Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

12 May 2013 : Majlis Bertandang ♥


Okay sambungan lagi dari entry Majlis Bersanding pada keesokan harinya pula.
Eyh. lupaa. Selepas siang nya bersanding, malam nya pula ada majlis bersama keluarga sahaja.
Akan di ceritakan selepas habis entry ini ya. ;)
Haaa penat nokk mak nak habiskan update entry kawen niee..lagikan pulak hari majlis..haha.
Tapi Alhamdulillah dua majlis di Shah Alam telah selesai dengan lancar dan jayanya.

Let's start the day.

Pagi itu penuh dengan aura ketenangan.
Bangun Subuh, kejutkan suami.
Selalu bangun pagi akan ada adik ku, amy di sebelah tido berselubung, 
tetapi pagi ini buka² mata..seolah tidak percaya bahawasanya 
disebelah ku, dia yang sudah bergelar suami hehe. 
Kemudian bersiap, mandi dan makan pagi.
Lepas breakfast, kami (aku & suami) bergerak ke Selayang
tepat jam 9 pagi kerana kami perlu berada di butik pukul 10..
Sampai di Butik Sentuhan Qaseh atau sekarang di kenali Azelyn Othman Creation,
terus aku di siap dan di solek oleh kak Lyn,
Memang da booked awal dah untuk kak lyn make-up, walaupun dia 
kurang sihat tapi hasilnya tetap marvelous.!

The dress of the day! 
*Love the color combination*
Thanks kak Lyn :)
Tengah bersiap, pengapit pun sampai..
Nyza & Shah. Thanks yea korang. 
Sudi jadi pengapit untuk dua hari niee.. :D
Senang amek pengapit laki bini niee..sampai pun berdua. hihi.
Time nie family dari Shah Alam pun da sampai dan 
menunggu di luar butik untuk berarak sama.
Tepat pukul 12:30 tengah hari,
kami pun bergerak ke rumah pengantin lelaki.
Pengantin dibawa oleh Arif selaku pembawa kereta. 
Ya tuan empunya kereta yellow spoon ini =)
*Mekasih rip!*
Kompang pada hari itu memang sangat AWESOME!
Berg kata kat Selayang team kompang diorang nie memang terbaik lah.
Diorang bukan takat saja berkompang tapi lagu yang diorang nyanyi sekali tue memang best.
Ada lagu diorang buat remix sambung lagu lain..lama pulak tue mennyanyi.
Dari mula sampai..stop sekejap untuk bacaan doa, pastue start makan, 
diorang pun start laa sampai la ke nak habis makan, baru diorang stop. Haaahaha.
Terbaik lah diorang nie.
So orang berdekatan, nak no. contact bole mintak.
Nanti ai tanya abg ipar ai.

Lepas dari acara potong kek, ada acara yang kami berdua tak tahu.
haha! acaranya ialah...

Acara ini adalah untuk suka suka sahaja.
Bukan setakat budak² berebut, akan tetapi makcik² pun turut serta..haha.
Kita nak suka suka kan..seronok tengok..kita happy, orang pun happy.

Selepas habis acara membaling gula², kami naik ke atas rumah untuk bergambar di pelamin.
*gamba bersama kawan² yang datang meraikan akan di tempek di next entry sebalik takbir majlis*

♥ Bersama keluarga ♥

♥ Bersama keluarga baru saya ♥

Jelas wajah keceriaan di situ walaupun..WALAUPUN pada pagi itu saya mengalami ketidaksihatan badan dimana apa yang telah saya makan pagi tadi telah terkeluar semua di butik.
Elok² da di make-up kan..nasib baru part foundation jee tiba² termun*** keluar segala breakfast pagi tadi.
haiyaaaa perkara macam nie lah nak di elakkan. 
tapi nak buat macam mana..dia nak bersama jugak waktu² begini..hihi.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sampai ke petang.
Syukur sangat²..

