Friday, July 12, 2013

Wedd Review : Kad Kahwin.

Assalamualaikum w.b.t.

Hye!
Hye!

Kad kahwin nie adalah salah satu perkara wajib lah kan perlu ada sebelum majlis
berlangsung.
masa untuk buat kad nie selalunya dalam 2 minggu ke sebulan kedai bole siapkan..
jadi untuk lebih baik dan tidak kelam kabut..tiga atau empat bulan sebelum majlis, bole lah pergi kedai untuk pilih² macam mana design, font, color, sampul bagai² tue..
sebelum decide nak buat atau tempah kat kedai mana..haruslah buat survey dulu *penting taw!*
kalau nak budget ke..nak yang sedang sedang ke..mahai kee...

time ai buat kad nie selepas pergi buat hiv test. alang² da amek cuti kan..nanti taklah membazir  cuti tue nak kena amek lagi..cuti kawen lagi..haaaa fikir²kanlah :D
ai buat kad nie akhir bulan jan 2013 dalam 29haribulan..dekat LH Creative Concept, di Jalan Pudu.
kami just pergi ke kedai nie hanya 3 kali..
First, time jengguk survey kad² dia dan bawak balik dalam 10 kad untuk references.
Second, we all datang untuk booked. time nie cite detail² macam mana kad yang korang nak. dia akan bagi form untuk isi details nama pengantin, mak ayah pengantin, alamat, no fone dan korang kena draft map rumah sekali bagi kat diorang time nie..
Third, datang untuk amek kad.!
haaa easy kan. =)
LH creative nie ada dua showroom kat jalan pudu tue dan satu kat jalan tar.
jalan pudu tue parking agak susah..tapi nasib kami datang tue paling lama pun kami pusing 3 round..ada orang kua dari parking..itu pun sebab kali kedua pergi untuk booked. kalau tak, memang sorang pergi..sorang dalam kereta lah gamaknyerr.

kad kami nie paling budget! yeah. budget!
sebab kami nak lebihkan budget ke tempat lain..hahaa..
35sen untuk satu kad bersama sampul bercetak..murah kan? kan? kan?
but opkos laa untuk seribu keping. mula² nak amek tujuh ratus, tapi sama jugak totalnya..ia jatuh satu kad 50sen satu kad bersama sampul bercetak..
Okay kiralah total nyer berapa?
Hahaha
rm0.35 x 1000 = rm 350

Spend about rm350 for invitation card, its just worth enough. so kita bole spend ke lain pula.
banyak lagi yang perlu disediakan untuk majlis berlangsung.

Okay nak cite step nak tempah kad kat lh creative nie..

1. Bila dah datang da bawak balik kad tue..mestilah korang da fikir dan bincang²kan dengan bakal suami atau pun family korang macam mana design cita rasa korang..dan pada yang terus datang nak terus buat pun bole..tapi dinasihatkan lah survey dahulu supaya korang lebih berpuas hati :)

2. Kemudian bila da confirm nak tempah, isi borang..jangan bagi salah pula detailnya ya..bawa sekali map yang da korang draft sekali kalau kita da nak booked. then, staff kat situ amek details korang dan dia akan tanya sama ada nanti nak datang sini atau dia bole email draft kad melalui email. haaa korang bole pilih. Dan ai choose to email, senang sikit..tak de laa nak pusing berkali kali cari parking kan..

3. Cukup seminggu waktu bekerja, pihak diorang akan email dan attachkan sekali draft kad kawen korang tue dalam format pdf. dalam email tue juga diorang ada bagitahu kalau ada correction yang perlu dibuat..korang kena beritahu diorang dengan print, conteng mana yang salah dan perlu di betulkan..kemudian scan..email balik pada diorang..
contoh macam nie
Tengok ai main conteng² ;p
masa ai dulu time tue orang sibuk nak raya cina..tapi ai tengok yang draft tue nama 'aNa' ai hentam je reply email tue..tak pedulik dah. tup tup dia reply! hari yang sama okay dengan draft yang dah dia buat pembetulan.!
*woahhhh impress impress*
haha!

4. Then, bila korang da tengok draft tue..korang da berpuas hati..tak de salah² korang bole laa dengan segeranya pergi ke public bank untuk bank in separuh dari total pembayaran. bila da settle, korang print draft yang da buat pembetulan tue dan korang perlu sign setiap muka surat..kemudian, scan balik BESERTA slip pembayaran seperti ini.
 

Kemudian dalam seminggu hari bekerja diorang akan call bagitahu kad dah siap.. =)
Nie process time ai buat kad dulu..
Dan hasil kad ai macam nie :)

Thanks for reading.
xie xie ;)

1 comment: