tab

 photo home.jpg  photo home1.jpg  photo home2.jpg  photo tab1-1.jpg
Showing posts with label Wedding preparation. Show all posts
Showing posts with label Wedding preparation. Show all posts

Monday, August 12, 2013

Wedd Review : Henna.

Assalamualaikum w.b.t.
:)

 hye hye
Entry nie nak review mengenai henna ataupun inai.
Biasa lah kan time kawen kawen nie lah duk gelabah cari menda alah nie..
Terima kasih mr.google kerana menemukan saya dengan kak Norish nie =D

Henna (Inai) Ukiran Pengantin
*click utk blog henna kak norish*
*click utk pergi ke fb kak Norish*
Kenapa mar amek kak norish nie..sebab yang pertama dia stay shah alam. heeee..
dan yang kedua dia memang peramah gilersss. 
tengok dari blog, gamba² beliau memang seorang yg 'happy-go-lucky'
lukisan inai tangan beliau memang tak menghampakan.


Selain dari kak norish, mar ada usha blog dan fb lain² orang yang ada seni kreatif ini iaitu Inai Ace Khalida
dan blog beliau *click kat blog tue yea*
khalida nie pun chantek hasil tangan nyer..plus dia kawan kepada bff mar.
tapi di sebabkan beliau berada di cyberjaya..macam agak keberatan nak ke sana..dan nak request beliau datang ke rumah, charge nyer mahel lerr pulak heee tapi ai suka inai hujung jari kerawang² tue..

kerawang yang menjadi pujaan hati..
*bole tak nak pakai inai macam nie lepas nie?* heee :D
See. Chantek kan.! 
Setakat yang mar survey sebelum kawen hari tue..inai ace khalida nie jee yang bole buat hujung jari kerawang² seperti gamba di atas tuee. 
*tapi kalau ada yang lain, itu maksudnyer mar x sempat laa nak meng'google' lagi tue..ngeee*

Thanks for reading!
;)

Tuesday, July 30, 2013

Wedd Review : Wedding Shoes.

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam entry nie ai nak cite pasal kasut kawen!
Haaa..pemakaian kasut pada hari persandingan memanglah sesuatu yang penting..
Pada sesetengah butik atau bridal house, mereka akan menyediakan sekali dengan baju persalinan (sanding) yang telah anda tempah atau sewa.
Akan tetapi, ada juga butik yang punyai kasut design lama atau ia tidak kena dengan citarasa seseorang yang mahu tampil menawann di majlis persandingannya.
Sekarang dengan zaman berteknologi tinggi ini, orang sudah pandai mengayakan pemakaian dengan idea dan mengikut kreativi masing-masing. Jadi tiada masalah lagi, sekiranya anda mampu untuk pilih baju dari designer A, kasut dari designer B dan shawl/tudung dari designer C.

Woahh skema betula ayat macam pendahuluan karangan lagi.. haha!

Okay, pasal kasut wedding hari tue, mar da survey bab kasut² nie 5 bulan sebelum majlis.
haaha! punya nak puas hati tue..then nak yang senang match plak dengan kedua² majlis.
bukan apa..mar bukanlah jenis yang selalu keluar dengan heels/wedges tinggi² lagi lagi time nak berjalan tawap shopping mall..heels/wedges nie selalu pkai time ada majlis² tak pun hari raya..haaa =D
tahu jugak dan mengaku jugak yang diri nie memang sedikit cerewet *oppps statement!*
penah dulu time kechik² dulu nak cari kasut raya..sampai 5 buah shopping mall mar masuk dengan mak ayah..cari kasut dari mall ke setiap mall ke tiap² kedai setiap mall tue tak berkenan di hati..bhahaha.
Ini kan lagi kasut untuk majlis seumur hidup sekali :)

Dah habis ke semua website yang da puas meng'google' search kat fb..
dari Zalora ke online butik yang jual kasut korea style pun pi jengguk jugak haha.
*kau nie nak beli kasut kawen ke..kasut bjalan nie wahai madhiah oii!*

Dan at last, terkenan satu kasut nie..
jumpa link website dan facebook dia pun encik google yang tolong :D
Design diorang memang chantek menarik memang de bOoM lah!
haha.
 
*click kiri untuk blog, click kanan untuk fb*
Dan bawah nie serba sedikit design diorang nak tempek kat entry nie sebab ia menjadi pujaan hati =)



               

haha. Nak di ikut kan, kasut grey bertatahkan batu permata hitam dan grey menjadi pujaan hati untuk di sambar. tapi, brooch nya dah tak de stock.. =(
Tapi menjadi penyelamat bila encik husband tunang kata bole buat "I do" di tapak kasut hihihi :D

Shoe Heaven
Nie butik ChristyNg kat uptown damansara tue..kechik je..