Macam biasa, sebelum outdoor..kami bagi peluang kepada photographer makan..
kemudian mereka dan kami meneruskan aktiviti
Outdoor di FRIM.
Teaser sikittttttt =D

Thanks for reading.
Akhirnya, inilah sedikit sebanyak kisah kenangan terindah yang akan di abadikan sepanjang hayat ku dan suami. Bermulah satu lagi kisah perjalanan hidup penuh dengan cinta dan tangungjawab bersama.
Semoga Allah pelihara alam rumah tangga kami, murahkan rezeki kami dan berikan kebahagian kepada kami di dunia dan di akhirat, sehingga ke pintu Syurga.
Amin amin ya rabbal alamin...

11 May 2013 : Majlis Bersanding ♥


Sambungan dari entry Ijab & Qabul, keesokan harinya 11 May 2013,
berlangsung majlis sanding di Shah Alam. Lusanya pula majlis bertandang di Selayang.
Sekali harung je lah alang² penat..sekali penat jee.
Plus family ramai berada di Perak. Kalau nak langsung jarak seminggu mesti ada yang tak dapat nak join.
Lagi pun memang nak majlis ini disertai dan dimeriahkan lagi dengan mak², pak² dan sedara mara..
Jarang kita dapat kumpulkan family ramai² macam nie.
Selalu kalau balik kampung mak, jumpa family sebelah mak jee..family ayah, jumpa family sebelah ayah jee
Haaa nie bukan senang niee..hanya majlis macam nie je dapat rancang pertemuan sebegini  =)

Okay, let's start.
Bismillah..

Pagi Sabtu itu, sungguh aman dan tenang..
Matahari terbit nan indah sekali.
Seperti biasa, selepas solat subuh..terus bersiapkan diri.
Bersiap tue maksudnya duduk di bilik dan tenangkan diri..hahaha.

Pada pukul 9 pagi, kak jie dan abby dari Jie Bridal House pun sampai.
Dan saya pun da ready untuk disiap dan disolek oleh kak Jie.

The dress of the day.
Setelah siap, seperti biasalah makcik², semua nak jenguk pengantin..
Kedengaran semakin banyak suara diluar.
Orang semakin ramai datang.
Time tue jangan cakap lah jantung da satu dua, satu empat semacam haha!
 Kekadang dia lupaa..kekadang dia ingat yang dia tue nak sanding sat lagi.

Dekorasi bilik idea dan design oleh mak & ayah.
cuma sehari sebelum majlis, di touch-up oleh maklong Aziah.
Thank you veriveri muchersss!
It simple but nice.
*memang ini yang saya mahu kan kerana mengikut tema :D *

Owh sepatu ku yang bersiap sedia untuk berkhidmat pada hari itu..

Tepat pukul 1.30 tengah hari, ketibaan keluarga pengantin lelaki sampai.
Jantung usah di tanya khabar, time nie dah satu enam, satu lapan!
*hampir nak pengsan tapi disepak pipi laju² haha sempattt*
Kemudian saya dipanggil keluar.
Dan secara rasminya majlis pun bermula....

Aturcara pada hari ini seratus peratus dibuat oleh pengantin perempuan.
Dan disemak dan disokong oleh ayah. hihi.
*perlu lah ada sokongan kan. penting tuee =) *
Setelah ketibaan keluarga pengantin lelaki, majlis di teruskan dengan bacaan doa
oleh bapa sedara pengantin perempuan iaitu pak lang saya.
Dan diteruskan dengan makan tengahari..
Ya. kami tak sanding dulu, kami makan dulu..hahaa.
Ini kerana ;
Yang Pertama, untuk mengelakkan tiada tempat untuk para jemputan yang datang. Jadi, apabila tempat untuk keluarga pengantin lelaki selesai..tempat itu bole diberikan kepada jemputan yang lain.
Yang Kedua, untuk mengelakkan keluarga pihak lelaki tertunggu² di meja makan sekiranya kami bersanding dahulu. Dan yang Ketiga, bagi pengantin yang pelamin nya berada di dalam pagar atau dalam rumah, tak perlulah untuk pengantin da duduk bersanding dan kena keluar pula ke meja makan..kan senang da berada di luar, sampai² kita terus duduk makan. haha.
*ini adalah pendapat saya laa :) *
Love the decoration. It simple but truly nice.!

