tab

 photo home.jpg  photo home1.jpg  photo home2.jpg  photo tab1-1.jpg
Showing posts with label Hospital Selayang. Show all posts
Showing posts with label Hospital Selayang. Show all posts

Friday, June 12, 2015

Kos Bersalin FPP di Hospital Selayang.


Hai lama pending entry nie..Zeen da 6 bulan baru dapat update.
heeee :D

Sebelum nie ada entry pasal check-up di Hospital Selayang under Full Paying Patient (FPP) Scheme.
Memula dulu masa datang untuk check-up je mesti terfikir waktu due nanti macam mana lah service, bilik untuk FPP nie. haha. Iyela mana tak nya semua berbayar, tapi bayaran nyer tak de lah macam swasta. =D

Bayaran tidak termasuk prosedur, ubat-ubatan, pemeriksaan darah & x-ray.

Okay first time, first day datang untuk register kena prepare bayar registration :
RM 10 : registration,
RM 100 : consultation,
RM 20 : urine test, dan
RM 51 : scan.
Total RM 181.

And for next² check-up :
RM 60 : consultation,
RM 20 : urine test, dan
RM 51 : scan.
Total RM 131.

Sumber : blog leonora
Gambar atas nie adalah additional caj sekiranya mum-to-be perlu membuat pemeriksaan.
Macam urine test & scan tue memang perlu buat every check-up.
Tapi bila week yang da kena check-up twice a month tue ada sekali yang mum-to-be tak perlu buat scan, so tolak laa rm51 tue.

Cerita pasal bilik pula,
First day check-in, time ai da rasa sakit teramat dah nie..
dapat bilik  lebih kurang begini tapi kechik skit di tingkat 10 rasanya.

Sumber : blog leonora
Selepas keluar dari OT,
baru laa kami ditolakkan ke tbilik ingkat 11,
dimana bilik itu lebih besar dan luas.!
Kalau nak berkampung pun bole haha. Agak laa kalau ramai sangat nak datang melawat dalam suatu masa tue memang best laa tak de la yang kena tunggu luar ;D
ada tingkap yang tidak boleh dibuka yea, sebab tingkat tinggi..
So gunanya untuk pencahayaan saja.






Kenapa ambil FPP nie.?

Sebab²nya, Satu dekat sangat dengan rumah (itu yang utama) heee =D
Dua, in case kalau kena czer, kosnya tidak terlampau mahal macam swasta, maximum pun sampai 5k.
Tiga, family nak datang tak perlu ikut jadual, datang bebila masa pun bole :)
Selain dari tue, selama berada di sana, mak dan suami ada sentiasa..
selalunya hanya sorang sahaja kan yang boleh teman kita sampai ke malam dan pagi esoknya.

Selama ai check-in 4 hari 3 malam tue, saya sangat puas hati dengan servis yang diberikan.
Layan doktor dan nurse memang baik². But uolss jangan la expect nak itu nak ini macam kau anak raja.
Sampaikan pad pun nak tukar nak mintak tolong nurse, memang nurse tue agak laa kan.
awak boleh bangun dan memang doktor akan minta kita berjalan/bergerak sendiri 
untuk menggelakkan darah beku selepas operate. 
Pengalaman ku, memang agaklaa nak bangun tue memang berat pada mulanya..
tapi tak bole nak manja sangat nanti sakit lain pula.
*takut juga laa kan*
So, total bil yang ai kena RM3,813.00, its worth dan ai puas hati dengan apa yang ai dapat.
Time discharge tue siap nurse beri gooodies lagi. hihi.
ada pampers newborn mamy poko, huggies, 
sample softlan, & cawan tupperware *ha ini ai suka hihihi =)*  

Bila nak siapkan entry nie, teringat moment² masuk hospital untuk bersalin kan Zeen.
Alhamdulillah Asyraf Razeen da 6 bulan.
*da bole makan da*


Tuesday, October 21, 2014

Dairi Hamil Ku : Minggu 30 - 31 ~ Welcome 3rd Trimester! & RegisterFPP @ Hospital Selayang.


Minggu 30
Alhamdulillah Syukur...masuk third trimester dah kita.
Baby makin aktif, dan pinggang mummy pun makin sakit... heee :D
Minggu nie semua berjalan lancar..