Nie alamat butik Christy : No 35A, Second floor, Jalan ss21/37, Damansara Uptown, 47400, PJ.
Butiknyer atas Guardian.Sederet dengan HSBC, Caring farmasi, Nasi lemak village park & 99 Speedmart.
buka 9pagi sampai 5petang hari biasa..dan weekend & public holiday 10pagi sampai 3petang.



 ------------------------------------------------------------------------------


absolutelygorgeous!
fb Absolutelygorgeous by Amy
Okay second, design lain yang mar da survey dulu, fb Absolutelygorgeous by Amy.
Amy nie buat custome shoes. Ramai jugak yang tempah kat beliau untuk kawen mahupun kasut untuk berjalan santai santai :D
Jadi kalau korang ada design kasut yang korang terjumpa kat internet nie..dan korang minat giler nak pakai kasut macam tue..bole lah korang mintak amy nie designkan..nak tinggi mana..tak nak tinggi ke..suka hati korang laa..tapi harganya mungkin sedikit mahal sebab custom-made kann dah namanyerr..
dan ofkos laa kepuasan tue ada bila kita dapat pakai kasut yang selama nie tengok kat mata..tetapi sekarang da kat kaki.! =)
dan Amy juga ada ready made shoes & rental shoes untuk kegunaan kawen.
Check it out laa fab & website beliau eyh!
*tempek skit kasut² dari Amy*
pic namepic namepic name

 ------------------------------------------------------------------------------
Ini pulak design exclusive dari Rins Suzana. Desing diorang memang meletopss gilersss.
Confirm cair laa bila pandang. tapi lain orang, lain citarasa :)
fb bellarina by Rins Suzana
  ------------------------------------------------------------------------------
Dan last sekali..
You and Me Shoes (YMS)
   
*click gamba kiri untuk fb YMS & click kanan untuk blog YMS*
     
------------------------------------------------------------------------------
Ada juga mar usha blogger² bride-to-be ex-bride, diorang DIY kasut kawen diorang!
Mesti lagi puas hati sebab kita yang design mengikut citarasa kita.
iye lah. kadang² ada sesetengah orang tak nak pakai heels tinggi² sebab tak comfort..jadi diorang pilih heels yang comfort dengan kaki diorang..then kita tampal or jahit manik kat kasut tue.
haaaaa awesome kan! =)
Macam kasut niee

dari blog misswonderfoollife
asal² kasut hitam jee macam yang sebelah tue.
thanks for reading
*harap dapat membantu :)*

Friday, July 12, 2013

Wedd Review : Kad Kahwin.

Assalamualaikum w.b.t.

Hye!
Hye!

Kad kahwin nie adalah salah satu perkara wajib lah kan perlu ada sebelum majlis
berlangsung.
masa untuk buat kad nie selalunya dalam 2 minggu ke sebulan kedai bole siapkan..
jadi untuk lebih baik dan tidak kelam kabut..tiga atau empat bulan sebelum majlis, bole lah pergi kedai untuk pilih² macam mana design, font, color, sampul bagai² tue..
sebelum decide nak buat atau tempah kat kedai mana..haruslah buat survey dulu *penting taw!*
kalau nak budget ke..nak yang sedang sedang ke..mahai kee...

time ai buat kad nie selepas pergi buat hiv test. alang² da amek cuti kan..nanti taklah membazir  cuti tue nak kena amek lagi..cuti kawen lagi..haaaa fikir²kanlah :D
ai buat kad nie akhir bulan jan 2013 dalam 29haribulan..dekat LH Creative Concept, di Jalan Pudu.
kami just pergi ke kedai nie hanya 3 kali..
First, time jengguk survey kad² dia dan bawak balik dalam 10 kad untuk references.
Second, we all datang untuk booked. time nie cite detail² macam mana kad yang korang nak. dia akan bagi form untuk isi details nama pengantin, mak ayah pengantin, alamat, no fone dan korang kena draft map rumah sekali bagi kat diorang time nie..
Third, datang untuk amek kad.!
haaa easy kan. =)
LH creative nie ada dua showroom kat jalan pudu tue dan satu kat jalan tar.
jalan pudu tue parking agak susah..tapi nasib kami datang tue paling lama pun kami pusing 3 round..ada orang kua dari parking..itu pun sebab kali kedua pergi untuk booked. kalau tak, memang sorang pergi..sorang dalam kereta lah gamaknyerr.

kad kami nie paling budget! yeah. budget!
sebab kami nak lebihkan budget ke tempat lain..hahaa..
35sen untuk satu kad bersama sampul bercetak..murah kan? kan? kan?
but opkos laa untuk seribu keping. mula² nak amek tujuh ratus, tapi sama jugak totalnya..ia jatuh satu kad 50sen satu kad bersama sampul bercetak..
Okay kiralah total nyer berapa?
Hahaha
rm0.35 x 1000 = rm 350

Spend about rm350 for invitation card, its just worth enough. so kita bole spend ke lain pula.
banyak lagi yang perlu disediakan untuk majlis berlangsung.

