula berdebar. hehe*
Tapi barang mummy ada lg tak ready lagi macam kain batik, stokin, baju butang depan or nursing blouse..itu je la kot..hah dengan baby pin, in case agak susah nak pakai kain batik tue mummy pin kan ajer haha.

Minggu nie jugak suami bawak pegi makan seafood.
katanya nanti orang tue nak berpantang dah.
kesian diaa..jadi kita pegi makan dlu yea.. :)
Lokasinya di Aroma Ikan Bakar, Jeram. Kuala Selangor.
Santapan pada petang itu adalah...

Ketam masak harlock,
Ikan siakap 3 rasa,
Udang butter dan sotong celup tepung.

Dan inilah wajah mummy-to-be pada minggu ke 36.
Time nie makanan baru dipesan, dan air baru sampai atas meja untuk chop tempat dari dirembat. Haha.
Biasalah on weekend selalu yg mesti booking dulu, kalau yg walk-in tue kena chop tempat.

Alhamdulillah, checklist barang baby & mummy da selesai dah.
Nanti kita sambung shopping bila baby da keluar & mummy da habis pantang yea..
Da macam tak larat je nak bawa diri da sekarang disebabkan sakit pinggang yang teramat sangat.
Ada additional yang mummy gatal nak rembat, we buy online je yea :D


Nota kaki
• Berat mommy 75kg.
• Da mula check-up seminggu² starting this week.

Thursday, November 6, 2014

Dairi Hamil Ku : Minggu 34 & 35 ~ Mom & Baby Expo @ IDCC, Shah Alam &Baby Cot.


Minggu 34

Weekend minggu nie kami ke Mom & baby Expo kat IDCC, Shah Alam.
Yawww! punya cari mana bangunan IDCC tue..sai nie memang orang shah alam, tapi da macam shah alam murtad dah. haha.
Rupa² nya depan federal..dah terang² penah lalu tapi tak penah nampak tulisan IDCC tue.
Ia bangunan baru. tak buka lagi.
Rasanya ini first time ada event kat bangunan nie.
Kasihan weyhh..mana ibu² mengandung, ibu bapa bawak anak dengan stroller bagai..
Memang parking agak banyak..tapi dari GF nak ke level 7 tue dengan escalator tue agak mencabar kottt..lift tiada. APA.? LIFT TIADA.!
Ai pun dapat info dari kawan² yang update kat insta, fb pasal hal nie..
Jadi si suami gagahkan jua cari parking level 6.
Memula level 6 tue guard tue da tutup dengan kon, kete depan kami terlepas naik.
Suami dengan aku sekali duk merayu-rayu..sampai dia pun agaknya kesian..haha.
Dapat lepas kami naik. tapi dengar walkie talkie boss dia pesan jangan bagi kete naik dah.
*hehe. mekasih guard kerana bagi kami lepas =D *

Kami pergi hari tue last minute set time dengan ned & yana..kebetulan diorg pun nak pergi time tue.
Dapat lah kami jumpa kejap.
Register sesama..pas tue laluan da ke lain² dah.
iyela, mana tak nya nak mencari barang..

Apa yang kami rembat hari tue adalah pampers!
haaa..si suami laa nie excited sangat.
ai sampai blur jap.
tapi kami tak beli banyak..pampers yang ada kat expo tue Mamy-poko, Drypers, Huggies.
Kami pun beli 2 packs mamy-poko newborn size, RM50.. 
dengan 2 packs drypers S size, RM48.


Then beli drypers punya set untuk bawa ke hospital nanti sebab dalam set tue ada 
newborn pampers & toiletries, worth RM25..luar RM30-35.


Kat booth One Baby World pula rembat disposible panties lagi satu set & washable breastpad worth RM12.

Jalan punya jalan, suami nampak stroller babyzen yoyo.
try test tengok pengan dan rasa..macam agak je berat dia.
target suami nak cari stroller yg ringan supaya senang mommy nak bawa baby nanti..katanya.
hahaha. padahal dia pun tak nak berat² sebenarnya..pandai taw daddy nie. ;p
jadi kami masih tercari², tapi ai prefer bila baby da deliver then baru kita fikir pasal hal stroller nie..

Jalan lagi ke booth terakhir sebelum ambil goodies bag,
satu booth nie jual barang tak banyak..dah la dia satu booth area stage tue..jadi mata nie memang focus ke satu² barang. Tengok ada swaddle rm35.
tapi sebelum nie usha packaging tue agak laa mahai.
pegi dekat, tengok² pilih²..tanya promoter tue..dia kata memang harga itu..
Ai apa lagi..rem je laa kan. lepas tue amek sekali handkerchief worth RM13.

Minggu 35
Again, minggu nie ada appointment dengan Dr. Roslan.
Kali nie dapat no yang ke 404. hehe.
lewat sikit jee. sebab malam sebelum tue tak berapa bole nak tido lena..
Ntah laa lately nie memang susah nak tido malam.
Disebabkan tido malam da tak bape nak cukup, siang tue tido sesungguh sungguhnya.
Jumpa Dr. Roslan kali nie untuk check uri, actually uri ai doktor yang buat detailing tue bagi tahu ia dibawah sedikit.
Alhamdulillah Dr. Roslan kata uri okay..In Shaa Allah bole bersalin normal. Ia tak tutup jalan.
hai lega cheq.
Tapi yang paling mengejutkan adalah nerat baby.
Hari tue last check dengan doktor klinik desa dia beritahu berat baby 1.9kg..now da 2.75kg.
fuh! semangaaatttt... *berpeluh jap*
Haha. terkezut kami.
Da keluar dari bilik dr.Roslan, whatsapp bagitahu mak, mak bagi ayat sedap hati.
hehe. mak kata "tak pee..kekadang mesin scan tue tak betul..bila baby da keluar nanti dia timbang baru betul.." haaa nampak tak nampak tak. :D
Harap² yea mak. Aish bertambah seram sejuk, berdebar gamaknya..hehe.
In Shaa Allah..moga Allah permudahkan segala urusan hamba-mu ini. Aamiin.

Lepas keluar dari hospital, kami ke rumah ketiga.
mana lagi Curve laa.
Pegi bedal Johnny Rocket.



Then gi IKEA beli baby cot for baby.
Lama tak dating waktu hari bekerja..
Nie pun alang² da cuti.
tapi itu pun suami punya fone tak henti berbunyi.
tak call, bunyi email masuk, tak email, whatsapp masuk, tak whatsapp, sms masuk.
-_- redha & sabar je laa kan.
Tapi tak bole laa nak dating satu hari macam time study dlu lagi..
kena ada time untuk rehat kan diri..iyela nama pun da kerja nie bila dapat cuti kalau bole nak rehat jee kat rumah.

Nota kaki
• Berat mommy 74kg & berat baby 2.75kg.
• Next appointment with Dr. Roslan on week 38, 26 Nov.