Untuk persiapan di bawah khemah, all in one package.
Tak usah pening² kata ayah. Senang!
Semua persiapan dari canopy, meja, kerusi, meja pengantin, pinggan, sudu, garfu semua lah..
Dari Noranum Catering, Puchong.
*nak contact nunmber boleh mintak yea..jangan malu jangan segan.*
Service diorang memang tip top lah!
Makanan pun sedap. Lauk pun banyak pilihan..
Sekiranya lauk tak cukup..mereka akan ada back up plan.
Tapi selalunya jarang berlaku sebab kak Mazni, selaku ketua projek bagi tahu, mereka punya strategi mereka sendiri untuk reda kan keadaan sekiranya makanan habis sebelum waktunya.
Dan saya juga sangat bahawasanya pihak family saya tidak terlalu penat dan letih untuk berkejar² bab makanan. Cukuplah dengan melayan tetamu yang datang.. =)

Selepas habis makan dan potong cake,
acara bersanding pun bermula..
Tiada acara menepung tawar atau merenjis..
walaupun 'bahan²' telah tersedia..
Hanya bersalaman dengan mak ayah, keluarga pihak lelaki dan mak dan bapa saudara.

♥ Mak dan Ayah kami ♥

♥ Ini Emak kami ♥

Gambar kenangan bersama family dan sahabat kawan² rapat akan di tempek
di next next entry ya ;)

Setelah selesai bergambar, kami berehat sebentar..
memberi peluang kepada photographer kami makan..
Selepas itu kami keluar photoshoot outdoor pula.
Okay nak bagi teaser outdoor sikitttt...


Thanks for reading friends!
Coming up next -> Majlis Bertandang ;)

Friday, November 8, 2013

10 May 2013 : Ijab & Qabul ♥

Hye!

Hari nie dah masuk 5 bulan dah kawen, tapi hari nie baru berkesempatan untuk update entry pasal
majlis seumur hidup sekali ini di blog dan abdikan sebagai kenangan yang terindah..In Shaa Allah.

Majlis berlangsung seperti yang dirancangkan iaitu selepas Asar
di Masjid Al-Munawwarah Seksyen 27, Shah Alam.

Pada hari kejadian, debaran makin kuat terasa ketika mana ayah, pakcik² dan sedara-mara bersiap ke masjid untuk Solat Jumaat.
Haiii saya yang macam kelam kelibut. Sampai makan tengah hari tue pun tak tau dah selera ke mana.
Dan sempat request kat adik "amy, jum pergi beli bakso kat masjid."
dia ikutkan aje kerenah kakak nyer nieee haha!
Lepas tue tak tau nak makan kat mana sebab kat rumah da ramai orang..tapi ayah da suggest dah suh pi makan kat rumah homestay yang ayah da sewa untuk family mak. haha. Ayah pun bagi green light.
Apa lagi..sempatlah bakso tue masuk dalam perut dengan jaya nya..Alhamdulilah :D
Kemudian, kami pulang ke rumah dan aku pun siap² menunggu kedatangan kak Jie.
Dalam pukul 3 kak Jie sampai dan aku pun terus di siap kan.

Sekitar jam 5.30 petang kami telah sampai ke masjid.
Pada petang itu ada dua pasangan pengantin yang akan di nikah kan oleh Ustaz Suhaimi iaitu Jurunikah kami.
Majlis pun bermula...
Ayah mewakilkan Jurunikah untuk nikah kan kami.
Ketika ini saya hanya mampu berselawat dan memegang tangan mak dan kak fairus di sebelah.
Walaupun tiada soalan 'quiz' atau dikenali juga dengan soalan cepu cemas,
tapi dup dap dup dap jugak laa kan hihi.
Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya..
Dengan sekali lafaz, kami telah menjadi suami dan isteri...
Alhamdulillah, saya kini sah menjadi isteri kepada Zurli Harun =)
Semoga diberikan rahmat dan keberkatan kepada rumah tangga kami,
dan diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat..Ameen.