Okay nak cite step nak tempah kad kat lh creative nie..

1. Bila dah datang da bawak balik kad tue..mestilah korang da fikir dan bincang²kan dengan bakal suami atau pun family korang macam mana design cita rasa korang..dan pada yang terus datang nak terus buat pun bole..tapi dinasihatkan lah survey dahulu supaya korang lebih berpuas hati :)

2. Kemudian bila da confirm nak tempah, isi borang..jangan bagi salah pula detailnya ya..bawa sekali map yang da korang draft sekali kalau kita da nak booked. then, staff kat situ amek details korang dan dia akan tanya sama ada nanti nak datang sini atau dia bole email draft kad melalui email. haaa korang bole pilih. Dan ai choose to email, senang sikit..tak de laa nak pusing berkali kali cari parking kan..

3. Cukup seminggu waktu bekerja, pihak diorang akan email dan attachkan sekali draft kad kawen korang tue dalam format pdf. dalam email tue juga diorang ada bagitahu kalau ada correction yang perlu dibuat..korang kena beritahu diorang dengan print, conteng mana yang salah dan perlu di betulkan..kemudian scan..email balik pada diorang..
contoh macam nie
Tengok ai main conteng² ;p
masa ai dulu time tue orang sibuk nak raya cina..tapi ai tengok yang draft tue nama 'aNa' ai hentam je reply email tue..tak pedulik dah. tup tup dia reply! hari yang sama okay dengan draft yang dah dia buat pembetulan.!
*woahhhh impress impress*
haha!

4. Then, bila korang da tengok draft tue..korang da berpuas hati..tak de salah² korang bole laa dengan segeranya pergi ke public bank untuk bank in separuh dari total pembayaran. bila da settle, korang print draft yang da buat pembetulan tue dan korang perlu sign setiap muka surat..kemudian, scan balik BESERTA slip pembayaran seperti ini.
 

Kemudian dalam seminggu hari bekerja diorang akan call bagitahu kad dah siap.. =)
Nie process time ai buat kad dulu..
Dan hasil kad ai macam nie :)

Thanks for reading.
xie xie ;)

Wednesday, June 12, 2013

Wedd Review : Kursus Kahwin @ Masjid At-Taqwa, TTDI.

Assalamualaikum w.b.t.

Okay nak review pasal kursus kahwin yang kami buat hari tue
pada 12 & 13 Jan 2013.
Kursus kahwin nie selalunya pada weekend.
Tapi masa ai survey² hari tue ada juga yang buat weekdays..

Bayaran yang di kenakan RM80 seorang termasuk makan minum sepanjang dua hari, fail & buku.
Dengar cerita jugak ada yang cakap harga nie akan naik nanti..
tapi not sure pasal hal nie. 

Dan di recommend, kawan² haruslah booking thru online ataupun sms dulu kepada mereka dari walk-in..

Okay, pengalaman kursus kahwin kat masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail nie..memang sangat selesa untuk solat, ruangan solat & tempat wudhuk memang comfortable habis.
Cuma kebetulan minggu yang kami mengikuti kursus nie..kak Ana kata minggu tue luar jangkaan, ramai yang nak hadir kursus nie pada hari sabtu & ahad tue.
Jadi bersempit² lah kami di bilik kursus tue..
Kak Ana pun tak sangka sebenarnya dan dia berpuluh² kali meminta maaf.
Ini terjadi mungkin kerana yang booking tak ramai..tapi yang datang walk-in ramai..so jadi la perkara sebegini..hari sabtu tue, ada yang berdiri pun ada..tapi kak Ana bagi excuse untuk hari ahad tue pada yang berdiri, diorang bole datang hari ahad next week nyer.. 
So, di recommend kan, sebelum datang tue haruslah booking thru online ataupun sms kepada mereka dari walk-in. Kalau tak perkara macam nie mesti terjadi lagi.
Dan mungkin kak Ana perlu limit kan untuk 1 kursus, hanya beberapa sahaja supaya tak berulang perkara sebegini lagi...

