Showing posts with label Jalan². Show all posts
Showing posts with label Jalan². Show all posts

Saturday, August 24, 2013

Group trip : Universal Studios Singapore

Hye!
Assalamualaikum..

Haaa entry pasal USS nie da lama da berada kat draft..
hari ini baru ada masa untuk update.
Memandangkan album wedding semua da dapat..so agak excited nak tempek kat blog nie.
Jadi mana yang ada kat draft haruslah di clear kan dulu..

Trip kami ke USS nie adalah trip anjuran Kelab Proton. Guess what cuma bayar rm150 je seorang!
haaaa Syiokkk kann..
Plan asal trip nie pada 21 & 22 june, tapi disebabkan jerebu teruk tuee pihak penganjur batalkan pada tarikh itu..dan digantikan kepada 5 & 6 july iaitu seminggu sebelum puasa..

Yang sadisnya..encik husband da pun plan untuk kosongkan jadual beliau pada 22 june tue..tapi bila da batal tarikh tue ganti pulak 6 july..last minute office nyer nk buat event pulok!
haishh geram je laa puan wifey niee
Tapi tak mengapalah..tak ada rezeki encik suami untuk pergi bersama kami..tapi tempat beliau nasib ada orang nak ganti..kak hawa nama dia.. =D

Perjalanan kami bermula pada pukul 12:15 pagi dari parking proton..dan sampai ke R&R gelang patah pukul 4:30 pagi.

Da sampai tue, ayah turun dulu lawat kawasan..dalam pukul 5:15 pagi kami turun nak mandi² dan terus siap² solat subuh terus..
Lepas tue kami breakfast, masing² duk isi form masuk Singapore.
Bas bergerak balik dalam pukul 8 pagi.

Huh. cite nak masuk Singapore nie bila nak recall dan type balik nie rasa ingat balik penat giler.
Turun bas, untuk immigration, pas tue naik bas balik.
.pas tue turun jumpa kastam pulak..pas tue naik bas balik..penat tue yob!
dah kata naik bas confirm² nak tunggu lagi 40 orang lagi...
masa pergi tue excited laa kan tak menyabar nak sampai pintu USS tue..hihi. :)

Dalam setengah jam perjalanan, kami sampai ke parking basement Resorts World Sentosa..
Dah ramai² turun..ramai² naik tak sabar nak ke ground floor..
time tue pukul 10:15 pagi..USS buka kul 10..tapi orang nya makk aiiihhhh itu baru trip awal² tue..
Apa lagi berebut lah masing² duk posing kat Bull Ring betul² depan entrance.

*Haha tempek gamba skema habis!*
Lepas tue beratur masuk, kami capai map.

Location Map of Universal Studio Singapore,Universal Studio Singapore location map,Universal Studio Singapore Accommodation Destinations Attractions Hotels Map,universal studio singapore ticket price 2013 photo pictures
source : travelandbeyond.org
Sakit jugak laa kaki duk pusing satu USS nie.
plus dengan beratur panjang lagi..waktu sangat limited laa..
So tips pada sapa nak pegi tue..usha website blogger² yang da pergi ataupun website diorang.
Planning² dulu dengan group, bf/gf, family korang apa korang nak main dulu..
tempat budak² tue kalau untuk bujang² tak yah laa masuk..buat penat jee sebab nak kena baratur panjang plak tue..melain kan kalau korang beli tiket "express lane" haaaa memang korang tak yah beratur laa jalan jee sampai dah kat depan..best gilerr laa kan, cuma kena labur laa lebih sikit =D

Okay nak cite sikit. USS nie ada 7 pecahan, iaitu : Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt
*haa click laa satu per satu kalau nak tahu lebih lanjut* 

Hah tempek lagi. Nie on the way dari NY nak ke Sci-Fi.
Memang awesome lah!
semua benda macam nak teruja..*haaaah ayat*
Rasa macam betul² kat Hollywood..kat NY lah! haha.
First tempat yang kami excited nak rasa ialah :


