Friday, June 12, 2015

Kos Bersalin FPP di Hospital Selayang.


Hai lama pending entry nie..Zeen da 6 bulan baru dapat update.
heeee :D

Sebelum nie ada entry pasal check-up di Hospital Selayang under Full Paying Patient (FPP) Scheme.
Memula dulu masa datang untuk check-up je mesti terfikir waktu due nanti macam mana lah service, bilik untuk FPP nie. haha. Iyela mana tak nya semua berbayar, tapi bayaran nyer tak de lah macam swasta. =D

Bayaran tidak termasuk prosedur, ubat-ubatan, pemeriksaan darah & x-ray.

Okay first time, first day datang untuk register kena prepare bayar registration :
RM 10 : registration,
RM 100 : consultation,
RM 20 : urine test, dan
RM 51 : scan.
Total RM 181.

And for next² check-up :
RM 60 : consultation,
RM 20 : urine test, dan
RM 51 : scan.
Total RM 131.

Sumber : blog leonora
Gambar atas nie adalah additional caj sekiranya mum-to-be perlu membuat pemeriksaan.
Macam urine test & scan tue memang perlu buat every check-up.
Tapi bila week yang da kena check-up twice a month tue ada sekali yang mum-to-be tak perlu buat scan, so tolak laa rm51 tue.

Cerita pasal bilik pula,
First day check-in, time ai da rasa sakit teramat dah nie..
dapat bilik  lebih kurang begini tapi kechik skit di tingkat 10 rasanya.

Sumber : blog leonora
Selepas keluar dari OT,
baru laa kami ditolakkan ke tbilik ingkat 11,
dimana bilik itu lebih besar dan luas.!
Kalau nak berkampung pun bole haha. Agak laa kalau ramai sangat nak datang melawat dalam suatu masa tue memang best laa tak de la yang kena tunggu luar ;D
ada tingkap yang tidak boleh dibuka yea, sebab tingkat tinggi..
So gunanya untuk pencahayaan saja.






Kenapa ambil FPP nie.?

Sebab²nya, Satu dekat sangat dengan rumah (itu yang utama) heee =D
Dua, in case kalau kena czer, kosnya tidak terlampau mahal macam swasta, maximum pun sampai 5k.
Tiga, family nak datang tak perlu ikut jadual, datang bebila masa pun bole :)
Selain dari tue, selama berada di sana, mak dan suami ada sentiasa..
selalunya hanya sorang sahaja kan yang boleh teman kita sampai ke malam dan pagi esoknya.

Selama ai check-in 4 hari 3 malam tue, saya sangat puas hati dengan servis yang diberikan.
Layan doktor dan nurse memang baik². But uolss jangan la expect nak itu nak ini macam kau anak raja.
Sampaikan pad pun nak tukar nak mintak tolong nurse, memang nurse tue agak laa kan.
awak boleh bangun dan memang doktor akan minta kita berjalan/bergerak sendiri 
untuk menggelakkan darah beku selepas operate. 
Pengalaman ku, memang agaklaa nak bangun tue memang berat pada mulanya..
tapi tak bole nak manja sangat nanti sakit lain pula.
*takut juga laa kan*
So, total bil yang ai kena RM3,813.00, its worth dan ai puas hati dengan apa yang ai dapat.
Time discharge tue siap nurse beri gooodies lagi. hihi.
ada pampers newborn mamy poko, huggies, 
sample softlan, & cawan tupperware *ha ini ai suka hihihi =)*  

Bila nak siapkan entry nie, teringat moment² masuk hospital untuk bersalin kan Zeen.
Alhamdulillah Asyraf Razeen da 6 bulan.
*da bole makan da*


Monday, December 1, 2014

Dairi Hamil Ku : Minggu 39 - 40 ~ The day!

Assalamualaikum semua..

Untuk awal minggu ke-39 nie, ai pergi kerja macam biasa..memula plan nak start cuti 1hb, tapi rasa macam okay lagi untuk pergi keja..ingat lepas appoinment dengan Dr. Roslan rabu, 3hb nie baru dikir pasal cuti. Suami pula minggu nie adalah second week of his EV training kat office.

1 Dec 2014
Pagi 1hb mandi sebelum bersiap siap nak pergi kerja..macam ada tanda sudah keluar.
Tapi ai masih tak sakit..actually ahad (semalamnya) ada cecair like keputihan sudah menunjukkan rupa, tapi rasa macam eyh tanda untuk bagi hint hint nieee..tapi tak gelabah lagi laa. Pergi kerja as usual.
Petang kat office, call mak..tanya apa itu..mak kata tue 'kembar air'..
Mak pun berkata "kot tanda tue kak, hati hati yea..tapi kamo tak sakit lagi kan". Aah. Memang tak sakit lagi pun..

