tab

 photo home.jpg  photo home1.jpg  photo home2.jpg  photo tab1-1.jpg
Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Sunday, August 17, 2014

Dairi Hamil ku : Minggu 21 - 22 ~ Syawal 1435, Raya 2014.

Assalamualaikum.

Minggu 21
Alhamdulillah..dah masuk bulan Syawal.
Moga kita berjumpa lagi ya Ramadhan.
Syukur..tahun nie penuh puasa mummy.

First, nak ucapkan :
Salam Aidilfitri kawan²!
:D

Malam sebelum raya, kat rumah ada kumpulan yang pergi rumah ke rumah yang dipanggil 'baraan'.
Tahun² lepas sebelum encik suami mendapat title suami dulu, dia ada cerita pasal baraan nie.
Tapi tahun nie baru dapat tengok sendiri macam mana keadaan dan situasi 
malam raya pabila group² baraan nie datang ke rumah.
Siang sehari sebelum raya biasalah dah sibuk masak memasak untuk raya esok, dan kena sediakan sekali makanan ringan² macam biskut raya, kek, buah-buahan dan tak lupa juga air suam, air sejuk kerana yang datang tue bukan orang tua/dewasa saje. golongan muda dan kanak² pun ada jugak.
Hehe yg kanak² tue syiok nak dapat duit lebih malam raya lettew! termasuklah anak² buah ku haha.
*pandai dah taw bebudak skrg cari duit raya extra =D*

- Pagi Raya -
Oh! ai laa tue yang excited bangun awal.
Selalu bangun ada kat kampung sebelah ada mak ayah adik², sejuk², lepas subuh bantai tidoq lagi..
haaa tahun nie bangun² kat rumah sendiri.
Iyelaa umah mak mertua ai kat atas jee =)
Siap² mandi kejutkan suami dan bersiap pegi solat raya kat surau dekat dengan rumah.
Tahun nie bertemankan mak mertua, angah (kakak iparku) dan anak² buah..
Suami mana.? haa suami special case lewat skit siap nyer..so dia nak motor g ke masjid.

Balik dari surau, masuk ke rumah sendiri..tukar pakai baju raya..bersiap chantek² bagai..haaa paham² laa yea..pakai jubah biasa saje untuk keselesaan semasa solat..
Kemudian nak atas, makan!
Sesudah makan, kita salam², bermaaf-maafan..bergambar..

- Family Potrait Raya 2014 -
Second year raya as husband & wife.
Meh nak pinjam baby hana hani interprem sekali.. =D
Lepas tue kita ada aktiviti main game..
Haa tak pernah seumur hidup ku hari raya buat aktiviti macam nie, tapi bukanlah game kat ps atau seangkatan dengan nyer tue..
Kita ada game cabutan bertuah..masing² ada hadiah masing² kemudian main tuka²..haaa happening jugak.
Pastue game kira berada biji gula² dalam botol..sape teka betul, dapat hadiah!
Untuk budak², lagi seronok ada game teka-teki kartun apakah ini? Haaa cara dia,
mak pak sedara nie kena buat aksi kartun..pastue diorg kena teka.
Haha bukan setakat diorang jee gelak dan memikir apa nama kartun tue, kita yg besar² nie pun gelak besar tgk aksi² mereka haha! Syok. Happening gilerr.
 Selalu kat kampung lepas solat, bergambar..kita terus start enjin kete pergi beraya umah sedara-mara.
Tapi dah nama duk kat kL nie..tak de dah aktiviti macam nie..nak beraya pun semua orang balik kampung halaman masing². Tak nampak pun budak² bagi salam datang nak raya..

Lepas habis aktiviti tue semua, dah tengah hari..apa lagi aktiviti selain makan dan makan dan makan lagi! =D
Lepas tue turun ke rumah, solat zohor..terus landing. haha.
Seronok beronok ronok betul....

Esok pagi raya kedua, aku dan suami balik ke kampung Teluk Intan..
tido semalam dia rumah atok, beraya ke rumah sedara mara suami..pusing habis satu kampung Selabak tue.
Setiap rumah ada sedia makan, aku pun rumah orang nie makan semangkuk laksa, rumah orang nie ada homemade cheese tart, amek skit! next rumah ada  kuih raya yg tak penah jumpa..aku bedal!
Rumah orang nie ada jeruk mangga, aku belasah! haha.
Bole kata semua rumah laa aku melantak apa ada..tapi tak banyak..sikit² untuk rasa.
Point nyer, nak makan semua rumah yang sedia apa yang ada sebab first time raya kat tempat orang. heee :D

Pagi raya ketiga, kami bersiap² nak pergi Ipoh pula jumpa family aku kat sana dan balik ke Lenggong.
Kat kmpung pun kami tiada aktiviti lain selain menziarah sedara-mara kat kampung..
Aktiviti lain nyer lebih kepada nak berehat..dan rasa keadaan sejuk original kat kampung.
Almaklumlah kat bandar nie asyik nak aircond tak pun kipas berpusing 24jam!.
Ini pun kat kampung sebelum tido tue, orang lain da bselimut, tetapi mummy to be nie tak pakai selimut pun okay. Siap request nak bagi kipas syiling tue terpasang..speed 1 pun jadi lah =D
Masing² redha je layan kakak dan anak yang preggy nie....
Perhatian terlebih sikit sebab ku kan anak sulung, nak dapat cucu first pulaa.
Haaa mujur ku tak ngidam melebih² kalau tak habis diorang bagi sumbat apa mau makan. ahaha.

