Tuesday, June 18, 2013

Krabi Day 2 : 7 Island.

Assalamualaikum w.b.t.

Chapter 2                                                                          16/05/2013  

Apa lagi breakfast lah dulu sebelum melakukan aktiviti hari ke-2 nie...


Untuk package Island Hopping nie, package include
hotel transfer, dari hotel kita stay ke Nopparat Thara Pier, tempat kita naik boat dan petang, diorang akan hantar balik ke hotel, lunch, sekali dengan alat² untuk snorkeling.
Semalam, agent yang bernama fon tue dia da bagi tahu, diorang akan ambil di hotel pukul 8:30 pagi.

Tengok betapa gumbiranyer encik suami naik benda alah nie..dia macam lori, tapi ada
tempat duduk macam lori kechik polis malaysia tue..
tapi kat sini dia besar sikit size nyer..
Di tempat berkumpul dan agent membahagi²kan kumpulan.
Okay, yang tunjuk peace tue tour guide kami.
Nama dia Michelle..haaaa glamour tak makk? haha
Dia nie "ladyboy", mula² kita orang macam jammed laa jugak..
tapi bila da lama²..ermm..dia sangat nice, peramah, kelakar jugak, yang paling penting
dia handle group 8 nie dengan baik sekali.!

Time boat tengah berjalan meredah ombak. hahaa!
Dalam boat nie ada 2 couple melayu (masuk kami 3 laa) yang baru lepas kawen inai pun nampak lagi. =D

Okay first island yang kami sampai adalah...

BAMBOO ISLAND!



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kedua, tempat snorkeling..
LOHSAMAH BAY


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ketiga, boat kami menuju ke PHI PHI ISLAND!

Okay kat sini ada story sikit..
time sampai kat pileh bay tue encik suami nak merendamkan diri ke dalam laut..
pastue tetibe pening mabuk laut datang menyerang..so tak turun lah kami ke bawah.
Duk atas boat je..lagipun tak lama lepak kat situ.
Dah encik suami pun pening², kami tak sempat sangat lah nak berjalan round satu phi phi island nie..
kemudian sampai kat tempat makan buffet for lunch (include sekali dengan package)
Okay, sorry kawan² gamba makan tak de sekeping pun sebab risau si suami nie..ai nak makan pun tak bape tak selera..lapik² je makan..tapi makanan yang diorang provide okay dan halal.
michelle bagi ubat seasick *erkk*
pastue bagi laa encik suami telan..dia kata dia nk rehat..nak letak tiger balm dia tak mahu..
then ada couple dari thai nie dia nak bagi minyak angin dia suh sapu kat tengkok..
pas tue encik suami pun terkejut sebab ada orang memerhatikan dia rupanya dan nak tolong..
believe me, lepas je letak minyak angin thai tue..mata dia terus bulat..terus ajak ai berjalan..
haish! rasa macam betul ke tadi dia pening ke macam mana.
*haha dang! tepuk dahi sendiri*

Gamba sekitar phi phi island
Phi Phi Island nie chantek gilersss pemandangan dia.
and for your information, pulau phi phi nie majority masyarakat Islam.
kami sempat singgah kedai tshirt nie time bercakap dengan berg, tetiba ada
kakak nie mucul cakap "ya dik mana satu, bole bagi murah.."
Kami dua duk pandang masing² terpana jap pastue cakap "eyh. kakak bole bole nak yang nie.."
hahaha!
Jadi nyer kami memborong kat kedai tue jee..tak sempat sangat pun nak masuk semua kedai sebab seasick encik suami tue..*dalam hati rasa macam hai kenapa laa aku tak letak je tiger balm tue awal²!* :-S

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas lunch kat phi phi, kami teruskan ke

PILEY BAY
snorkeling lagi..
time nie saya sempat snorkeling sekejap =D

okay, bulat itu adalah saya :D ngeee
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempat kelima adalah
MONKEY BAY

monkey bay tempat untuk snorkeling..tp boat kami tak stop pun..
michelle kata monkey dia ganaszzz
stop boat sekejap je..untuk cari dan tengok monyet tue..
lagipun tak banyak boat yang behenti situ..boat yang stop pun mat salleh je ada..
*diorang tak takut monyet tu ke?*

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempat keenam
VIKING CAVES

Subhanallah..kat sini air dia sangat lah chantek!


Pulau² kat thailand nie kerajaan diorang sangat² lah menjaga kebersihan semua..
kat viking caves nie siap ada orang duduk lagi
kat caves tue untuk jaga kawasan pulau nie.
Kat sini tak bole stop untuk snorkeling, hanya untuk photography & sightseeing sajee.

Chantekkk kann
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan yang last sekali
MAYA BAY
YANG TERSANGATLAH CHANTEKkkkk!


couple thai tue yang telah membantu menyelamatkan suami yang seasick tue. hehee :D

Gamba bergroup tue..they're come from China, sorang je pandai speaking..yang lain² tue kami bsembang macam ayam  dengan itik heheee
Tengok betapa gembira nya di tempat yang indah ciptaan-Nya ini...
pemandangan kat maya bay nie lain dari yang lain..
Maya bay nie tempat Leonardo decaprio berlakon dalam filem 'The Beach'
tempat dia memang AWESOME habisssss!!!