Okay. Let's start with...
Happy BirthDay daddy-to-be!
Da 3series da yea awak.
Dulu ingat lagi awak kata umur 3series baru awak nak kawen.
Haaa..sekarang, 3series awak nak jadi daddy da taw.! ;p
Sempat lagi buat 'something' kat husband.
Disebabkan dia tak de time bila nak ajak ke mana², kita bagi di rasa muda 16 tahun katanyaaa haha!
Sekarang semua dihujung jari. Click search kat IG tue, semua nak, semua kuar. haha.
Sekarang service hantar² bunga nie banyak jugak kat IG nie.
#sayajualbunga #kualalumpurflorist #chocolatebouquet #surprisedelivery
Haaa type jee..
Macam kita, survey punya survey...kita  decide untuk hire 'Love Chapters Florist' IG dia.
tengok hasil makcikbunga nie macam best jee.
free delivery untuk kL dengan pJ.
lain² ada additional charge.
And latest, makcikbunga nie bole juga delivery bunga ke seluruh m'sia dengan khidmat poslaju dan dikenakan kos rm30 sahaja..packaging dalam kotak.
So, for more info..bole la stalk IG makcikbunga lovechaptersflorist ya. ;)

Hujung minggu kita, tak kemana pun..tak balik kampung pun untuk raya haji.
Sambut bersama family di Shah Alam ja..

Sabtu tue usha IG, Marissa Shoppe buka separuh hari.
sebab husband kita kerja separuh hari, kita ajak mak ayah dengan adik kita pi kedai tue kat section 20 jee pun. Kita rembat papa bag by simple dimple, tunku baby dan krim herba tropika.

papa bag worth rm89
tunku baby rm10
& krim herba tropika rm35
*papa bag tue request by encik husband, so I think he willing to carry meratalah bag tue kan. hehe*

Kemudian, balik dari Marissa shoppe..shopping kat Giant untuk raya esok dan balik rumah, kita main masak² la yea. hehe.
Malamnya kita celebrate birthday package *kita panggil* haha.


Seronok kan groufie :D

Esoknya, pepagi gi solat raya..tapi kita tak pegi, tidak kelaratan disebabkan sakit pinggang ya amat.
Jadi kita prepare makanan kat rumah.
Lepas makan, apa lagi..family potrait lah.
Raya puasa hari tue tak berkesempatan.
Petang tue kita booked tv untuk tengok telemovie 'kerana terpaksa aku relakan' kat tv3.
haha kena booking okay.
Sebab apa excited nak tengok?
Haaa jeng jeng jeng.. *zip mulut* nanti korang akan tahu kenapa, bila baby da keluar nanti. hehee :D

Lepas habis cerita, tetiba husband ajak keluar pegi One City.
sekakang kera jee dari rumah, tapi tak berkesempatan menjejak kaki lagi.
Sampai² terus naik roof top.
bapak seram naik lift dia. dah la transparent, tinggi plak tue. dalam hati duk fikir bila nak sampai sambil pejam mata tipu². kikiki.
Dah habis pose², baru jejalan dalam mall.
*mujur bawak camerawomen hehe* bole laa dia melayan kakak dia nie :D


Siap ada pelangi taw background belakang tuh ;p
kat roof top nie nampak klcc & menara kL. cuaca cerah petang tue semua clear je nampak.
aku bukan bole tengok pemandangan macam niee rasa nak duduk lama jee menikmati =D

kalau malam mesti lagi clear 'gayat' dia. haha!
ha nie gamba dari dalam mall, terfikir jugak kan kalau orang pakai skirt, agak agak orang bawah bole teropong tak? :p
 Lepas pusing² mall, kebetulan lalu depan evelyn's chocolate house.
husband ku terus tarik tangan aku masuk. *senyum sampai tinge :D*


 

Evelyn's nie menu dia lebih kurang sama dengan dip dip.
tapi beza yang terang tang tang adalah harga dia.
price is more cheaper than dip dip.
Agak² kalau kempunan bila tengok dip dip tue time tengah² bulan, haa bole la cari evelyn's nie :D
Tapi dip dip more 'exclusive' rasa dia & more variety. Evelyn's nie baru..mungkin diorang nak survey market dulu kott...

