Sunday, August 17, 2014

Dairi Hamil ku : Minggu 21 - 22 ~ Syawal 1435, Raya 2014.

Assalamualaikum.

Minggu 21
Alhamdulillah..dah masuk bulan Syawal.
Moga kita berjumpa lagi ya Ramadhan.
Syukur..tahun nie penuh puasa mummy.

First, nak ucapkan :
Salam Aidilfitri kawan²!
:D

Malam sebelum raya, kat rumah ada kumpulan yang pergi rumah ke rumah yang dipanggil 'baraan'.
Tahun² lepas sebelum encik suami mendapat title suami dulu, dia ada cerita pasal baraan nie.
Tapi tahun nie baru dapat tengok sendiri macam mana keadaan dan situasi 
malam raya pabila group² baraan nie datang ke rumah.
Siang sehari sebelum raya biasalah dah sibuk masak memasak untuk raya esok, dan kena sediakan sekali makanan ringan² macam biskut raya, kek, buah-buahan dan tak lupa juga air suam, air sejuk kerana yang datang tue bukan orang tua/dewasa saje. golongan muda dan kanak² pun ada jugak.
Hehe yg kanak² tue syiok nak dapat duit lebih malam raya lettew! termasuklah anak² buah ku haha.
*pandai dah taw bebudak skrg cari duit raya extra =D*

- Pagi Raya -
Oh! ai laa tue yang excited bangun awal.
Selalu bangun ada kat kampung sebelah ada mak ayah adik², sejuk², lepas subuh bantai tidoq lagi..
haaa tahun nie bangun² kat rumah sendiri.
Iyelaa umah mak mertua ai kat atas jee =)
Siap² mandi kejutkan suami dan bersiap pegi solat raya kat surau dekat dengan rumah.
Tahun nie bertemankan mak mertua, angah (kakak iparku) dan anak² buah..
Suami mana.? haa suami special case lewat skit siap nyer..so dia nak motor g ke masjid.

Balik dari surau, masuk ke rumah sendiri..tukar pakai baju raya..bersiap chantek² bagai..haaa paham² laa yea..pakai jubah biasa saje untuk keselesaan semasa solat..
Kemudian nak atas, makan!
Sesudah makan, kita salam², bermaaf-maafan..bergambar..

- Family Potrait Raya 2014 -
Second year raya as husband & wife.
Meh nak pinjam baby hana hani interprem sekali.. =D
Lepas tue kita ada aktiviti main game..
Haa tak pernah seumur hidup ku hari raya buat aktiviti macam nie, tapi bukanlah game kat ps atau seangkatan dengan nyer tue..
Kita ada game cabutan bertuah..masing² ada hadiah masing² kemudian main tuka²..haaa happening jugak.
Pastue game kira berada biji gula² dalam botol..sape teka betul, dapat hadiah!
Untuk budak², lagi seronok ada game teka-teki kartun apakah ini? Haaa cara dia,
mak pak sedara nie kena buat aksi kartun..pastue diorg kena teka.
Haha bukan setakat diorang jee gelak dan memikir apa nama kartun tue, kita yg besar² nie pun gelak besar tgk aksi² mereka haha! Syok. Happening gilerr.
 Selalu kat kampung lepas solat, bergambar..kita terus start enjin kete pergi beraya umah sedara-mara.
Tapi dah nama duk kat kL nie..tak de dah aktiviti macam nie..nak beraya pun semua orang balik kampung halaman masing². Tak nampak pun budak² bagi salam datang nak raya..

Lepas habis aktiviti tue semua, dah tengah hari..apa lagi aktiviti selain makan dan makan dan makan lagi! =D
Lepas tue turun ke rumah, solat zohor..terus landing. haha.
Seronok beronok ronok betul....

