Showing posts with label FPP. Show all posts
Showing posts with label FPP. Show all posts

Friday, June 12, 2015

Kos Bersalin FPP di Hospital Selayang.


Hai lama pending entry nie..Zeen da 6 bulan baru dapat update.
heeee :D

Sebelum nie ada entry pasal check-up di Hospital Selayang under Full Paying Patient (FPP) Scheme.
Memula dulu masa datang untuk check-up je mesti terfikir waktu due nanti macam mana lah service, bilik untuk FPP nie. haha. Iyela mana tak nya semua berbayar, tapi bayaran nyer tak de lah macam swasta. =D

Bayaran tidak termasuk prosedur, ubat-ubatan, pemeriksaan darah & x-ray.

Okay first time, first day datang untuk register kena prepare bayar registration :
RM 10 : registration,
RM 100 : consultation,
RM 20 : urine test, dan
RM 51 : scan.
Total RM 181.

And for next² check-up :
RM 60 : consultation,
RM 20 : urine test, dan
RM 51 : scan.
Total RM 131.

Sumber : blog leonora
Gambar atas nie adalah additional caj sekiranya mum-to-be perlu membuat pemeriksaan.
Macam urine test & scan tue memang perlu buat every check-up.
Tapi bila week yang da kena check-up twice a month tue ada sekali yang mum-to-be tak perlu buat scan, so tolak laa rm51 tue.

Cerita pasal bilik pula,
First day check-in, time ai da rasa sakit teramat dah nie..
dapat bilik  lebih kurang begini tapi kechik skit di tingkat 10 rasanya.

Sumber : blog leonora
Selepas keluar dari OT,
baru laa kami ditolakkan ke tbilik ingkat 11,
dimana bilik itu lebih besar dan luas.!
Kalau nak berkampung pun bole haha. Agak laa kalau ramai sangat nak datang melawat dalam suatu masa tue memang best laa tak de la yang kena tunggu luar ;D
ada tingkap yang tidak boleh dibuka yea, sebab tingkat tinggi..
So gunanya untuk pencahayaan saja.






Kenapa ambil FPP nie.?

Sebab²nya, Satu dekat sangat dengan rumah (itu yang utama) heee =D
Dua, in case kalau kena czer, kosnya tidak terlampau mahal macam swasta, maximum pun sampai 5k.
Tiga, family nak datang tak perlu ikut jadual, datang bebila masa pun bole :)
Selain dari tue, selama berada di sana, mak dan suami ada sentiasa..
selalunya hanya sorang sahaja kan yang boleh teman kita sampai ke malam dan pagi esoknya.

Selama ai check-in 4 hari 3 malam tue, saya sangat puas hati dengan servis yang diberikan.
Layan doktor dan nurse memang baik². But uolss jangan la expect nak itu nak ini macam kau anak raja.
Sampaikan pad pun nak tukar nak mintak tolong nurse, memang nurse tue agak laa kan.
awak boleh bangun dan memang doktor akan minta kita berjalan/bergerak sendiri 
untuk menggelakkan darah beku selepas operate. 
Pengalaman ku, memang agaklaa nak bangun tue memang berat pada mulanya..
tapi tak bole nak manja sangat nanti sakit lain pula.
*takut juga laa kan*
So, total bil yang ai kena RM3,813.00, its worth dan ai puas hati dengan apa yang ai dapat.
Time discharge tue siap nurse beri gooodies lagi. hihi.
ada pampers newborn mamy poko, huggies, 
sample softlan, & cawan tupperware *ha ini ai suka hihihi =)*  

Bila nak siapkan entry nie, teringat moment² masuk hospital untuk bersalin kan Zeen.
Alhamdulillah Asyraf Razeen da 6 bulan.
*da bole makan da*