Showing posts with label Honeymoon. Show all posts
Showing posts with label Honeymoon. Show all posts

Friday, June 28, 2013

Krabi Day 4 : Good bye Krabi.

Assalamualaikum w.b.t.

Chapter 4                                                                          18/05/2013  

Biasalah pagi pagi kita mesti....
BREAKFAST dulu.!


Okay nak cite sikit pasal White Orchid Restaurant kat princeville nie..
Main menu yang diorang serve setiap hari lain² sepanjang kami kat sini.
eyh tapi faham lah main menu tue macam nasi, mee, mihun..yang side dishes tue rasanyer sama saje..
tapi side dishes diorang memang banyak choice dan menarik je pandangan mata..dan bila di ngap, ia tidak mengecewakan..yumm yumm. =D
*teringat burberry pie dia, choc donut dia..blurp*
White Orchid nie adalah satu daripada sepuluh restaurant & resort halal di Krabi.



Lepas breakfast, kami balik bilik dan siap² buat kali terakhir..
dan part nie ada sedih sikit..jam birthday tahun nie da gone :(
sedeyh gilerrrsssss! uwaaaaaa...
Tak pasti hilang kat mana..sama ada di bonet moto
*eyh bonet ke bwh seat tue ???*
nak punggah balik barang² tak bole daa sebab time nie barang² da packing semua masuk bag..
encik suami dengan segera nye menyedapkan hati
dengan berkata: 'tak pe maybe da termasuk dalam bag da..'
tapi rasa macam dia tak balik sekali jeee.. -.-

*tempek sikit*
Good bye bilik.!
*Bye Bye princeville*
Kami check out kira² pukul 10 pagi, dan sempat laa berjalan sekitar ao nang street tue sekejap.
then, dalam pukul 12, kami amek taxi untuk ke airport :(

Sampai airport dalam pukul 12:50pm, flight kami, AK1969 hari nie pukul 2:25pm waktu..
sempat laa lepak rehat² dan sambil terfikirkan jam yang tak tahu hilang ke tak tue.. -.-

airport krabi yang kechik molek
Pukul 1:45 kami da bole masuk departure hall..dan kapal pun da menunggu.
Time nie rasa macam tak nak balik..
da terfikir pasal kerja kat ofis semua.. -.-
Tepat pukul 2:25, kami da bole masuk kapal..
Good Bye Krabi..until we meet again..
Dan sepanjang perjalanan..apa yang saya buat? =D
 
Menyaksikan pemandangan dari langit tak selalunye kita dapat tengok..
Jadi waktu² macam nie sayang nak tido, tapi tertido juga sekejap..nasib sedar² belum touch down lagi..
4 gambar yang last tue adalah pemandangan area sekitar sepang..
*nampak "kelapa sawit" Sepang Gold Coast kat bagan lalang tue..*

Alhamdulillah semuanye on time..
selamat sampai lcct pukul 4:50pm dan ayah, mak & adik
dah pun tunggu kat pintu arrival..

Syukur selamat perjalanan pergi dan balik kami.
walaupun penat, tapi kami have fun to the max.!
almaklumlah..sebelum kawen tak dapat pergi jalan berdua sejauh ini :D

Thanks for reading friends ;)

Wednesday, June 19, 2013

Krabi Day 3 : Krabi town.

Assalamualaikum w.b.t.

Chapter 3                                                                          17/05/2013  

Hye! hye!
Morning. hee.
breakfast timeee..
Apa lagi jum makan.
Bismillah..

Haaaa hamek kau makan..
Lapo bebenor lerr tueee... :D
Aktiviti hari nie bebas.
Tapi mission kami nak ke KRABI TOWN!
Mula² kita sewa moto dulu..di kedai yang sama kami sewa pada hari pertama tue..
"Sis! we want man u scooter again can ah.?"
Pastue akak tue usha moto² dia kiri..kanan..
"Okay can laa.."
rule untuk sewa scooter/moto di sini kena tinggalkan passport..di mana² kedai pun.
jadi bijak lah anda untuk memilih..jangan sebab nk murah..tapi tak secure pulak passport awak tue..
okay da settle, kita gi isi minyak dulu.!