2 Dec 2014
Seperti biasa bangun pagi bersiap sambil bersedia dengan apa yang nak datang..tapi tiada apa apa..cuma bila sampai office kat pantyliner ada tanda dot dot coklat..
Dengan rasa tenang, whatsapp ke cik abang beritahu..dan beliau pun minta roger segera sekiranya ada apa apa..*eyh dia plak gelabah* Ai pula jadi macam ntah seram sejuk pun ada..walau tak sakit lagi..terus naik atas jumpa dengan ain. Sembang dengan ain, ain kata "balik jie pergi chcek mar!" Haha aku dengan selamba ketawa..padahal dalam hati da gelabah. Aku pun fikir fikir nak tunggu check up esok..

3 Dec 2014
Hari nie ai memang plan untuk menghabiskan AL aku tahun nie. Dah tinggal sehari kottt belasah jee lah pas nie dah cuti bersalin dah.
Bersiap pagi tue dengan keadaan tenang tanpa ada sebarang tanda tanda.
First, pergi klinik desa selayang baru dulu sebab last week tak pergi, takut rekod tercicir..so kita pergi lah.
Lepas nurse situ check, tanya ada tanda tanda keluar tak..aku pun berceritalah..terus dia kata "kak, kenapa tak pegi terus ke hospital.?" Aku dengan selamber jawab "lepas nie nak pegi sebab hari nie ada appoinment..datang sini dulu sebab takut rekod cicir." Nurse terus senyum. Hahaha. Sebab aku tak sakit lagi bole ler aku senyum lagi..hihihi.
Lepas keluar dari klinik, aku n suami terus ke hospital selayang...

Sesampainya ke hospital, Alhamdulillah senang pula dapat parking..
Terus ke kaunter tanya akak kaunter tue cerita pasal tanda tanda. Dia kata "dik, awak terus ke dewan bersalin, kalau tak akak sendiri yang tolak awak dengan wheel chair ke sana"
Time check nie dah 1cm dah buka. 

4 Dec 2014
Ketika bersiap mandi ada sesuatu tanda yang agak mengelabahkan perasaan si isteri dan suami..pabila ada cecair seperti darah di lantai toilet. Apa lagi terus menjerit panggil si suami yang mamai mamai dari tidurnya..terus bulat mata beliau. Muka agak gelabah..pegang bahu ku untuk menenangkan hati kedua dua belah pihak dan berkata "sayang mandi dulu..siap siap kita terus gi hospital ya".

Selesai check, nurse beritahu perkara yg sama. masih 2cm dan puan balik dulu..
Aku pun balik, rehat2..makan2.
Ayah, Mak dan adik da on the way nak stay kat rumah malam tue..
Malam tue masih bole ke kedai makan lagi..walau contraction 10min:2x..

Tido malam tue macam takut2. Haha. Tapi sempat sembang dengan suami kalau sakit 10min,2kali..tak nak g hospital lagi sebab nanti kena selup free je..tak nak lah. Haha.

5 Dec 2014
Masih ku ingat malam tue..memula tido time contraction tue aku sedar then amek jam utk kira..dah lelama aku pun mengantok tak tahu jam dah ke mana..dekat pukul3, sakit ku makin menjadi..sampai posisi tido pun da dia bahu suami..setiap kali sakit akan ku gengam tangan suami dan sambung tido balik dek kerana mengantok sangat..kesian si suami..aku rasa macam tengah ganggu tido dia..tapi apakan daya, dia rasa tangan kena gengam terus tersedar..sampailah tepat pukul5 pagi..dia sedar sakit aku dah makin kerap..dan aku dikejarkan ke hospital bersama mak dan adik.
5:15am sampai kat hospital, adik amek wheel chair, dan aku terus dikejarkan ke wad bersalin dibawa oleh mak guard yg laju giler bawak aku ke tingkat5 tue.
Aku diperiksa..tak ramai, aku sorang jee yang aku perasan. Lepas check semua, medical officer (mo) ada beritahu utk admitkan aku..bukaan masa tue dah 3cm. Aku dah tak tahu waktu tue pukul berapa tapi da cerah..adik lelaki aku pun tak tahu macam mana boleh lepas naik atas. Setahu aku hanya ibu dan suami je bole naik waktu tue.