Raya keempat, kami pergi ke Ijok, Selama ziarah opah long.
Alhamdulillah dapat lagi jumpa opah long...
niat ke sana nak mandi air bukit, tapi tak kesampaian sebab opah long berada di rumah anaknyer..

Raya kelima, kami dah bersiap² nak balik ke rumah masing², mak ayah nak balik ke shah alam.
Aku dan suami nak amek mak di teluk intan untuk balik ke selayang..
Kenapa raya kelima nak balik dah.?
Haaa sebab nak elak jammed, dan beristirehat sebelum memasuki alam stress bekerja. =(
Alhamdulillah kami sampai ke rumah kami dan mak ayah adik² sampai ke rumah shah alam sebelum azan maghrib.
Penat perjalanan kami hari tue sebab singgah ke Batu Gajah lagi ziarah family sebelah ayah, kemudian ke Teluk Intan ikut pusing jalan bapak jauh dek sesat!
Bole plak ikut jumpa Kampar dari bt.gajah nak ke teluk intan je punn aduh!
Telefon kalau dah canggih macam mana pun tapi coverage tak de..ko pakai lah handphone apa pun selagi service operator tak tingkatkan diorang punya coverage. grrrrrr!

Inilah cite raya lovebeberg tahun nie.
In Shaa Allah tahun depan, raya bertiga pula keluarga beberg kami nie..heee :D
Agak lambat nak post entry nie..sebab banyak sangat hal nyer tak sempat nak publish.
Almaklumlah musim raya..

Selamat menjamu selera semua!
;)

Nota kaki
• Check-up 07/08/2014
• Week 22+
• Berat : 69.4kg


Sunday, September 29, 2013

Syawal 1434, Raya 2013.


Selamat Hari Raya, maaf zahir batin kawan²!
masih belum terlambat kot hihihi.
Lambat bebenor nak update blog nie kannn
Almaklum lah since kawen nie banyak tanggungjawab nak kena selesaikan..
tinggal weekend jee time itu lah nak rehat, nak kemas rumah, nak basuh baju, 
iron baju dan juga hari nak berwayang..hahah.
Tapi aktiviti luar da di kurangkan sikit laa dari zaman bercintan cintun dulu sebab bole buat aktiviti dalam rumah..jimat duit, masa dan tenaga..haha.

Okay back to entry, raya tahun nie ai bawak husband ai raya kat kampung mak.
Biasalah mak ayah raya bergilir gilir. 
Tahun lepas kami raya sebelah ayah..tahun nie sebelah mak.
Seriously, ai tak target pun tahun nie ai akan beraya berdua dengan dahulunya ber'title' boyfie sekarang dah jadi suami..biasalah dulu time couple, duk verangan macam mana rasa beraya sama².
hah sekarang..baru tahu macam mana perasaan tue..yang verangan tue verangan saje lah. hehe :D

- 1 Syawal -
Pagi solat sunat di Ipoh, lepas makan², kami bergerak balik ke kampung Sumpitan.
Plan asal nak berpagi raya di kampung..tapi atas sebab² tertentu..kami beraya di rumah paklong.

First raya bersama Suami ;)

Kami sekeluarga :)

Bersama keluarga Paklong Maklong.

hey ladies!

Dan setelah siap² kami bergerak ke kampung...
Tapi kami tak straight ke sana..dalam perjalanan, kami singgah mengingah ke rumah sedara mara..
al maklum lah kami membawa orang baru dalam keluarga..ayah bawa menantu dia ke semua tempat yang ada kat kampung tuee..wah! ayah yang excited. hehe :D


- 2 Syawal -

Okay. Ini best. Raya kedua kami beraya ke Ijok (rumah Toklong) tak mandi. hahaha.
Disebabkan nak tunggu queue masuk toilet lama sangat nak menunggu..
ayah kata tak pe lah kita mandi kat ijok lagi best sebab air direct dari bukit.

Sampai² jumpa pahlong, terus mintak permission opah long nak pi sawah..
usha tempat dulu..haha
Fyi, berg memang nak sangat ke sawah..so apa lagi..
aku kasi adjust laa mintak raya first kat kampung aku. HAHAHA!
tengoklah gelagat si dia melawat kawasan.