 Minggu 31
Okay minggu nie banyak cuti.
Isnin public holiday, 
Selasa kerja,
Rabu cuti balik sebab nak register FPP & first appointment dengan Dr. Roslan kat hospital selayang .
Khamis just amek time sleep  pagi tue sebab ada check-up kat klinik desa selayang baru, then pergi kerja.
Jumaat kerja.
ha! sekejap jee habis minggu nie walau dua hari je pun cutinya tapi sempat laa larikan diri dengan kerja yang menanti *sigh. rasa macam malas jee nak pi kerja jee waktu² nie. eyh! :p* 

Okay cite pasal fpp kat hospital selayang nie..
Appointment kita pukul 9am.
Register kat kaunter, isi borang..buat pembayaran.
for first timer, sediakan rm181 ya.
rm60 for consultation + rm51 for scan + rm20 for urine test.

Lepas register, nurse suh pi toilet then amek berat & bp.
lepas tue duduk tunggu no. sehingga dipanggil.
So, the lucky no. on that day is...
m

Orang ketiga..tapi nurse kat kaunter kata orang no. satu & dua tak datang kaunter lagi.
haiyoo..
tunggu punya tunggu pukul 9:45am baru no. dipanggil ke bilik 15..
Macam biasa, sesi pengenalan diri..kemudian dia belek² buku kita dan cakap 'so far tak de masalah'.
dia suruh baring for scanning...
Kesimpulannya, first time kott..tak banyak nak sembang dengan dr. roslan..hehe.

Keesokkan harinya..check-up kat klinik,
amek result mgtt hari tue..alhamdulillah result kali kedua nie okay. Yeay! syukur..
as always, check hb, bp, check jantung baby..lepas tue nurse tekan perut check kedudukan baby kott..
Then, turun dari katil, tetiba nurse suh duduk kat kerusi patient kena cucuk.
'meh duduk sini, kita cucuk sikit' kata nurse, aku 'eyh. kena cucuk ke harini?'
*blurr jap!*
'Aah, kalau awak tak kena hari nie..nanti kalau awak mengandung kali kedua ketiga kena cucuk dua kali. kalau anak pertama awak cucuk dua kali, nanti mengandung kali kedua dan seterusnya awak kena cucuk sekali jee. haa mana awak nak?'
Jadi aku pun jawab 'Ohh..macam tue rupanya..okay bole laa cucuk. haha.'

Sakit weyhh. sampai sekarang nie masih terasa kalau ditekan tempat cucuknya.
yang first tue tak de plak rasa sakit macam nie.
*pelik*
Lepas kena cucuk tue..baby aktif plak dia.
apa lagi geli geleman rasanya.
Mungkin first time kot..aku rasa dia aktif semacam nie.
kita duk laa gosok² usap² baby..dia macam tak hirau jee..
Sampai aku mintak tolong encik husband gosokkan sekali sebab aku nak gosok bahu aku menahan sakit dek penangan kena cucuk nie. *erk*
Satu hari tue jugak laa dia aktif. aku tak berapa nak selesa.
Naik tangga hari tue pun aku banyak pit stop. haha.
Esok harinya bangun tido baby aktif tapi tak laa seaktif semalamnya. hehe.
Tapi kesimpulannya, lepas kena cucuk tue, baby dalam perut ku da makin aktif.
Alhamdulillah..
=)

Nak cite pasal checklist sikit.
Sekarang dah tak bole lenggang dengan tab.
sebab dalam tue semua belanja, checklist baby, mummy baby..segala²nya dalam tue.
haha. takpela kan sekarang ada orang bole bawak handbag mummy. huhu.
Dulu tak paham kenapa pakwe bawa hbag makwe.
Bila suh mr.berg bawak hbag kita dulu, dia tak mau.
Dia kata bila dah pregnant nanti baru dia bawakkan.
So now, no excuses! hahaha! *gelak jahat* :p

Semalam, kita ajak boipren a.k.a husband kita dating.
kita stress laa kerja sekarang.
dapat sejam dua jam berjalan tengok baju baby pun cukup dah hehee.
*ngade*
Tak pe kan ngade sekali sekala.. :p
Sorry abang. kita tahu & faham abang busy..
Thanks  for being patience on me.
I love you abang.
*ngade nie datang tak selalu taw =) *
Dating semalam kita rembat baju baby lagi. Hehe.

Nota kaki
• Weight in week 31 : 73kg 
• Baby weight : 1.8kg
• Next appointment (kk) - 23Oct, (hS) - 5Nov.