Dalam blik, pkul8am macam tue dr.Roslan masuk utk check..time tue dah 4cm kata dia dan dia ada beritahu kalau nak ubat tahan sakit bagitahu nurse..aku pun terus kata ya. Memula aku takut sebab takut ubat apa pulaa..tapi bila dia dah explain baru aku tahu..aku terus kata YA! Sebab aku dah tak cukup tido malam td..haha. So dapatlah kena inject..
Lepas inject memang aku mamai habis. Memang tido lah kau. Tapi setiap kali sakit..standby tangan suami disebelah yea..utk gengam dan sambung tido semula :p
Aku memang tak ingat apa dah. Yang aku tahu mak kejut bangun pun aku mamai mamai dan ambil masa utk bangun..
Mak suh makan..aku pun makan dengan tak berapa nak berselera sangat. Kemudian aku exercise berjalan dalam bilik sbb nurse suggest utk berjalan jalan..tapi aku berjalan dalam bilik jee.

Sampai pukul8pm dr.Roslan masuk lagi untuk check..kata dia bukaan masih 4cm..dia ada advise utk czer sbb aku dha menahan sakit dah lama..bacaan contraction aku pun memang patut dah bersalin..dia beritahu kami, 1) Setiap kali kontraksi berlaku..kepala bayi akan ke ruang tempat keluarnya, jadi takut effect kepala baby. 2) Bila kontraksi berlaku, darah tak pergi ke baby..
Jadi kami kata kami bincang dulu..dan kami decide utk czer.. dr.Roslan pun okay dan dia beritahu kita operate malam ini juga.. Kami terpana dan dalam kepala berfikir perkara yang sama utk masuk dewan bedah selepas pukul12 tgh malam. Dr.Roslan pun ketawa kecil dan beritahu kalau tak sibuk dan tak de kes kecemasan bole kott haha. *bole main request request plak yea*

6 Dec 2014
Tepat jam 12:12am kedengaran tangisan bayi. Subhanallah! Sebak dada, bertakung airmata. Baby diletakkan di dada..bulat mata dia, tak nanges pun.. Lepas keluar dari OT,
nurse panggil suami dan mak. Tapi baby ada kat nurse utk inject baby..walau dlm bilik tp dengar dia menangis.
 *kita cam suara nanges dia sama masa keluar dari perut td* 
Bagitahu suami, bole dia kata "iye ke?" *muka teruja*
Dah selesai semua terus ditolak ke ward.

Assalamualaikum..welcome to the world sayang..

Malam tue masing masing kepenatan..daddy lagi laa tak tido satu hari satu malam. Hehe. Mami dapat jugak tido siang tu duk ubat tahan sakit yg 'giler high' tue =D

Alhamdulillah Syukur selamat semuanya.
Inilah pengalaman pertama kami melahirkan anak pertama..
Anak pertama, tiada pengalaman. Pabila bertanya bersembang dengan makcik-makcik, kak-kak, kengkawan yg dah merasainya..memasing dengan cara masing2. Pabila bertanya akan kesakitan kontraksi tue pun tak sama dan tak dapat nak bayangkan kesakitan tue. Ada yg sakit, ada yg tak sakit..tahu2 dah buka cm..mudahnya ya Allah. Ada yg sakit, bila sampai time baby dah boleh keluar, da tak sakit..
Jadi kata senangnya "kita redah jelah dengan tenang" In Shaa Allah dipermudahkan urusan kita dan Allah ada dengan kita. 
P/s : dah lama sangat entry nie simpan dalam draft, hari nie baru dapat publish. Hee :D

Sunday, November 30, 2014

Dairi Hamil Ku : Minggu 38 ~ Hospital Bag, Wondermilk,BoatNoodle @Publika.


Sekarang nie tiap detik duk menunggu masa..haha.
Sakit² da mula terasa.
Dalam pada masa yang sama bag baby yang nak bawa ke hospital pun kena siap juga..

 
Pampers adalah wajib.
Botol susu spare, minyak herbanika, & baby oil.
Napkin sehelai, swaddle, handkerchief,
tak lupa barut.
2 rompers lengan panjang,
Mittens botties..
3 helai baju.
*lengan panjang, pendek, sua panjang pendek semua ada*
Ini bag baby utk beri pada nurse nanti.
Ada towel, toletteries, napkin, swaddle, pamper se, hah baju sepasang..