Fyi, harga minyak Thailand mahal berbanding Malaysia..sebab tue lah  kat sempadan  thai-msia banyak kes² curik minyak..kami isi full bersamaan dengan 150baht (myr15)..
Kami merempit dengan scooter nie pegi ke krabi town sebab nak cari
tapak krabi night market petang nanti..
hihi :D
nama pun night market, siang² tak de laa market tue..kami round² town singgah ke factory outlet versi krabi


Lepas kua dari outlet nie..angin hijan da datang sekali dengan gerimis..
kami pun nak blah ingat sempat laa berteduh mana²
tapi tak sempattt..hujan krabi nie giler btul sekejap je awan gelap bawak hujan yang lebat..
Apa lagi kuyup lah. hahaha.!
lepak kat petrol station jap..ramai jugak kat situ. kami lah orang pertama..pastue ada akak sorang, abang sorang..pastue makin ramai, makin ramai..
tengok macam da reda sikit..kami gerak ke main town..kat sini tak hujan plak.!

Posing² sikit..hihi.
*mujur baju dua² hitam..tak lah nampak sangat basah lenjun nyerr* 
Kemudian, kami terus ke hotel..lepak² bilik, pastue kua cari makan..
kami terfikir nak try kat stall tepi² jalan..tapi da letak rule, cari yang halal.
start engine moto..kami menuju ke nopparat..depan² pantai..ada stall jual makanan ringan² macam ikan goreng celup tepung..udang celup tepung, ayam goreng..somtam..pastue ada jugak masakan panas.
So apa lagi stop kat situ..sebelah kedai jual ice blended dan macam² jenis air.
senang.! mintak akak tue nasi goreng, ayam goreng dengan somtam. haha ai nie minat betul makanan² thai lagi² tomyam dengan somtam. da sampai tempat diorang, apa lagi harus laa try.! :D

Sedap weyh!
*hidup jangan nak try makan mahal² jee..sekali sekala kena try makan kat gerai² juga..kekadang gerai tue lagi sedap* :D
Harga murah gilersss!air tue satu mocha, satu pineapple blended. dah laa bekas besar, harga 70baht je dua tue..makan pulak 90baht jee..ya Allah..nasib da kenyang..kalau tak..mahu makan lagi. hehehe.
Haaa dah kenapa pakai macam tue? macam nak berenang jee..
Haaaa memang nak terus pegi berendam da tuee..
Lepas makan, kami lepak pantai kejap..habis kan air, kami balik hotel, park scoot..terus ke pool =)

Tak lama pun berendam..dalam sejam setengah je..tapi syiok laa jugak pool dia tak ramai orang..
mula² takut jugak sebab tak pakai sweimming suit, tapi secara logiknyer owner hotel nie kan muslim, tak kan diorang nak marahkan..so beranikan diri juga..
lepas setengah jam kot ada budak msia pun datang berendam sekali..hehe :D

Kemudian kami naik bilik siap² nak ke krabi night market.. =)
merempitlah! apa lagi..hehe.
kami cuma isi minyak 50baht lagi sebab nak sempatkan minyak sampai ke ao nang balik..hee
*padahal besepah je petrol pam kat town tue, cuma kami nak perjalanan tue lancar*
Sebelum sampai town, kami singgah souvenir shop..ada dua, kami singgah satu per satu..
hehe cuci mata jee..



Da sampai town, nampak da night market..terus kami cari tempat park moto..kami bejalan tak jauh pun, kebetulan ada motor nak kuar dari parking, kami terus masuk..heee :D
Macam² jual kat pasar malam nie. macam kat tempat kita juga. walau tapak diorang tak besar dan panjang macam sesetengah pasar malam kat msia nie..selagi ada ruang, diorang open table untuk jual barang diorang.
lepas tue kat pasar nie ada satu stage, untuk diorang buat persembahan
*tak tengok pun, according entry bloggers lain..kami tak sempat nak tengok :( *

Time tepat pukul 7 petang,kedengaran lagu negara diorang berkumandang dan di haruskan semua orang yang berada kat situ berdiri untuk menghormati lagu negara diorang..
ini pun kami tahu sebab terdengar uncle jual keychain minta customer dia yang tengah duduk pilih keychain dia nak beli tue berdiri..

