tab

 photo home.jpg  photo home1.jpg  photo home2.jpg  photo tab1-1.jpg
Showing posts with label 360 Atmosphere. Show all posts
Showing posts with label 360 Atmosphere. Show all posts

Friday, February 7, 2014

Mrs.Beberg 26th @ 360 Atmosphere & Manhattan with ♥

Assalamualaikum

Hye!

Dah tambah satu tahun dah kita...
Haaaa macam biasalah,
blog pun da bersawang 
disebabkan komitmen kerja yang bertambah.
Nak berblog pun dah tak berapa nak sempat.
Tapi nak jugak tempek entry nie kat sini untuk kenangan anak cucu akan datang 
amboi! haha. ;D

Pagi 3hb Febuari, 
celik mata..bangun dari tido, 
Suami ku seakan menunggu mata ku celik dari lena..
Memberi senyuman, memberitahu petang ini kita ada dinner date.
Aku senyum seakan bermimpi..betul ke nie aku dah bangun?
*cubit pipi* eyh! betul dah bangun dah aku nie..
terus membalas senyum dan jawab okay pukul berapa nak siap?
hahaha! terus excited.

Tunggu punya tunggu,
Siapkan semua kerja rumah..tengah hari makan bihun sup jee..iron baju bagai..
Pukul 4 terus bersiap.
Biasalah, sejam lepas tue baru keluar rumah.

Okay here we gooooo...

Sampai sudah!

Sampai sana dalam pukul 5.30 macam tue.
Raya cina, kL lenggang sikit.. =D

Ini mini teater.
Ada kerusi, aircond yg sangat sejuk dan
screen yg akan memaparkan macam mana menara kL ini dibina.
Yang saya perasan,
semua yang masuk, disebabkan aircond dia..
bukan nak tengok pun screen tue.
kikiki. =D

Okay! session kami untuk ke tower,
pukul 6.30 sampai 9.00 malam untuk restaurant 360.
Sebelum tue kami berlegar-legar area kawasan situ.
al maklumlah first time datang. haha.
Nama je hari-hari masuk kL, tapi pergi balik kerja je lah.

Ini tiket kami.
Pukul 6.02 kami dapat tiket dan terus ke lift.
Nak naik lift pun kena beratur okay..
dan nak naik lift bukan kita suka suka tekan nak pergi tingkat tingkat mana macam public lift.
Staff menara yang akan touch kad id dia then baru bole
tekan button nak ke floor mana.

Lift nie dia terus je naik ke atas..cuma behenti di 4 tingkat sahaja iaitu
TH01 - Observation deck.
TH02 - 360 Atmosphere restaurant.
TH03 - Megaview banquet deck. 
TH00 tue tak pasti..mungkin untuk staff punya tingkat.
sebab takde orang behenti pun kat floor tue. 
heeeee =D

This is the first picture yang di snap!
haaaa..masa nie masih terkesima lagi melihat pemandangan.
SubhanaAllah chantek amat view nyaa!
Mintak kat suami suh bawak pi bukit ampang jee untuk tengok view kL,
tapi dia bagi ini haaaaa 
apa lagi senyum sampai ke telinga laaa =)


 


Okay gambar makanan yang sempat di snap petang itu..
haaaaa nampak tak nampak tak yang aku obses dengan view dari makan.
Haha! first time tuee..
Tapi bila teringat yang ada makanan, baru berdiri pergi amek.
tak silap tiga kali bangun je dari kerusi sebab sayang terlepas pemandangan.
haha. nampak macam kelaka, tapi ini lah saya! =)



 Itu Times Square!


Okay hari dah nak gelap dah.
Lampu pun da buka sikit².


Honestly, aku suka gambar nie.
time nie memang aku tak bangun lah dari kerusi..sambil berputar tue puas aku snap gambar.
tapi bila teringat ada lebih kurang sejam je lagi..
terus pi amek dessert, sambung makan.
Rambang mata beb pilih kek dia yang chomel² tue. haha.!






Tengok penuh pinggan aku amek kek.
sebenarnya ada satu pinggan lagi, tapi letak kat depan suami..hehe
Time lepas duduk je dari amek dessert nie..muka suami macam semacam jee haha.
muka macam tak kena..ajak makan sikit pun dia tak mau.
Aku pulak jadi pelik..tapi aku main selamber jee makan nyum nyum haha.
terfikir juga..da kenyang ke laki nie? ai macam pelik..tapi aku buat donno jee.

Sambil menikmati kek dan pemandangan,
kedengaran bunyi piano, lagu pun ala-ala romantik² gitu.
Tiba², alunan piano bersama² lagu besday kedengaran.
Aku tak sempat nak pandang muka suami,
ada staff bawa plate nie ke arah ku..
HAHAHA! malu gilersss. kiri kanan meja mat salleh kottt...
mujur lighting malap²..kalau tak nampak laa muka aku merah padam.
Masa tue baru aku tengok muka laki aku seronok.!
ini helah dia rupanyaaa...



Happy birthDay to me.. :)
Moga aku menjadi insan yang lebih baik di dunia dan di akhirat.

Night view.
Gambar buat kenangan sebelum balik, 
tak taw laa bila lagi nak naik lepas nie kann ;p
Kemudian kami ke Observation deck.


Serious nampak orang tengah kerja dalam bangunan klcc tue.
Pastue teropong punya teropong ternampak dua orang budak tengah 
tengok tv kat hall rumah atau hotel (not sure) tapi kelakar giler gelagat mereka. 
Fyi, teropong nie tak bole zoom in, zoom out.
cuma bole ke atas, bawah, kiri dan kanan jee bole :D
Tak lama kami di observation deck,
sebab rushing nak balik, esoknya kerjaa lalalala.

Bye menara kL, hope we meet again =)

Okay nak tempek cerita celebrate dengan family pula.
kat Manhattan Pyramid.
Masa masuk, terang berderang lagi..
tetiba bila makanan dah sampai ke meja..start je makan,
blackout pulakkk haha!
makan kau dalam gelap.

The menu.
haha nampak tak serai dalam air tuee.?
sedap weyhhh.. tapi tengok orang jugak laa kot.
aku nie memang giler tomyam.
Lemongrass juice nie dia mix dengan aloe vera..so it taste good.

 haaaa ala ala candle light dinner gitu :D

 Staff beri satu lilin untuk setiap meja,
lepas tue diorang sibuk nyanyi hapy besday hapy besday,
happening betul staff manhanttan pyramid nie..
Pastue time dia hantar lilin ke meja kami, bole pulak ayah aku pecah tembelang bagitahu 
'actually we're celebrating her birthday tonight' kat staff mat salleh pompuan nie..
dia terus panggil kawan² dia nyanyi lagi sekali lagi..
haiii mujur lighting lagi gelap dari kat menara.
*merah lagi pipi aku*

 Sempat selfie dengan mak n adik.
mak buat muka chomel pulak hihihi =D

Dear husband,
Thanks for the surprise and all the gift.. 
You're my best partner ever!
I ♥ you more and more and more.

Dear family,
Thanks for the dinner treat.
Kakak loves you so much mak, ayah, syamil and amy!
XOXO