Bag baby nie da seminggu dah ada dalam kete..tapi bag mommy dia baru je settle semalam hehe.
Ai refer kat theoppositeofpink.blogspot for mama hospital bag.
Yang penting buku pink kemana-mana pun ai bawak.
Even nak pegi mall pun mesti selit, walhal  mummy bag tak ready lagi haha.
*buatnya betul, menggelabahlah daddy*

Semalam sempat daddy bawa mummy jalan for the last sebelum due..
Katanya nak bg mummy berjalan banyak,
Hah. Sampai daddy kena jalan dululah baru mummy sampai haha.

Asal plan nak ke H&M untuk cari baby cap. Hah gatal tangan lagi mummy kau niee..
So H&M yang berdekat dan tak masuk kL adalah di 1montkiara mall..
Lepas tue pulak terjebak tengok buy 3 for 2..
So terembatlah...
Dekat nak christmas nie kan banyak nowww sale nyerrr..
For the first time pegi 1montkiara nie..tak banyak pun outlet dia ada..restaurant pun tak byk choices.

So decide makan kat publika sebab ia 3km lebih jee dari 1montkiara..ikut waze yang akan bawa korang ikut jalan ceruk2 tue kejap je sampai.
Actually, try n error jee cakap kat suami nak cupcake kat wondermilk publika sambil buat muka chomel :p 
So dah jadi sebab nak ke publika semata cupcake, 
so suami pun tanya apa ada lagi kat situ utk makan..
teringat officemate kata sini ada boat noodle, 
jadi suami pun berkata "kita makan sini je lah yea" dia pula yang overexcited.

Da selesai serbu wondermilk, cari directory tak jumpa²..jadi google lah jadi mangsa.
Memula suami kata jum jalan kat bawah, terjumpa supermarket..nampak pulak buah² fresh.
Apa lagi, shake n take ada kat rumah..
Membeli-belah lah kat jap kat situ, 
rembat buah tembikai 50% off, buah anggur 50% off, dan buah kiwi 50% off jugak. Haha.
Apa yang tak 50% adalah ikan salmon.
Daddy teringin...lagi² color oren² freshie nampak gayanya.

Dah membeli, google punya google boat noodle di G3..berjalanlah kami.
Ai hanya membawa plastik wondermilk saje yea..cari punya cari tak laaa terjumpa juga.
Alih² suami berkata "abg jalan dulu..syg tunggu sini jap yea"
Aku pun tunggu la depan o'briens..
Rupa²nya depan lagi berjalan nyaaaaa haish panjang rupanya publika nie..
Sesampai di depan kedai, inilah keadaannya...

Beratuq bak hang....
Suami kata depan kita ada 10 nama lagi untuk tunggu meja.
A dengan semputnya..kasihannya ke suami yang dah kelaparan tue 
bertanya "takpe ke berg, kita tunggu nie..kalau tak kita masuk je kedai lain"
Dia pun kata "tak pe. Kalau tak nanti ntah bila mar dapat makan.."
Alamak aiiii..puas laa sesi pujuk memujuk..orang kasihan ke dia lapaa..dia kasihan ke kita pulaa..
Dalam setengah jam ke empat puluh minit juga menungu..dapat lah kami meja.. Alhamdulillah..

The menu
Muka orang lapar diatas
& sila abaikan muka semakin membelon dibawah tue :D

Apa kami order.?
Hambek 5+5+5+5
Air thai green tea dia sangat marvelous!!!
Siap tapau lagi.
Tapi memang selera kenalah dengan aku yang giler makanan thai nie.

Disebabkan kami tukar ke meja lain kerana order 20 bowl, makanya 3 bowl suami & 2 bowl isteri telah dirampas oleh waiter tue..jadi dalam gamba diatas tak cukup 20 bowl.
*ehem. da bole bugdetkan mana bape bowl suami & bape bowl isteri bedal ya..ekekeke =D*

Esoknya, plan nak memasak untuk suami..
So pagi tue kita breakfast cupcake & susu butterscotch.
Bangun pagi tue da usap² baby behave time mummy nak main masak² nanti. 
Daddy biasalah dia potong memotong, mummy hanya masak jee.
Alhamdulillah anak mummy nie dengar cakap..behave je dia walau dia aktif :) 
So lauk kita semalam...
1. Salmon lada hitam
*goreng begitu saje lumur serbuk black pepper & garam sikit*
2. Sambal udang.
3. Daging masak kicap.
4. Watermelon juice!
Semua nie favorite daddy..berselera daddy makan taw. 
Alhamdulillah dapat tunaikan permintaan daddy. Muahh!