Macam² ada..makanan; nasi kerabu, nasi goreng halal dan tak halal..tapi kami  ragu².minuman, souvenir, ice-cream handmade (kita tengok okay bila akak tue buat), baju², bag², kasut²,  poko bunga kechik², macam² lah ada..ada yang unik air dijual dalam buluh haaaaa..interesting kan. tapi lupa nak snap.
Itulah uncle yang suh berdiri tue..ramah uncle nie.. =D
Last destination kami sebelum balik. Oleh kerana awan tebal da gelap , angin tak berapa nak kuat..
Uncle yang sedang menulis nama kat keychain yang kami beli tue..dia sempat sembang², tanya kami dari mana, ucap tahniah & happy honeymoon sebab nampak inai kami, tanya kami datang night market nie dengan apa..stay kat mana..kami jawab semua soalan dia..lepas tue dia tengok awan, dia advise kami untuk balik dan datang balik esok..*tapi uncle nie tak tahu yang kami nak balik kl dah esok*
 (night market nie ada setiap petang jumaat, sabtu dan ahad).

Kami pun dengan pantas dengar nasihat uncle tue..risau laa jugak kan..nak balik ke ao nang da malam, nak hujan pulak tue..uncle nie pun kata dia pun kena balik, sebab kedai dia tak de payung..
Orang kat sana walaupun susah, kami tak nampak pun kat pasar tue orang meminta sedekah..diorang susah tapi diorang meniaga walaupun barang tue barang buatan sendiri.

Sampai je kat motor, simpan dalam bag..
dalam perjalanan, atas motor dalam 10 minit, hujan turun..dan kami pun basah kuyup lagi...
-.-
tapi hujan tak lama pun..kejap je..dan tak lebat pun macam tengah hari tadi..
tapi encik berg yang bawak motor dihadapan tue of course laa sakit badan kena hujan sebab lawan angin..kecian dia..tapi we having fun kat sayang..sebelum nie kita tak penah pun rasa keadaan mandi hujan macam nie..hehee =D

Sampai ao nang, kami naik bilik..mandi dan siap² sambung bejalan lagi dan pegi makan..
motor kami da hanta ke kakak tue dah.
Kami bejalan kaki jee..
Dan ini lah ao nang street..


Ini pulak map ao nang beach.
color empatsegi empatsegi hijau tue adalah kedai² yang awak awak dan awak bole shopping cuci² mata :D
Dah penat berjalan..
let's MAKAN..!
kami makan kat kedai yang di beri nama BAMBOO

See..so bamboo..walau kedai deret dia macam gerai kat msia, tapi diorang deco kedai diorang jadi ala² ada klas gitu..
kedai nie sebelah kedai lemon yang kami makan first day hari tue..
SPOTTED! haha itu zul & the gang.
time tengah snap gamba kat depan kedai nie..ada orang menjerit "marrrrr.! marrrrr.!"
dan mar pun pusing. Ish! ingat sapa rupanya mamat nieh
hahaha..zul...zul...seronok kita orang dapat gelak² dengan zul nie. =)

Santapan kami pada malam terkahir di ao nang..


Blurrrrrrp!
Alhamdulillah...

So lepas tue kami pun bergegas berpimpin tangan balik ke hotel..
hurmmm esok nak balik dah =(
to be continue
for last day at krabi.

Thanks.!
;)


Tuesday, June 18, 2013

Krabi Day 2 : 7 Island.

Assalamualaikum w.b.t.

Chapter 2                                                                          16/05/2013  

Apa lagi breakfast lah dulu sebelum melakukan aktiviti hari ke-2 nie...


Untuk package Island Hopping nie, package include
hotel transfer, dari hotel kita stay ke Nopparat Thara Pier, tempat kita naik boat dan petang, diorang akan hantar balik ke hotel, lunch, sekali dengan alat² untuk snorkeling.
Semalam, agent yang bernama fon tue dia da bagi tahu, diorang akan ambil di hotel pukul 8:30 pagi.

Tengok betapa gumbiranyer encik suami naik benda alah nie..dia macam lori, tapi ada
tempat duduk macam lori kechik polis malaysia tue..
tapi kat sini dia besar sikit size nyer..
Di tempat berkumpul dan agent membahagi²kan kumpulan.
Okay, yang tunjuk peace tue tour guide kami.
Nama dia Michelle..haaaa glamour tak makk? haha
Dia nie "ladyboy", mula² kita orang macam jammed laa jugak..
tapi bila da lama²..ermm..dia sangat nice, peramah, kelakar jugak, yang paling penting
dia handle group 8 nie dengan baik sekali.!

Time boat tengah berjalan meredah ombak. hahaa!
Dalam boat nie ada 2 couple melayu (masuk kami 3 laa) yang baru lepas kawen inai pun nampak lagi. =D

Okay first island yang kami sampai adalah...