Okay, yang paling saya suka kursus nie ia buat saya TAK mengantuk!
mata bulat je..gelak²! haha ustaz ustazah semua kelakar².
Penceramah² yang beri ilmu tue semua berpengalaman dalam mengendali kes² mengenai rumah tangga.
Ada seorang ustaz tue berkata, sekarang tak kira masa, artis mahupun orang berpangkat, orang tak berpangkat..hari² datang ke pejabat beliau. Kadang kala hal kechik, remeh temeh pun di perbesar²kan..
1 kes lagi si suami nie dah dah kawen, tapi kawen yang kedua tanpa pengetahuan isteri pertama pun ada..sampai nak cerita masalah nie kena jumpa di luar pejabat (kedai makan) untuk buat consultation. Haha! geleng kepala ustazah tue.. =D
Kak Ana pun best! Beliau sangatlah bersemangat orang nyer. eyh bukan gemux yea..
sekali dia bercakap kat mic tue..haish semua orang mesti pandang dan beri perhatian lah.
Tapi dia bukan lah seorang yang garang. Dia sangat lah peramah..senyum, comel² je kak Ana nie..lembut sopan santun taw.

Mar highly recommend kat korang yang mana nak pergi kursus kahwin tue..
Makanan yang kak Ana provide pun okay sedap².
Nak tambah (kalau ada lagi) pun bole hehee.

Pada siapa nak tahu lebih lanjut pasal kursus kahwin di masjid At-Taqwa, TTDI nie..sini website nyer Pusat Kursus Perkahwinan Pusat Bandar Damansara. Ia ada 3 tempat taw di Pusat Bandar Damansara, masjid At-Taqwa & di Percint 9 Putrajaya. Di handle oleh kak Ana & suami nye abg. Fauzi. 
Tapi kak Ana ada pesan yang kat masjid At-Taqwa tue selalu dia je yang ada..sebab suami nye jaga kat percint 9 putrajaya tue.

Ini lah masjid At-Taqwa, TTDI.
Ini map nak ke Masjid At-Taqwa (B) tue dari One Utama (A)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okay kalau korang nak tahu tempat² kursus kahwin sekitar klang valley nie..
kat snie website nyer

Sekian,
Xie Xie 
:D

Friday, June 7, 2013

Pre-Wedding pada hari pekerja.

Assalamualaikum w.b.t.

hi! 
=)

Okay entry nie pasal pre-wedding yang hari tue tak sempat nak post kat blog lagi..

Haaaa tengok tajuk pun da tahu kan kami buat pre-wedd nie bila..dan kami, termasuklah photographer nie tak cuti ngeeheheheeee

Date untuk pre- wedd nie pun last minute decide sebab kami berdua sibuk siap kerja sebelum cuti panjangkawen..especially encik berg laa kan..keje kalah manager. kihkihkih
Nasib baik ada public holiday sebelum majlis kami.. :D

Pre-wedding nie kami dapat free gift dari Hijau Photography!
best kan best kan best kan diorang niee.. :D
Memula kami tak percaya jugak..tapi maybe sebab kami da pilih diorang untuk majlis² kami dari bertunang..sampai lah ke kawen..side mar, side berg pun diorang jugak penat seperti pengantin..hehehee

Okay gambar official dekat diorang lagi..
Gambar nie semua ai 'save as' kat facebook dia (sorry yuchi) credit to him :D *peace*


*peace*
:)

Thursday, March 28, 2013

DIY : Signage

Assalamualaikum w.b.t

Ini saya buat last week sementara ada masa di opis. ngee :D
*keje saya da settle taw baru saya buat ini*

Inilah rupa papan tanda yang korang akan nampak pada hari kejadian untuk ke rumah saya nanti :)


Dan ini pula saya buat untuk hari kejadian untuk majlis sebelah si dia =D





Mekacih.!





DIY : Hantaran

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu lepas ini lah yang saya buat sampai 
saya mandi pukul 2 petang. :D



Untuk hantaran kawen nie..saya DIY jee..
jimat satu hal..tapi yang PALING pentinggg tahap kepuasan hati tue to the max laahh.! =D
Iye laa nk buat sendiri untuk bakal suami. *aauuu!*
hahaha.!




Thursday, March 21, 2013

DIY : Beading

Assalamualaikum w.b.t

Hye kawan².!

Memandangkan nie first entry pasal wedding preparation..
pertama sekali perkara yang mar beli dan siapkan untuk wedding may2013 nie ialah...
kain dan pearl beads.
Haaa start nyer bila masa buat deco hantaran utk tunang hari tue..

Lepas tue berkali² lah ku pergi ke SACC beli pearl bead tue, berkaler² dah.

Beads nie banyak bentuk nyaa slalu kt tengok yg kat baju dulu² start orang jahit manik kat baju kurung tue manik beras, manik bulat dan macam² lagi lah bersaiz saiz ada...
Tapi sekarang nie orang da guna manik mutiara atau pearl bead

Okay tengok gamba jee eyh apa saya buat dengan pearl beads niee.
:D




P/s : review sepenuhnya tunggu selepas wedding ya ;)                                               
=)  Thanks.!