Kemudian kami balik ke nopparat dan terus balik ke hotel..
*penat uhh*

Time turun boat nak ke kenderaan yang akan membawa kami pulang ke hotel tue..
diorang jual frame gamba nie untuk dibuat kenangan..
Gamba nie di snap oleh agent time pagi sebelum kami naik boat..


Balik tue sampai je kami ke bilik, kami pengsan mandi, berehat dan malamnye kami siap² untuk keluar makan di Chaba Thai.!

kedai nie memang famous kat blog bloggers yang da sampai ke sini..
sebab ia salah satu kedai halal.
dan fyi, chaba thai nie da berpindah.
Owner kedai tue sendiri bagitahu kami time dia hanta kami ke hotel dengan tuk tuk nye,
Haaaa jangan terkezut yea..diorang menyediakan kemudahan transport untuk pick-up customer diorang dari tempat korang stay hanya menelefon diorang saje..tapi kebanyakkan nyer tak tahu pasal hal nie..
bila nak balikm habis makan..baru diorang tahu dan request kat staff kat situ..


Okay, apa yang kami melantak...?

YummYummy!!!
Memang superb habis!
tomyam dia best, dap dap! rasa tak macam kedai² lain.
somtam dia plak pelik kat snie dia bagi kacang panjang dengan kubis sebakul kau.
haha memang idak lerr teman makan..makan somtam sepinggan tue je..licinn!
somtam dia tak kedek kuah..kat msia nie semua try makan somtam semua kedek.
kihkihkih.

Sampai je hotel, kami nak berjalan lagi..encik suami nak massage² plak..
layan kan je laaa..
tapi sebelum kami sampai kat P.U massage tue kami jalan² dan terjumpa mamat nie kat snie.
hahah! kantoi dia bejalan dengan awekss haha
*gurau zul.!* =D

Dapat jugak laa gelak² ajap dengan zul yang giler niee hehehe!
*Zul nie kawan kami satu ofis time kat klia dulu..dulu bdk² klia tak tahu yang kami couple. termasuklah boss. sampai boss tanya laa "awk kenal dengan berg nie time kat klia dlu ke" hahaha. Jawapan nye "tak boss actually time dalam class lagi"   -.- kikiki!*
Kemudian kami teruskan berjalan....dan berjalan..tetibe nak termasuk kedai runcit ala² 7e kami terjumpa satu soft drink yang tak de kat msia.


berjalan dan terus berjalan..kami nampak kak "Yaminlah"
haaa haha yaminlah adalah stall pancake yang banyak jugak laa bloggers tempek cite pasal stall pancake nie kat entry diorang..teringin laa kan nak rasa..
yumm yumm!

khusyuk betul tengok kak yaminlah nie masak pancake yea berg...
Harga dia murah jee dalam range 200baht hingga 350 baht jee murah kann..
Sedap! dari kami makan kat kedai time breakfast hari pertama tue..yang tue kering & kerempeng jee
kak Yaminlah pancake dia berisi, coklat nuttella dia banyak sedap gilerrss *telan air liur aku tengah typing nie*
Lepas siap pancake kami..kami tak makan kat stall kak yaminlah nie..
kami berjalan ke satu cafe nie, di depan cafe tue ada bus stop..
kat cafe nie ada live band..haaaa apa lagi..kami tak masuk cafe tue sebab ramai mat salleh dan diorang tengah drink & drunk *bole?haha* cafe dia pun ala² pub bersize kecil. :D
Kami layan lagu James Blunt "you're beautiful" dengan "good bye my lover"
tapi bukan lah james blunt yang nyanyi..vocalist tue orang thai, yang punyai suara yang jelas dan sedap gilerssss..sampai kami tersadai kat bus stop nie melantak pancake habiss. hahah!


Pastue kami terus berjalan menuju tempat massage yang di beri nama P.U Body Scrub & Massage.
Harga dia tak mahal..range dari 200baht-2500baht
Sebenar nya malam ke dua nie kali ke dua kami ke kedai nie..
malam pertama tue kami da pergi buat body massage hihi.
then second night encik suami buat body massage dan saya buat foot massage jee..itu pun da tertido kat kerusi tue..kat sini customer lelaki akan di massage oleh staff lelaki..dan customer perempuan akan di massage oleh staff perempuan..melainkan ada request dari pelanggan kata owner tue..ermm
okay laa highly recommend! dan teh halia dia manis sedap.!
owner kedai pun sangat ramah..
        
Tak sempat snap sekeping gamba..
*nie sumber dari google*
 Haha!
setelah selesai berurut..mata masing²  da merah, sebaris sepet jee haha
masing²  pimpin tangan masing²  balik ke bilik..
hahaha time tue da pukul 12 tengah malam..da kurang orang sebab kedai pun banyak da tutup..
Sampai je bilik, basuh kaki dan terus debusshhh tido tak sedar apa dah. hahaha!
Zzzzzzz Zzzzzzzzz Zzzzzz

to be continue..
thanks!
=)

No comments:

Post a Comment