BAMBOO ISLAND!



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kedua, tempat snorkeling..
LOHSAMAH BAY


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ketiga, boat kami menuju ke PHI PHI ISLAND!

Okay kat sini ada story sikit..
time sampai kat pileh bay tue encik suami nak merendamkan diri ke dalam laut..
pastue tetibe pening mabuk laut datang menyerang..so tak turun lah kami ke bawah.
Duk atas boat je..lagipun tak lama lepak kat situ.
Dah encik suami pun pening², kami tak sempat sangat lah nak berjalan round satu phi phi island nie..
kemudian sampai kat tempat makan buffet for lunch (include sekali dengan package)
Okay, sorry kawan² gamba makan tak de sekeping pun sebab risau si suami nie..ai nak makan pun tak bape tak selera..lapik² je makan..tapi makanan yang diorang provide okay dan halal.
michelle bagi ubat seasick *erkk*
pastue bagi laa encik suami telan..dia kata dia nk rehat..nak letak tiger balm dia tak mahu..
then ada couple dari thai nie dia nak bagi minyak angin dia suh sapu kat tengkok..
pas tue encik suami pun terkejut sebab ada orang memerhatikan dia rupanya dan nak tolong..
believe me, lepas je letak minyak angin thai tue..mata dia terus bulat..terus ajak ai berjalan..
haish! rasa macam betul ke tadi dia pening ke macam mana.
*haha dang! tepuk dahi sendiri*

Gamba sekitar phi phi island
Phi Phi Island nie chantek gilersss pemandangan dia.
and for your information, pulau phi phi nie majority masyarakat Islam.
kami sempat singgah kedai tshirt nie time bercakap dengan berg, tetiba ada
kakak nie mucul cakap "ya dik mana satu, bole bagi murah.."
Kami dua duk pandang masing² terpana jap pastue cakap "eyh. kakak bole bole nak yang nie.."
hahaha!
Jadi nyer kami memborong kat kedai tue jee..tak sempat sangat pun nak masuk semua kedai sebab seasick encik suami tue..*dalam hati rasa macam hai kenapa laa aku tak letak je tiger balm tue awal²!* :-S

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas lunch kat phi phi, kami teruskan ke

PILEY BAY
snorkeling lagi..
time nie saya sempat snorkeling sekejap =D

okay, bulat itu adalah saya :D ngeee
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempat kelima adalah
MONKEY BAY

monkey bay tempat untuk snorkeling..tp boat kami tak stop pun..
michelle kata monkey dia ganaszzz
stop boat sekejap je..untuk cari dan tengok monyet tue..
lagipun tak banyak boat yang behenti situ..boat yang stop pun mat salleh je ada..
*diorang tak takut monyet tu ke?*

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempat keenam
VIKING CAVES

Subhanallah..kat sini air dia sangat lah chantek!


Pulau² kat thailand nie kerajaan diorang sangat² lah menjaga kebersihan semua..
kat viking caves nie siap ada orang duduk lagi
kat caves tue untuk jaga kawasan pulau nie.
Kat sini tak bole stop untuk snorkeling, hanya untuk photography & sightseeing sajee.

Chantekkk kann
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan yang last sekali
MAYA BAY
YANG TERSANGATLAH CHANTEKkkkk!


couple thai tue yang telah membantu menyelamatkan suami yang seasick tue. hehee :D

Gamba bergroup tue..they're come from China, sorang je pandai speaking..yang lain² tue kami bsembang macam ayam  dengan itik heheee
Tengok betapa gembira nya di tempat yang indah ciptaan-Nya ini...
pemandangan kat maya bay nie lain dari yang lain..
Maya bay nie tempat Leonardo decaprio berlakon dalam filem 'The Beach'
tempat dia memang AWESOME habisssss!!!

Kemudian kami balik ke nopparat dan terus balik ke hotel..
*penat uhh*

Time turun boat nak ke kenderaan yang akan membawa kami pulang ke hotel tue..
diorang jual frame gamba nie untuk dibuat kenangan..
Gamba nie di snap oleh agent time pagi sebelum kami naik boat..


