Sunday, November 10, 2013

11 May 2013 : Majlis Bersanding ♥


Sambungan dari entry Ijab & Qabul, keesokan harinya 11 May 2013,
berlangsung majlis sanding di Shah Alam. Lusanya pula majlis bertandang di Selayang.
Sekali harung je lah alang² penat..sekali penat jee.
Plus family ramai berada di Perak. Kalau nak langsung jarak seminggu mesti ada yang tak dapat nak join.
Lagi pun memang nak majlis ini disertai dan dimeriahkan lagi dengan mak², pak² dan sedara mara..
Jarang kita dapat kumpulkan family ramai² macam nie.
Selalu kalau balik kampung mak, jumpa family sebelah mak jee..family ayah, jumpa family sebelah ayah jee
Haaa nie bukan senang niee..hanya majlis macam nie je dapat rancang pertemuan sebegini  =)

Okay, let's start.
Bismillah..

Pagi Sabtu itu, sungguh aman dan tenang..
Matahari terbit nan indah sekali.
Seperti biasa, selepas solat subuh..terus bersiapkan diri.
Bersiap tue maksudnya duduk di bilik dan tenangkan diri..hahaha.

Pada pukul 9 pagi, kak jie dan abby dari Jie Bridal House pun sampai.
Dan saya pun da ready untuk disiap dan disolek oleh kak Jie.

The dress of the day.
Setelah siap, seperti biasalah makcik², semua nak jenguk pengantin..
Kedengaran semakin banyak suara diluar.
Orang semakin ramai datang.
Time tue jangan cakap lah jantung da satu dua, satu empat semacam haha!
 Kekadang dia lupaa..kekadang dia ingat yang dia tue nak sanding sat lagi.

Dekorasi bilik idea dan design oleh mak & ayah.
cuma sehari sebelum majlis, di touch-up oleh maklong Aziah.
Thank you veriveri muchersss!
It simple but nice.
*memang ini yang saya mahu kan kerana mengikut tema :D *

Owh sepatu ku yang bersiap sedia untuk berkhidmat pada hari itu..

Tepat pukul 1.30 tengah hari, ketibaan keluarga pengantin lelaki sampai.
Jantung usah di tanya khabar, time nie dah satu enam, satu lapan!
*hampir nak pengsan tapi disepak pipi laju² haha sempattt*
Kemudian saya dipanggil keluar.
Dan secara rasminya majlis pun bermula....

Aturcara pada hari ini seratus peratus dibuat oleh pengantin perempuan.
Dan disemak dan disokong oleh ayah. hihi.
*perlu lah ada sokongan kan. penting tuee =) *
Setelah ketibaan keluarga pengantin lelaki, majlis di teruskan dengan bacaan doa
oleh bapa sedara pengantin perempuan iaitu pak lang saya.
Dan diteruskan dengan makan tengahari..
Ya. kami tak sanding dulu, kami makan dulu..hahaa.
Ini kerana ;
Yang Pertama, untuk mengelakkan tiada tempat untuk para jemputan yang datang. Jadi, apabila tempat untuk keluarga pengantin lelaki selesai..tempat itu bole diberikan kepada jemputan yang lain.
Yang Kedua, untuk mengelakkan keluarga pihak lelaki tertunggu² di meja makan sekiranya kami bersanding dahulu. Dan yang Ketiga, bagi pengantin yang pelamin nya berada di dalam pagar atau dalam rumah, tak perlulah untuk pengantin da duduk bersanding dan kena keluar pula ke meja makan..kan senang da berada di luar, sampai² kita terus duduk makan. haha.
*ini adalah pendapat saya laa :) *
Love the decoration. It simple but truly nice.!

Untuk persiapan di bawah khemah, all in one package.
Tak usah pening² kata ayah. Senang!
Semua persiapan dari canopy, meja, kerusi, meja pengantin, pinggan, sudu, garfu semua lah..
Dari Noranum Catering, Puchong.
*nak contact nunmber boleh mintak yea..jangan malu jangan segan.*
Service diorang memang tip top lah!
Makanan pun sedap. Lauk pun banyak pilihan..
Sekiranya lauk tak cukup..mereka akan ada back up plan.
Tapi selalunya jarang berlaku sebab kak Mazni, selaku ketua projek bagi tahu, mereka punya strategi mereka sendiri untuk reda kan keadaan sekiranya makanan habis sebelum waktunya.
Dan saya juga sangat bahawasanya pihak family saya tidak terlalu penat dan letih untuk berkejar² bab makanan. Cukuplah dengan melayan tetamu yang datang.. =)

Selepas habis makan dan potong cake,
acara bersanding pun bermula..
Tiada acara menepung tawar atau merenjis..
walaupun 'bahan²' telah tersedia..
Hanya bersalaman dengan mak ayah, keluarga pihak lelaki dan mak dan bapa saudara.

♥ Mak dan Ayah kami ♥

♥ Ini Emak kami ♥

Gambar kenangan bersama family dan sahabat kawan² rapat akan di tempek
di next next entry ya ;)

Setelah selesai bergambar, kami berehat sebentar..
memberi peluang kepada photographer kami makan..
Selepas itu kami keluar photoshoot outdoor pula.
Okay nak bagi teaser outdoor sikitttt...


Thanks for reading friends!
Coming up next -> Majlis Bertandang ;)

No comments:

Post a Comment