Esok pagi raya kedua, aku dan suami balik ke kampung Teluk Intan..
tido semalam dia rumah atok, beraya ke rumah sedara mara suami..pusing habis satu kampung Selabak tue.
Setiap rumah ada sedia makan, aku pun rumah orang nie makan semangkuk laksa, rumah orang nie ada homemade cheese tart, amek skit! next rumah ada  kuih raya yg tak penah jumpa..aku bedal!
Rumah orang nie ada jeruk mangga, aku belasah! haha.
Bole kata semua rumah laa aku melantak apa ada..tapi tak banyak..sikit² untuk rasa.
Point nyer, nak makan semua rumah yang sedia apa yang ada sebab first time raya kat tempat orang. heee :D

Pagi raya ketiga, kami bersiap² nak pergi Ipoh pula jumpa family aku kat sana dan balik ke Lenggong.
Kat kmpung pun kami tiada aktiviti lain selain menziarah sedara-mara kat kampung..
Aktiviti lain nyer lebih kepada nak berehat..dan rasa keadaan sejuk original kat kampung.
Almaklumlah kat bandar nie asyik nak aircond tak pun kipas berpusing 24jam!.
Ini pun kat kampung sebelum tido tue, orang lain da bselimut, tetapi mummy to be nie tak pakai selimut pun okay. Siap request nak bagi kipas syiling tue terpasang..speed 1 pun jadi lah =D
Masing² redha je layan kakak dan anak yang preggy nie....
Perhatian terlebih sikit sebab ku kan anak sulung, nak dapat cucu first pulaa.
Haaa mujur ku tak ngidam melebih² kalau tak habis diorang bagi sumbat apa mau makan. ahaha.

Raya keempat, kami pergi ke Ijok, Selama ziarah opah long.
Alhamdulillah dapat lagi jumpa opah long...
niat ke sana nak mandi air bukit, tapi tak kesampaian sebab opah long berada di rumah anaknyer..

Raya kelima, kami dah bersiap² nak balik ke rumah masing², mak ayah nak balik ke shah alam.
Aku dan suami nak amek mak di teluk intan untuk balik ke selayang..
Kenapa raya kelima nak balik dah.?
Haaa sebab nak elak jammed, dan beristirehat sebelum memasuki alam stress bekerja. =(
Alhamdulillah kami sampai ke rumah kami dan mak ayah adik² sampai ke rumah shah alam sebelum azan maghrib.
Penat perjalanan kami hari tue sebab singgah ke Batu Gajah lagi ziarah family sebelah ayah, kemudian ke Teluk Intan ikut pusing jalan bapak jauh dek sesat!
Bole plak ikut jumpa Kampar dari bt.gajah nak ke teluk intan je punn aduh!
Telefon kalau dah canggih macam mana pun tapi coverage tak de..ko pakai lah handphone apa pun selagi service operator tak tingkatkan diorang punya coverage. grrrrrr!

Inilah cite raya lovebeberg tahun nie.
In Shaa Allah tahun depan, raya bertiga pula keluarga beberg kami nie..heee :D
Agak lambat nak post entry nie..sebab banyak sangat hal nyer tak sempat nak publish.
Almaklumlah musim raya..

Selamat menjamu selera semua!
;)

Nota kaki
• Check-up 07/08/2014
• Week 22+
• Berat : 69.4kg


Thursday, August 14, 2014

Dairi Hamil ku : Minggu 17 - 20 ~ 2nd Scan & Dip n Dip @ Curve.

Assalamualaikum.

Minggu 17 - 19
Lama duduk dalam draft entry nie..
Ce tengok title atas nie..nama dia 'entry package'. 
:D

Alhamdulillah..masih lagi dapat berpuasa.
Masa-masa nie perut sedang meningkat naik, sedikit demi sedikit, 
hidup pun berjalan lancar..dah tak da rasa mual², selesa sikit dah.
Tapi kerja di ofis pulak makin bertambah²..nasib semua berjalan lancar..syukur...
time² puasa nie laa banyak nak kena handle training..haiyak!
Dan kerja² di rumah pun encik abang ada tolong² juga hihi..terima kasih abang ;)

Minggu 17 hari tue check up kali ketiga kat klinik desa Selayang Baru.
Time nie dapat masuk bilik jumpa doktor dan scan.
Tapi yang tak berapa bestnyer..suami tak dapat tengok sekali..doktor tue jee macam syok sendiri tengok baby kita..sebab kita pun tak nampak sangat screen dia..disebabkan screen tue menghala ke doktor tue jee..
First time jumpa doktor perempuan kat sini, 
sebab sebelum nie first datang tengok doktor lelaki indian, pastue tuka doktor lelaki chinese..doktor perempuan nie tak ramah sangat, kita tanya..dia jawab sepatah² tapi, 
muka dia tak sombong..jadi biasa² jee lah.


