Sunday, November 10, 2013

12 May 2013 : Majlis Bertandang ♥


Okay sambungan lagi dari entry Majlis Bersanding pada keesokan harinya pula.
Eyh. lupaa. Selepas siang nya bersanding, malam nya pula ada majlis bersama keluarga sahaja.
Akan di ceritakan selepas habis entry ini ya. ;)
Haaa penat nokk mak nak habiskan update entry kawen niee..lagikan pulak hari majlis..haha.
Tapi Alhamdulillah dua majlis di Shah Alam telah selesai dengan lancar dan jayanya.

Let's start the day.

Pagi itu penuh dengan aura ketenangan.
Bangun Subuh, kejutkan suami.
Selalu bangun pagi akan ada adik ku, amy di sebelah tido berselubung, 
tetapi pagi ini buka² mata..seolah tidak percaya bahawasanya 
disebelah ku, dia yang sudah bergelar suami hehe. 
Kemudian bersiap, mandi dan makan pagi.
Lepas breakfast, kami (aku & suami) bergerak ke Selayang
tepat jam 9 pagi kerana kami perlu berada di butik pukul 10..
Sampai di Butik Sentuhan Qaseh atau sekarang di kenali Azelyn Othman Creation,
terus aku di siap dan di solek oleh kak Lyn,
Memang da booked awal dah untuk kak lyn make-up, walaupun dia 
kurang sihat tapi hasilnya tetap marvelous.!

The dress of the day! 
*Love the color combination*
Thanks kak Lyn :)
Tengah bersiap, pengapit pun sampai..
Nyza & Shah. Thanks yea korang. 
Sudi jadi pengapit untuk dua hari niee.. :D
Senang amek pengapit laki bini niee..sampai pun berdua. hihi.
Time nie family dari Shah Alam pun da sampai dan 
menunggu di luar butik untuk berarak sama.
Tepat pukul 12:30 tengah hari,
kami pun bergerak ke rumah pengantin lelaki.
Pengantin dibawa oleh Arif selaku pembawa kereta. 
Ya tuan empunya kereta yellow spoon ini =)
*Mekasih rip!*
Kompang pada hari itu memang sangat AWESOME!
Berg kata kat Selayang team kompang diorang nie memang terbaik lah.
Diorang bukan takat saja berkompang tapi lagu yang diorang nyanyi sekali tue memang best.
Ada lagu diorang buat remix sambung lagu lain..lama pulak tue mennyanyi.
Dari mula sampai..stop sekejap untuk bacaan doa, pastue start makan, 
diorang pun start laa sampai la ke nak habis makan, baru diorang stop. Haaahaha.
Terbaik lah diorang nie.
So orang berdekatan, nak no. contact bole mintak.
Nanti ai tanya abg ipar ai.

Lepas dari acara potong kek, ada acara yang kami berdua tak tahu.
haha! acaranya ialah...

Acara ini adalah untuk suka suka sahaja.
Bukan setakat budak² berebut, akan tetapi makcik² pun turut serta..haha.
Kita nak suka suka kan..seronok tengok..kita happy, orang pun happy.

Selepas habis acara membaling gula², kami naik ke atas rumah untuk bergambar di pelamin.
*gamba bersama kawan² yang datang meraikan akan di tempek di next entry sebalik takbir majlis*

♥ Bersama keluarga ♥

♥ Bersama keluarga baru saya ♥

Jelas wajah keceriaan di situ walaupun..WALAUPUN pada pagi itu saya mengalami ketidaksihatan badan dimana apa yang telah saya makan pagi tadi telah terkeluar semua di butik.
Elok² da di make-up kan..nasib baru part foundation jee tiba² termun*** keluar segala breakfast pagi tadi.
haiyaaaa perkara macam nie lah nak di elakkan. 
tapi nak buat macam mana..dia nak bersama jugak waktu² begini..hihi.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sampai ke petang.
Syukur sangat²..

Macam biasa, sebelum outdoor..kami bagi peluang kepada photographer makan..
kemudian mereka dan kami meneruskan aktiviti
Outdoor di FRIM.
Teaser sikittttttt =D

Thanks for reading.
Akhirnya, inilah sedikit sebanyak kisah kenangan terindah yang akan di abadikan sepanjang hayat ku dan suami. Bermulah satu lagi kisah perjalanan hidup penuh dengan cinta dan tangungjawab bersama.
Semoga Allah pelihara alam rumah tangga kami, murahkan rezeki kami dan berikan kebahagian kepada kami di dunia dan di akhirat, sehingga ke pintu Syurga.
Amin amin ya rabbal alamin...

No comments:

Post a Comment