Transformers Ride : The Ultimate 3D Battle
Beratur dari pintu masuk ke depan pintu kereta transformer nie mungkin mencecah 1 km MAYBE!
Sebabnya...kami ingat da ada tangga..da nak dekat laa sampai..rupa²nya jauh lagi..sampai muka semua orang yang beratur tue makin lama rasa excited tue merundung jatuh sebab tak sampai².
HAAA bayangkanlah. Jadi tipsnya..da masuk pintu USS,
terus menuju ke sini haaa yang pasti anda tidak akan menyesal!
GUARANTEED!!
Game nie mak ayah pun layan taw. haaa kakak dengan adik bole sembang² lagi dan si adik bole kata "makkk bila nak habis game nieee.."
HAHAHA!
Dan aku tak habis² menjerit hahaha. Jangan tanya kenapa..ini adalah aktiviti memang stress kat kepala yang mana melekat tuee confirm hilang lepas rasa benda alah nie. haha!

Yang nie tak perlu beratur laa kan..hihi
time nie da petang..pusing habis kan masa..
tapi ayah kata 'kak, jum naik lagi? hahaha!'
Second tempat kami pergi adalah :


Turun² haaaaa ketaq lutut habaqq hanggg..
Tapi yang naik benda nie mar, amy dengan kak hawa jee..
kami x recommend mak naik..so ayah kata ayah jaga mak kat bawah..hihi
memang satu idea bernas laaa
sebab ada makcik baya² mak ayah diorang naik turun² pening, terkeluar apa yang dia breakfast pagi tadi..hadoiii kesian mak cik tue.

Battlestar Galatica Human vs. Cylon nie dia dua roller coaster.
 Human dia track merah dan dan roller coaster dia berkelajuan 82.8km/h *giler bapak laju*
Cylon pulak roller coaster dia 360°..dan high speed jugak.
haaaa fikir² kan lah yea mana satu anda nak naik..nak naik dua² pun boleee
Kami naik human..sebab tak berapa pulak nak naik 360° tue :D
turun² memang shaking laa jari jemari nie..
nak tunjuk cool..tapi bila da pegang map..kantoi plak jari shaking haha.
Sempat lah kami bergambar dengan Autobots nie.

Kat sini style bila nak bergambar dengan robots, cartoon², etc..mesti kena beratur.
haaa disiplin betul dan baguskan kalau nak amal kan kat sini kann..

Lepas tue dah time launch hour, kami makan kat Oasis Spice Cafe.
sini makanan dia halal.
Tapi kami makan nie da include skali dalam package,
so tunjuk coupon jee..dan belasah je makan..
kami di beri dua choice tempat makan..kat area hollywood..tapi nama cafe dia tue macam was² jee jadi kami pilih oasis cafe.

Lepas makan kami sambung berjalan..orang da makin ramai dan sesak..terus ke Far Far Away..kat situ memang da macam duk disneyland pun ada..tapi kami tak masuk pun bangunan tue..
disebabkan kesuntukan masa.. :D



Berjalan punya berjalan..kami jumpa dinasour macam 'real' taw!
tapi biasa lah teknologi kannn..

Lepas tue kami nampak orang beratur nak snap pict dengan madagascar dan kawan²
kami pun tak terlepas jugak..hehee

hehe rasa macam lepas minum rebina pulak haha
riang semacam sebab ada music dia sekali actually.
tue macam nak menari joget dia tue haha.
Kemuadian tempat terakhir, kami ke New York balik semula..
masuk ke satu tempat nieee..
haaa impressed gila kott