Balik tue sampai je kami ke bilik, kami pengsan mandi, berehat dan malamnye kami siap² untuk keluar makan di Chaba Thai.!

kedai nie memang famous kat blog bloggers yang da sampai ke sini..
sebab ia salah satu kedai halal.
dan fyi, chaba thai nie da berpindah.
Owner kedai tue sendiri bagitahu kami time dia hanta kami ke hotel dengan tuk tuk nye,
Haaaa jangan terkezut yea..diorang menyediakan kemudahan transport untuk pick-up customer diorang dari tempat korang stay hanya menelefon diorang saje..tapi kebanyakkan nyer tak tahu pasal hal nie..
bila nak balikm habis makan..baru diorang tahu dan request kat staff kat situ..


Okay, apa yang kami melantak...?

YummYummy!!!
Memang superb habis!
tomyam dia best, dap dap! rasa tak macam kedai² lain.
somtam dia plak pelik kat snie dia bagi kacang panjang dengan kubis sebakul kau.
haha memang idak lerr teman makan..makan somtam sepinggan tue je..licinn!
somtam dia tak kedek kuah..kat msia nie semua try makan somtam semua kedek.
kihkihkih.

Sampai je hotel, kami nak berjalan lagi..encik suami nak massage² plak..
layan kan je laaa..
tapi sebelum kami sampai kat P.U massage tue kami jalan² dan terjumpa mamat nie kat snie.
hahah! kantoi dia bejalan dengan awekss haha
*gurau zul.!* =D

Dapat jugak laa gelak² ajap dengan zul yang giler niee hehehe!
*Zul nie kawan kami satu ofis time kat klia dulu..dulu bdk² klia tak tahu yang kami couple. termasuklah boss. sampai boss tanya laa "awk kenal dengan berg nie time kat klia dlu ke" hahaha. Jawapan nye "tak boss actually time dalam class lagi"   -.- kikiki!*
Kemudian kami teruskan berjalan....dan berjalan..tetibe nak termasuk kedai runcit ala² 7e kami terjumpa satu soft drink yang tak de kat msia.


berjalan dan terus berjalan..kami nampak kak "Yaminlah"
haaa haha yaminlah adalah stall pancake yang banyak jugak laa bloggers tempek cite pasal stall pancake nie kat entry diorang..teringin laa kan nak rasa..
yumm yumm!

khusyuk betul tengok kak yaminlah nie masak pancake yea berg...
Harga dia murah jee dalam range 200baht hingga 350 baht jee murah kann..
Sedap! dari kami makan kat kedai time breakfast hari pertama tue..yang tue kering & kerempeng jee
kak Yaminlah pancake dia berisi, coklat nuttella dia banyak sedap gilerrss *telan air liur aku tengah typing nie*
Lepas siap pancake kami..kami tak makan kat stall kak yaminlah nie..
kami berjalan ke satu cafe nie, di depan cafe tue ada bus stop..
kat cafe nie ada live band..haaaa apa lagi..kami tak masuk cafe tue sebab ramai mat salleh dan diorang tengah drink & drunk *bole?haha* cafe dia pun ala² pub bersize kecil. :D
Kami layan lagu James Blunt "you're beautiful" dengan "good bye my lover"
tapi bukan lah james blunt yang nyanyi..vocalist tue orang thai, yang punyai suara yang jelas dan sedap gilerssss..sampai kami tersadai kat bus stop nie melantak pancake habiss. hahah!


Pastue kami terus berjalan menuju tempat massage yang di beri nama P.U Body Scrub & Massage.
Harga dia tak mahal..range dari 200baht-2500baht
Sebenar nya malam ke dua nie kali ke dua kami ke kedai nie..
malam pertama tue kami da pergi buat body massage hihi.
then second night encik suami buat body massage dan saya buat foot massage jee..itu pun da tertido kat kerusi tue..kat sini customer lelaki akan di massage oleh staff lelaki..dan customer perempuan akan di massage oleh staff perempuan..melainkan ada request dari pelanggan kata owner tue..ermm
okay laa highly recommend! dan teh halia dia manis sedap.!
owner kedai pun sangat ramah..
        
Tak sempat snap sekeping gamba..
*nie sumber dari google*
 Haha!
setelah selesai berurut..mata masing²  da merah, sebaris sepet jee haha
masing²  pimpin tangan masing²  balik ke bilik..
hahaha time tue da pukul 12 tengah malam..da kurang orang sebab kedai pun banyak da tutup..
Sampai je bilik, basuh kaki dan terus debusshhh tido tak sedar apa dah. hahaha!
Zzzzzzz Zzzzzzzzz Zzzzzz

to be continue..
thanks!
=)