Minggu 20
Minggu nie minggu last kita puasa..
Yeayyy!
Pejam celik pejam celik sekejap jee dah nak raya...

Raya tahun nie kome raya kat mana?
Haaa..teman, tahun lepas turn raya side teman.
Jadi tahun nie turn suami ler pulaa..
Rasa tak sabar sangat nak balik kampung bawa baby techik dalam nie bejalan kampung hehe 
^_^

Selamat Hari Raya!


Okay, sila cuci mata dengan menu² dia.. :p









Nota kaki
• Check-up 03/07/2014
• Week 16+
• Berat : 67.6kg

• berat baby : 168g
• panjang baby :14.7cm

Monday, August 11, 2014

Diari Hamil Ku : Minggu 23 ~ 3rd scan & Pureen Clearance Stock.

Assalamualaikum Semua.

Minggu nie da masuk minggu ke 23 dah baby dalam perut mummy nie..
Mummy doakan baby sihat dan bahagia kat dalam tue.
:)

7haribulan hari tue macam biasalah rutin bulanan sekarang nie kita pergi check-up.
Sesudah selesai dengan jayanya nasi lemak jiran sebelah ke dalam perut, beberapa minit sebelum pukul 7:30 pagi kami ke klinik desa Selayang Baru.
Seperti biasa, pepagi..of course laa dah ramai..tapi hari tue lah paling sekejap aku berada dalam klinik tue.
Sampai² tunggu nombor..dapat nombar, pergi toilet..timbang berat dan dduk dikerusi balik sambil tersengguk² menunggu nombor.
Haa cakap pasal berat nie..ai raya² nie naik pulak dia. haha puasa hari tue 67, raya nie da 69. kikiki.
Bila nombor da dipanggil dalam 4orang dihadapan, jumpa nurse muda..dia buat ultrasound check jantung baby tapi tak jumpa² baby nyorok ke? hehe. Nurse veteren plak try, sekejap je dah dengar jantung dia..kemudian amek blood pressure, amek darah kat hujung jari...
Ha dah siap!
*ai sekejap*
Dalam hati bertanya "eyh. tak jumpa doktor ke? kata dia doktor ada setiap khamis.."

Jadi ingatkan adalah adegan scan mengescan baby nie..tapi tak de.
Jadi daddy decide kita buat scan biasa kat Klinik Dahlia je la balik kerja nanti.
Haaa daday yang excited okay.
Aku okay kan aje..

Hasil scan petang tue..
TARAAAAA!

Time nie baby betul² tengok kami..
Doktor kata "owhh dia tahu mummy daddy dia nak teropong dia..dia pun pusing tengok kita betul² depan skrin nie"
Ya Allah perasaan time nie bercampur baur..sebak pun ada.
Doctor Ayu pun da beritahu gender baby, terkezut kami..
tapi kami tak nak sahkan lagi..tunggu nak buat scan 3D/4D baru laa nak sah beli baju color biru ke pink.
hehe.

23 weeks,
Membesarlah dengan sihat dan sempurna wahai anak..
Much Love, mummy daddy.

Hah tertinggal satu cerita,
Minggu lepas google pasal baby expo.
So da save the date untuk baby expo akhir tahun nie.
Yang paling dekat date nyer 16 - 17 August 2014 "Pureen Stock Clearance Promotion"
dekat Gleanmarie, Shah Alam.
Semalam daddy balik kerja awal sikit, alang² kat rumah shah alam nie..amek lah kesempatan ke situ dengan niat nak usha² jee haha.
Tapi disebabkan harga baju baby serendah rm3..kami pun rembatlah. apa lagi..haha!
Waktu kami pegi tue around 3-3:30 petang..memang waktu paling afdal pegi sebab ramai tapi tak ramai sangat..sebab dengar cerita yang pagi nyer nak masuk kena beratoq panjang...
Aihhh tak lalu laa..memang nama dia lalu dan pandang saje lah.
Waktu kami pergi nie memang bole laa selit² lagi.
Alhamdulillah ada sedikit hasilnya.. :D