Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Saturday, February 1, 2014

Resepi : Daging Masak Kicap Special.

Assalamualaikum.
Lama blog nie tak di conteng conteng. Kali nie nak conteng pasal satu resepi nie.
Sebab apa nak tempek resepi nie kat sini?
Haaa sebab dia, lauk nie dapat pujian hebat dari si suami..kikiki *blushing*
Rasa macam geli hati..tapi bersungguh dia makan. ;)
Orang kata nak pikat suami dengan air tangan si isteri. Jadi berusahalah sy nie. 
Dan lagi satu kenapa nak tempek resepi nie kat blog nie..?
Sebab kekadang banyak perkara masuk dalam kepala, takut terlupaa..
Haa ini bunyi dia macam bahaya skit :D

Bagi sesiapa nak mencuba dek kerana dah tak ada idea nak masak apa..bole lah cuba. =)

Bahan-bahan :
Daging 500g
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
10 biji cili padi (sekiranya nak kurang pedas, kurangkan)
2 inch halia
1 cawan air
Sos tiram
Kicap pekat ABC
Kicap manis kipas udang
Garam
Gula
Sedikit minyak untuk menumis

Perapan daging (Ditumbuk) :
10 batang cili padi
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inch halia
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula

Kemudian ambil separuh hasil perapan yg ditumbuk tadi & gaul dengan :
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap ABC
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Dan seterusnya di perap selama sejam (lagi lama lagi bagus)

Cara-caranya :
1. Panaskan sedikit minyak utk menumis.
2. Masukkan separuh lg bahan2 yg ditumbuk dan tumiskan sehingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan daging yg di perap tadi..kacau & biarkan seketika. Kemudian masukkan 4 sudu besar kicap manis.
4. Masukkan air, kacau & biarkan. Masak sehingga daing empuk..dan siap! =)