Wednesday, June 12, 2013

Wedd Review : Kursus Kahwin @ Masjid At-Taqwa, TTDI.

Assalamualaikum w.b.t.

Okay nak review pasal kursus kahwin yang kami buat hari tue
pada 12 & 13 Jan 2013.
Kursus kahwin nie selalunya pada weekend.
Tapi masa ai survey² hari tue ada juga yang buat weekdays..

Bayaran yang di kenakan RM80 seorang termasuk makan minum sepanjang dua hari, fail & buku.
Dengar cerita jugak ada yang cakap harga nie akan naik nanti..
tapi not sure pasal hal nie. 

Dan di recommend, kawan² haruslah booking thru online ataupun sms dulu kepada mereka dari walk-in..

Okay, pengalaman kursus kahwin kat masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail nie..memang sangat selesa untuk solat, ruangan solat & tempat wudhuk memang comfortable habis.
Cuma kebetulan minggu yang kami mengikuti kursus nie..kak Ana kata minggu tue luar jangkaan, ramai yang nak hadir kursus nie pada hari sabtu & ahad tue.
Jadi bersempit² lah kami di bilik kursus tue..
Kak Ana pun tak sangka sebenarnya dan dia berpuluh² kali meminta maaf.
Ini terjadi mungkin kerana yang booking tak ramai..tapi yang datang walk-in ramai..so jadi la perkara sebegini..hari sabtu tue, ada yang berdiri pun ada..tapi kak Ana bagi excuse untuk hari ahad tue pada yang berdiri, diorang bole datang hari ahad next week nyer.. 
So, di recommend kan, sebelum datang tue haruslah booking thru online ataupun sms kepada mereka dari walk-in. Kalau tak perkara macam nie mesti terjadi lagi.
Dan mungkin kak Ana perlu limit kan untuk 1 kursus, hanya beberapa sahaja supaya tak berulang perkara sebegini lagi...

Okay, yang paling saya suka kursus nie ia buat saya TAK mengantuk!
mata bulat je..gelak²! haha ustaz ustazah semua kelakar².
Penceramah² yang beri ilmu tue semua berpengalaman dalam mengendali kes² mengenai rumah tangga.
Ada seorang ustaz tue berkata, sekarang tak kira masa, artis mahupun orang berpangkat, orang tak berpangkat..hari² datang ke pejabat beliau. Kadang kala hal kechik, remeh temeh pun di perbesar²kan..
1 kes lagi si suami nie dah dah kawen, tapi kawen yang kedua tanpa pengetahuan isteri pertama pun ada..sampai nak cerita masalah nie kena jumpa di luar pejabat (kedai makan) untuk buat consultation. Haha! geleng kepala ustazah tue.. =D
Kak Ana pun best! Beliau sangatlah bersemangat orang nyer. eyh bukan gemux yea..
sekali dia bercakap kat mic tue..haish semua orang mesti pandang dan beri perhatian lah.
Tapi dia bukan lah seorang yang garang. Dia sangat lah peramah..senyum, comel² je kak Ana nie..lembut sopan santun taw.

Mar highly recommend kat korang yang mana nak pergi kursus kahwin tue..
Makanan yang kak Ana provide pun okay sedap².
Nak tambah (kalau ada lagi) pun bole hehee.

Pada siapa nak tahu lebih lanjut pasal kursus kahwin di masjid At-Taqwa, TTDI nie..sini website nyer Pusat Kursus Perkahwinan Pusat Bandar Damansara. Ia ada 3 tempat taw di Pusat Bandar Damansara, masjid At-Taqwa & di Percint 9 Putrajaya. Di handle oleh kak Ana & suami nye abg. Fauzi. 
Tapi kak Ana ada pesan yang kat masjid At-Taqwa tue selalu dia je yang ada..sebab suami nye jaga kat percint 9 putrajaya tue.

Ini lah masjid At-Taqwa, TTDI.
Ini map nak ke Masjid At-Taqwa (B) tue dari One Utama (A)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okay kalau korang nak tahu tempat² kursus kahwin sekitar klang valley nie..
kat snie website nyer

Sekian,
Xie Xie 
:D

No comments:

Post a Comment