Friday, November 8, 2013

10 May 2013 : Ijab & Qabul ♥

Hye!

Hari nie dah masuk 5 bulan dah kawen, tapi hari nie baru berkesempatan untuk update entry pasal
majlis seumur hidup sekali ini di blog dan abdikan sebagai kenangan yang terindah..In Shaa Allah.

Majlis berlangsung seperti yang dirancangkan iaitu selepas Asar
di Masjid Al-Munawwarah Seksyen 27, Shah Alam.

Pada hari kejadian, debaran makin kuat terasa ketika mana ayah, pakcik² dan sedara-mara bersiap ke masjid untuk Solat Jumaat.
Haiii saya yang macam kelam kelibut. Sampai makan tengah hari tue pun tak tau dah selera ke mana.
Dan sempat request kat adik "amy, jum pergi beli bakso kat masjid."
dia ikutkan aje kerenah kakak nyer nieee haha!
Lepas tue tak tau nak makan kat mana sebab kat rumah da ramai orang..tapi ayah da suggest dah suh pi makan kat rumah homestay yang ayah da sewa untuk family mak. haha. Ayah pun bagi green light.
Apa lagi..sempatlah bakso tue masuk dalam perut dengan jaya nya..Alhamdulilah :D
Kemudian, kami pulang ke rumah dan aku pun siap² menunggu kedatangan kak Jie.
Dalam pukul 3 kak Jie sampai dan aku pun terus di siap kan.

Sekitar jam 5.30 petang kami telah sampai ke masjid.
Pada petang itu ada dua pasangan pengantin yang akan di nikah kan oleh Ustaz Suhaimi iaitu Jurunikah kami.
Majlis pun bermula...
Ayah mewakilkan Jurunikah untuk nikah kan kami.
Ketika ini saya hanya mampu berselawat dan memegang tangan mak dan kak fairus di sebelah.
Walaupun tiada soalan 'quiz' atau dikenali juga dengan soalan cepu cemas,
tapi dup dap dup dap jugak laa kan hihi.
Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya..
Dengan sekali lafaz, kami telah menjadi suami dan isteri...
Alhamdulillah, saya kini sah menjadi isteri kepada Zurli Harun =)
Semoga diberikan rahmat dan keberkatan kepada rumah tangga kami,
dan diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat..Ameen.

Family potrait =)

Cerita pasal hantaran pula kesemuanya 7 vs. 9
Hantaran ini walau tak ada fresh flower, tak secantik mana..
tapi sentuhannya penuh dengan kasih sayang, yang penting hasil dari idea dan kreativiti sendiri.
Tahap kepuasan itu, to the max lah!
Cuma hari pada tengah hari tue, kek baru di ambil dari kak Norish Ashna Fresh Bake,
tengah make up tue lah kak fairus tolong deco kan.. Thanks kak! :D


Dan ini pula hantaran dari pihak lelaki..

Pada malamnya hanya aktiviti makan malam bersama family dan pada kawan² yang tidak berkesempatan untuk datang majlis keesokan harinya.
Ini adalah kisah hari akad nikah saya dan suami.
Entry akan datang ini akan saya 'tempek' gambar² di sebalik takbir majlis ini.
hehe. tQ for reading!

No comments:

Post a Comment