Lights, Camera, Action! by Steven Spielberg
Kena beratur jugak..tapi lane dia tak la panjang..lama je tunggu macam putus harapan jugak..tapi kami stay je berdiri sebab kalau kat luar pun tak taw nak kemana lagi..kaki pun da sakit..
Bila pintu bukak, masuk jee rase macam bosan jeee..
Tapi bila pergi je next room..haaaa hamekk kau!
Terpegun, Terpana, Tergamam
macam² ter lah.
Time tue saya duduk dengan ayah (tengah²)
amy, mak dengan kak hawa duduk belah kanan depan sekali..
ada air..time tue saya fikir hai ada chance kot air nie nak naik ke atas..
so play save saya sempat bagi taw ayah sebab amy da excited sangat da nak duduk depan.
Awesome habissss!
Mata kita nie tengok real! tak menipu!
tapi sebenarnya ia guna advanced teknologi diorang
tak tahu laa apa jenis teknologi tue..
tapi sumpah! mata tak menipu..macam magic.
Tingkap asal okay..tetiba pecah, tercabut..disebabkan angin ribut..
Laut dia memang real laa ombak dia laju tengah angin kuat..
can't explain it.
Korang ada rezeki..korang pi tengok sendiri ya. =)

Sebelum balik kami masuk kedai souvenir kat situ..
Op kos laa kena masuk USS store, tapi sebelum tue kami ke Silver Screen Collectibles
excited masing² nak snap aca aca menang award haha.

Yeah I'm a daughter & a wife now
  Okay da membeli belah semua..sebelum pergi ke basement balik..kami sempat posing² lagi dan lagi..
Jalan² lalu depan hard rock cafe sebab jalan tue sambil tengok jam.
Dan ayah pun da kata jom jom.
Kami naik bas pukul 5:30, bas gerak sharp pukul 6 petang..
Time tue memang masing² fenat, lemau..
Pastu baru teringat alaaa nak kena berhenti naik turun naik turun bas lagi.. -.-
Dalam pukul 7.30 jugak laa kami sampai gelang patah balik..
Dan kami terus shoot balik Shah Alam.
Tapi stop dulu kat R&R kat johor utara
*tak ingat exactly nama R&R tue dah*
makan makan, solat..
Pastu sambung balik perjalanan tue..
tapi apa yang menakutkan selepas stop makan tue..
driver bas kami mengantuk!!!
YA ALLAH..time tue aku memang mengantuk yang amat..tapi duk sengguk² tahan jugak laa takut jadi apa²..sempat whatsapp ayah kat belakang seat..tapi ayah tak reply..
tapi sebenarnya ayah pun tengah duk cuak.
tengok kiri kanan..macam semua orang tengah tido..ada yang ber'muzik' dengkur lagi kat belakang haha
Alhamdulillah..pukul 11: 40 malam kami selamat sampai parking proton.
ayah jumpa kawan dia sat..kami salam² dengan kak hawa,
then terus ke kereta..dan balik ke rumah..encik suami pun da berada kat rumah..
hehe bila nampak muka..dia masam jee hihi berangin laa dia tak dapat pergi.
In Shaa Allah ada rezeki kita pergi berdua yea berg..

Ini cerita saya..
terima kasih kerana sudi baca
=)

Wednesday, March 20, 2013

Friends day out.!

Assalamualaikum w.b.t

Hye hye hye =)

Semalam aktiviti saya adalah makan dan makan bersama
Tam & Reen

Kami set time pukul 10 a.m. tapi tam kata 
ermm korang nak betul lipstik, betul tudung bagai...aku set kul 9 a.m lah.! 
Hahahahaha.!
Memahami betul! haaaa sape yang single mingle lagi tue bole laa nak try.
haha 
*sorry tam, aku promote ko skit. hehee*

We plan nak makan, tengok wayang semua..tapiii..
di sebabkan tam lupa yang kawan dia nak bertunang, so kita orang pi makan n sembang²


Asalnya nak makan 'heavy' trus..tapi memandangkan sampai kat empire tue awal gilersss
kedai pun ada da buka, cuma tak ready lagi..
kita orang lepak kat coffe bean sat....
Bak kata tam, "dessert jeee"
hahaha.

