Showing posts with label 3D/4D Scan. Show all posts
Showing posts with label 3D/4D Scan. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Diari Hamil Ku : Minggu 27 ~ 3D/4D & Details Scan at Klinik Dahlia, Bandar Baru Selayang & Autumnz Passion.

Minggu 27
Okay kita starting entry kali nie dengan.....


Alhamdulillah process scanning, intai mengintai baby berjalan dengan lancar..
Doktor buat detailing sekali check ukuran kaki, tangan, peha, hidung, kira jari kaki & tangan..
diameter kepala, check bibir, tulang belakang..jantung, air dalam kepala baby..
Kesimpulan yang doktor buat, so far baby okay..
Syukur...

Harga scan 3D/4D kat klinik Dahlia nie RM70 sahaja.
Untuk details scan RM100..
So total RM170.
*harga nie tahun 2012 yea*
Untuk harga latest mohon call klinik terus *peace*



Okay pepagi Isnin nie rasa mengantoxnyaa nak pi kerja..
Tapi ku gagahkan jua...
Tetiba tengah hari akak receptionist intercom beritahu ada barang sampai..
Terus segar! haha.
kua lunch duk usha dulu..lepas balik lunch, nak bawa naik atas..aduh mak ai.
mujur ada kawan baik hati bawak kan..
dia kata "berat mar, tok sah bawak bagi saya bawak."
haha. aish. rasa geli hati pun ada..selama nie aku tolong orang, sekarang..orang tolong aku pula waktu aku dalam keadaan mak buyong sekarang..
Dah bawak naik, baliknya kena lah bawak turun kan..
Tak bukak pun..niat nak buka tengok..eksited gamaknyaa.
tapi nan ado. duk teringat suami pulak. haha.
Petangnya nak balik, kena bawak turun barang² nie ai boleh tahan jugak.
terasa kat perut niee..
Suami volunteer nak naik atas, tapi aku fikir² macam leceh jee nak parking kete bagai..
Slow slow aku turun naik tangga sampai suami sampai ke ofis nie..aku dah sampai ke bawah dah.
hehe. *marah encik suami*

Dah sampai rumah, pum pang pum pang mandi bagai²,
lepas makan..baru buka..
TARAaaa!


Kita kasi zoom in isi kotak di dalam..

Semalam date monthly check up kat kk..
Ai dapat hadiah iaitu..cucuk kancing gigi.!
Auwcchhh ai dah lupa macam mana kena cucuk actually. haha.
Memula tunggu no. untuk dipanggil tue macam nak ke toilet..walhal aku baru jee pergi tadi.
jadi aku postpone dulu.
Bila no. da kena panggil, aku masuk..
as usual, amek blood pressure, pastue misi suh naik atas katil..baring check kaki sembap ke tak, ukur perut, pastu check jantung baby..then amek darah untuk bacaan hb.
Lepas tue aku plak duk teringat kawan aku da kena cucuk.
aku plak pi tanya "nurse, bila kena cucuk yea.?"
dia pun jawab "ha hari nie laa kt nak buat."
*hah padan muka ko madhiah..haha*
Misi pun suh angkat lengan baju..tapi sebelum misi suh aku dah angkat dulu dah.
masa misi tue tengah set-up set-up, tetiba terpancul dari mulut.
"nurse, saya nak pergi toilet jap bole?" terus dia jawab "ha pergi pergi."
hahahahaha.
aku dengar misi sebelah kata "hah pi pi, kang terlepas kat sini pulak..hehe. dia berdebar laa tue kak ti." 
*malu dol, blushing giler. haha.*

Okay report pun da siap..ada masa sikit nak update blog nie..
sambil² usha set tilam for baby..
Aii geram nyaa..semua chomel chomel!






Tengok baby nie..nyenyak dia tido..
bestnyaaaa...

Nota kaki
• Week 27
• Berat : 70.7kg