Family potrait =)

Cerita pasal hantaran pula kesemuanya 7 vs. 9
Hantaran ini walau tak ada fresh flower, tak secantik mana..
tapi sentuhannya penuh dengan kasih sayang, yang penting hasil dari idea dan kreativiti sendiri.
Tahap kepuasan itu, to the max lah!
Cuma hari pada tengah hari tue, kek baru di ambil dari kak Norish Ashna Fresh Bake,
tengah make up tue lah kak fairus tolong deco kan.. Thanks kak! :D


Dan ini pula hantaran dari pihak lelaki..

Pada malamnya hanya aktiviti makan malam bersama family dan pada kawan² yang tidak berkesempatan untuk datang majlis keesokan harinya.
Ini adalah kisah hari akad nikah saya dan suami.
Entry akan datang ini akan saya 'tempek' gambar² di sebalik takbir majlis ini.
hehe. tQ for reading!

Tuesday, June 4, 2013

Review Wedding : Syukur Alhamdulillah~

Assalamualaikum w.b.t.

Hye!

Lama betulkan owner blog nie bercuti tinggalkan blog nie :D

Syukur Alhamdulillah..
majlis hari tue telah berjalan lancar dan jayanya..

Terima kasih yang tak terhingga kepada SEMUA orang² kuat majlis iaitu mak, ayah, amy, syamil.!
tak lupa jugak pada mak long paklong, makngah pakngah, maklang paklang, makteh pakteh, makcik pakcik, mak de pakde, maksu paksu, maknek..
weyh panjang kalau nak petik satu² nie..

Jutaan terima kasih kepada mak sedara, pak sedara, sedara mara..
yang datang dari jauh terutamanya kak fairusss.! 
cuti balik Malaysia dari Saudi tue..terima kasih byk² kak..
Yang datang dari Perak.. dari Ipoh, Kuala Kangsar..alamak dari seluruh pelusuk laa yea..
Terima kasih.!
Terima kasih.! 
Terima kasih..!

Seperti yang dirancang..majlis berlangsung tiga hari berturut²..
dan pada pagi hari yang ke-4..debaran tak abis lagi okay.
Petang sehari sebelum hari akad nikah, tetiba email masuk memberitahu bahawasanya
Madhiah Kamaruddin telah terpanggil untuk interview SPA.
................................
Time bukak, baca email tue.. perasaan tak tahu laa macam mana..
Beritahu mak, pas tue mak macam excited,
baru laa tersedar.
Hahaha! 
Mana tak nyer..tengah last touch-up hantaran kat depan tv tetibe dapat berita nie
*jammed seketika jap*
ngeee.. =D
Pastue da mula fikir pasal interview..walhal esok kau nk nikah nie..

Tapi Alhamdulillah...
Syukur kepada hadrat Illahi
ke empat² hari itu telah berjalan dengan baik sekali..

Kepada rakan², jiran² dan tetamu yang hadir..
Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir majlis ini
dan kami meminta ampun dan maaf sekiranya ada terkurang dan terlebih mana²
tak sempat nk berbual lama²
almaklumlah majlis sedang berjalan..faham² laa yea :D

Pada mak & ayah.
Terima kasih byk²..majlis nie tak kan berjaya dengan 
lancar tanpa orang kuat, mak & ayah..dan amy. hehe
*sat g amy marah sebab tak petik nama dia*
Mak & ayah..
Terima kasih sebab restukan hubungan kami..
sehingga kami menjadi pasangan yang halal, suami isteri.

Pada semua,
Doakan perhubungan kami di berkati,
kekal dunia & akhirat..
Amin...
=)


Terima kasih !