Lepas tue kita orang sambung sembang kat Chili's


Dan sebelum balik..
kami dapat simpan satu memori
*nanti bole tunjuk kat anak²*
=)




♥ Sahabat Selamanya ♥


Saturday, April 28, 2012

Battleship & Fruit Salad with ♥



Da lama tak update entry di blog nie..
Sibuk sikit menjaga si kecil. :)
*opss.!*

Wink.! Wink.!
Nak tanya nie..sapa yg tak tgk Battleship lagi..
pergilah ke panggung wayang yang berdekatan dgn anda
untuk menontonya..
Sangat BEST.!!
kira tak rugi la labur $$$ untuk entertainment anda hujung2 minggu..
hehe. *promote lah pulak.
45 min before enter to hall room

Then ktorg jalan2..tiba2 dalam kepala teringat iklan wall selection fruit salad kat tv semalam..
dan dan tue jugak gi cari ice cream tue kat tesco (nasib baik sebelah je)

Lepas dapat je ice cream tue..tgh2 berjalan
tiba tibaaa.!
 mr.berg berkata : maaarrr lapaaa laaa..
ms.beberg : aiyork.! ok ok jum pi mkn. 
mr.berg : ermm jum gi IKEA mkn hotdog dgn karipap half dozen.
ms.beberg : haaaaaa..jum jum jum.! *melangkah dgn seribu senyuman.!
hahaha.

Sampai sana amek queue..dapat meja..
apa lg baca doa trus makan.
nak kata kebulur x jgk sbb breakfast pun da nk masuk time lunch.

Da abis makan..hasrat hati nak mkn ice cream kat situ..tapi memandangkan
ramai orang tgu meja kosong..kami blah...makan kat curve.
haha.
Apa lagi. Cari port yang sesuai 
(kat curve kan byk sofa lembut bertanda "no sleeping here" tue kan berlambak..hahaha)
tapi kami tak lah duduk di sofa empuk tue..
sbb ramai org..kami dapatlah mencelah2..
heeeee...

You want some.? :D
After 30min, TARRRAAAAAAAA..!!!
Blurpppp.. Alhamdulillah....

Best jugak ice cream nie..
Sampai beli satu lagi bawak balik rumah untuk family
Alih2 da sampai umah, bukak peti nak  masuk fridge...
DAH ada satu.!
haiyork.!
Ayah da beli dulu dah.
hahaha.
tak mengapa lah..
rezeki sekeluarga lah tue dapat makan sampai puas.
haha.

Ok. Sampai sini saja dulu..
Thank You for time sbb jenguk entry nie.

Salam.

Tuesday, January 3, 2012

Our Favorite Place


kami suka berjalan.!

mar: berg, jom pegi sini.?
berg: ok. JUM2.!!
mar: yeay.!! *haruslah senyum sampai ke telinga.

Place we're always come for dating

e@curve always for movie time.!
*after watched  Jack n Jill

IKEA
*tempat utk berangan2*

Berg, nak periuk chomel nie..
nt kt mkn berdua je kan..

Sempat utk berposing

Ramai sgt org ari tue...

Haha.! wat mcm dapur umh sendiri

Makan timeeeeeeee....!

haha.  berg sabotage mar.!!
Ingat mar mkn byk la tuee..

Alhamdulillah...dah kenyang.!

Happy smiley, New smiley, Year smiley, new smiley, year smiley, 2011 smiley, countdown smiley
Happy New Year friends.! 

Sunday, January 1, 2012

Hang Out after VIVA

Date : 30th Dec 2011

Location : Red Box The Curve





Gonna miss you guys...!

I smiley, Love smiley, My smiley, Best smiley, Friend smiley, I smiley, Love smiley, My smiley, Best smiley, Friend smiley, bff smiley