Pastue da rasa badan melekit terus masuk rumah terus berebut nak mandi..
lepas mandi rasa segar gilerss, hilang segala² stress kerja
*walaupun tengah cuti raya*
kami rehat di pumkin selalu arwah toklong lepak kat luar rumah..sampai tertido lah aku dengan amy sebab semua orang lelaki pi solat jumaat laaa ada chan kami nak lepak situ..haha.
Lepas kaum² adam balik dari solat, kami makan tengahari..lepas makan, bagitahu ayah mak nak mandi lagi hahaha. Diorang pun on jeee...
Apa lagi bantai lah mandi lagi..rasa nak berendam dalam kolah tuee..nikmat giler.
kat rumah dah mandi pun berpeluh bila kua toilet -.-

Gedix santai sebelum balik ke rumah Sumpitan. 
Ini opahlong saya..kami manja dengan dia..
bye opah, opah jaga diri baik² nanti kami balik lagi..
ya Allah, kau selamatkan dan lindungilah opahlong kami dan kau berikan lah kesihatan yg baik dan umur yg panjang..Amin.
Okay, sampai² terus packing barang masuk keta..
masing² nak balik ke rumah dan ke kampung mertua.
Destinasi kami seterusnya adalah Batu Gajah iaitu rumah kakak ayah kami
dan bermalam di sana pulaa..

- 3 Syawal -
Hari raya ketiga,
aku dan berg bergerak ke Teluk Intan 
iaitu rumah kampung berg..


hari nie ada kenduri kechik untuk arwah tok kepada berg yang
baru saja meninggal bulan 6 hari tue..

Okay sampai sini saja cerita raya ku..
heee nak tempek jugak cite raya nie kat blog.
bukan apa untuk kenangan bagi anak cucu tengok nanti.. =D
walaupun cite raya nie pending sampai nak masuk raya haji dah niee.

Thanks for reading.
much love.
;)

Friday, August 31, 2012

Eid 2012, Syawal 1433 Hijrah


Assalamualaikum w.b.t.

Hye ladies & gentlemen.! 
waaaahhhh..buat main lagi kan..da berhabuk rasa nya blog lovebeberg nie kan..
Maklumlah owner blog nie da bekerja.. :)
Alhamdulilillah..dgn berkat doa mak ayah..doa sendiri dan doa2 org2 tersyg..
semua berkaitan kehidupan bekerjaya sekarang baik baik sekali..
Terima kasih pada semua yg mendoakan.
Semoga yang baik baik utk kalian semua menjalani kehidupan di dunia & di akhirat kelak.

OK. back to the topic.
Raya kali ini kami sekeluarga beraya di Batu Gajah, Ipoh, Perak Darul Ridzuan..amboiii bukan main panjang laaa kann..
Dua hari sebelum puasa da balik ke sana..dan raya kedua kami bergegas ke kampung sebelah mak pula di Lenggong, Perak jugak..haha da satu negeri namanya..Idak laa jauh mana punnn tapi lagi kemeriahan suasana raya nie lagi best di kampung mak nie..lagi lagi plak kalau semua saudara mara ada sekali memeriahkan lagi majlis...haha da macam majlis apa plak kannn..

Here we go..

- Pertama Syawal -
Lokasi : Batu Gajah

Me ❥ Ma Family
Pabila kaum2 adam dan kaum2 hawa makan sampai tak ingat dunia punya lah mood raya sakan.!
- Kedua Syawal -
Lokasi : Kpg. Sumpitan, Lenggong

Ini kampung halaman saya.!!
Saksikan telatah mereka2 pabila lama tidak berjumpa..raya saja lah waktu yang ideal  utk melakukan aktiviti2 sebegini... 
 - Ketiga Syawal -
Lokasi : Rumah Sedara, kenduri kawen (Lenggong)

YA Pilih Pilih..!!
hahaha whoopp.! chopp dulu..
dari kiri: single, available(engaged), available(coming soon), complicated, single maybe, always single lady oppsss.!
sorang tue bawah umur lagi CANNOT.! 
Cucu Tok Mad Zin
So lepas kenduri kami ke Ijok utk berjumpa opah long di sana..

Chomel jeee  
- Keempat Syawal -
Kami sekeluarga da berangkat pulang ke bandar semula utk beristirehat

- Kelima Syawal -
Beraya di Sunway Pyramid menonton SayaAmatMencintaimu yang sangat psycho tue bersama adik tersayang..

- Keenam Syawal -
Duduk dirumah melayan tetamu yang datang beraya ke rumah

- Ketujuh Syawal -
Keluarga siDia datang untuk beraya bersamaan dengan Salam Perkenalan cheeewaahh.! haha

- Kelapan Syawal -
Ok, bersiap sedia untuk balik ke rumah sewa.. raya dah habis.! keje yang banyak menantiii..

- Kesembilan Syawal -
Sudah berada di office, gigih menyiapkan kerja 

Ok, jam da menunjukkan pukul 2:52 AM..
sleepy already..
Last but not least, Salam Aidilfitri..jari ini menyusun sepuluh jari, ampun dan maaf dipinta sekiranya mulut tersalah kata, suara terkasar bahasa, tangan terlepuk kat mana mana, kaki tersepak ke sesiapa siapa, hati terguris dek mulut binasa..Maaf zahir dan batin yea...