Tuesday, July 30, 2013

Wedd Review : Wedding Shoes.

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam entry nie ai nak cite pasal kasut kawen!
Haaa..pemakaian kasut pada hari persandingan memanglah sesuatu yang penting..
Pada sesetengah butik atau bridal house, mereka akan menyediakan sekali dengan baju persalinan (sanding) yang telah anda tempah atau sewa.
Akan tetapi, ada juga butik yang punyai kasut design lama atau ia tidak kena dengan citarasa seseorang yang mahu tampil menawann di majlis persandingannya.
Sekarang dengan zaman berteknologi tinggi ini, orang sudah pandai mengayakan pemakaian dengan idea dan mengikut kreativi masing-masing. Jadi tiada masalah lagi, sekiranya anda mampu untuk pilih baju dari designer A, kasut dari designer B dan shawl/tudung dari designer C.

Woahh skema betula ayat macam pendahuluan karangan lagi.. haha!

Okay, pasal kasut wedding hari tue, mar da survey bab kasut² nie 5 bulan sebelum majlis.
haaha! punya nak puas hati tue..then nak yang senang match plak dengan kedua² majlis.
bukan apa..mar bukanlah jenis yang selalu keluar dengan heels/wedges tinggi² lagi lagi time nak berjalan tawap shopping mall..heels/wedges nie selalu pkai time ada majlis² tak pun hari raya..haaa =D
tahu jugak dan mengaku jugak yang diri nie memang sedikit cerewet *oppps statement!*
penah dulu time kechik² dulu nak cari kasut raya..sampai 5 buah shopping mall mar masuk dengan mak ayah..cari kasut dari mall ke setiap mall ke tiap² kedai setiap mall tue tak berkenan di hati..bhahaha.
Ini kan lagi kasut untuk majlis seumur hidup sekali :)

Dah habis ke semua website yang da puas meng'google' search kat fb..
dari Zalora ke online butik yang jual kasut korea style pun pi jengguk jugak haha.
*kau nie nak beli kasut kawen ke..kasut bjalan nie wahai madhiah oii!*

Dan at last, terkenan satu kasut nie..
jumpa link website dan facebook dia pun encik google yang tolong :D
Design diorang memang chantek menarik memang de bOoM lah!
haha.
 
*click kiri untuk blog, click kanan untuk fb*
Dan bawah nie serba sedikit design diorang nak tempek kat entry nie sebab ia menjadi pujaan hati =)



               

haha. Nak di ikut kan, kasut grey bertatahkan batu permata hitam dan grey menjadi pujaan hati untuk di sambar. tapi, brooch nya dah tak de stock.. =(
Tapi menjadi penyelamat bila encik husband tunang kata bole buat "I do" di tapak kasut hihihi :D

Shoe Heaven
Nie butik ChristyNg kat uptown damansara tue..kechik je..


Nie alamat butik Christy : No 35A, Second floor, Jalan ss21/37, Damansara Uptown, 47400, PJ.
Butiknyer atas Guardian.Sederet dengan HSBC, Caring farmasi, Nasi lemak village park & 99 Speedmart.
buka 9pagi sampai 5petang hari biasa..dan weekend & public holiday 10pagi sampai 3petang.



 ------------------------------------------------------------------------------


absolutelygorgeous!
fb Absolutelygorgeous by Amy
Okay second, design lain yang mar da survey dulu, fb Absolutelygorgeous by Amy.
Amy nie buat custome shoes. Ramai jugak yang tempah kat beliau untuk kawen mahupun kasut untuk berjalan santai santai :D
Jadi kalau korang ada design kasut yang korang terjumpa kat internet nie..dan korang minat giler nak pakai kasut macam tue..bole lah korang mintak amy nie designkan..nak tinggi mana..tak nak tinggi ke..suka hati korang laa..tapi harganya mungkin sedikit mahal sebab custom-made kann dah namanyerr..
dan ofkos laa kepuasan tue ada bila kita dapat pakai kasut yang selama nie tengok kat mata..tetapi sekarang da kat kaki.! =)
dan Amy juga ada ready made shoes & rental shoes untuk kegunaan kawen.
Check it out laa fab & website beliau eyh!
*tempek skit kasut² dari Amy*
pic namepic namepic name

 ------------------------------------------------------------------------------
Ini pulak design exclusive dari Rins Suzana. Desing diorang memang meletopss gilersss.
Confirm cair laa bila pandang. tapi lain orang, lain citarasa :)
fb bellarina by Rins Suzana
  ------------------------------------------------------------------------------
Dan last sekali..
You and Me Shoes (YMS)
   
*click gamba kiri untuk fb YMS & click kanan untuk blog YMS*
     
------------------------------------------------------------------------------
Ada juga mar usha blogger² bride-to-be ex-bride, diorang DIY kasut kawen diorang!
Mesti lagi puas hati sebab kita yang design mengikut citarasa kita.
iye lah. kadang² ada sesetengah orang tak nak pakai heels tinggi² sebab tak comfort..jadi diorang pilih heels yang comfort dengan kaki diorang..then kita tampal or jahit manik kat kasut tue.
haaaaa awesome kan! =)
Macam kasut niee

dari blog misswonderfoollife
asal² kasut hitam jee macam yang sebelah tue.
thanks for reading
*harap dapat membantu :)*

1 comment:

  1. Hello MissBeBerg, saya pun mabuk, lintang pukang tengok all those beautiful shoes.
    Waa, nak kawain new shoes. Lepas kawain beli lagi, ha ha ha.
    Anyway, I have not met a woman who does not love shoes.
    You have fun and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete