Monday, December 1, 2014

Dairi Hamil Ku : Minggu 39 - 40 ~ The day!

Assalamualaikum semua..

Untuk awal minggu ke-39 nie, ai pergi kerja macam biasa..memula plan nak start cuti 1hb, tapi rasa macam okay lagi untuk pergi keja..ingat lepas appoinment dengan Dr. Roslan rabu, 3hb nie baru dikir pasal cuti. Suami pula minggu nie adalah second week of his EV training kat office.

1 Dec 2014
Pagi 1hb mandi sebelum bersiap siap nak pergi kerja..macam ada tanda sudah keluar.
Tapi ai masih tak sakit..actually ahad (semalamnya) ada cecair like keputihan sudah menunjukkan rupa, tapi rasa macam eyh tanda untuk bagi hint hint nieee..tapi tak gelabah lagi laa. Pergi kerja as usual.
Petang kat office, call mak..tanya apa itu..mak kata tue 'kembar air'..
Mak pun berkata "kot tanda tue kak, hati hati yea..tapi kamo tak sakit lagi kan". Aah. Memang tak sakit lagi pun..

2 Dec 2014
Seperti biasa bangun pagi bersiap sambil bersedia dengan apa yang nak datang..tapi tiada apa apa..cuma bila sampai office kat pantyliner ada tanda dot dot coklat..
Dengan rasa tenang, whatsapp ke cik abang beritahu..dan beliau pun minta roger segera sekiranya ada apa apa..*eyh dia plak gelabah* Ai pula jadi macam ntah seram sejuk pun ada..walau tak sakit lagi..terus naik atas jumpa dengan ain. Sembang dengan ain, ain kata "balik jie pergi chcek mar!" Haha aku dengan selamba ketawa..padahal dalam hati da gelabah. Aku pun fikir fikir nak tunggu check up esok..

3 Dec 2014
Hari nie ai memang plan untuk menghabiskan AL aku tahun nie. Dah tinggal sehari kottt belasah jee lah pas nie dah cuti bersalin dah.
Bersiap pagi tue dengan keadaan tenang tanpa ada sebarang tanda tanda.
First, pergi klinik desa selayang baru dulu sebab last week tak pergi, takut rekod tercicir..so kita pergi lah.
Lepas nurse situ check, tanya ada tanda tanda keluar tak..aku pun berceritalah..terus dia kata "kak, kenapa tak pegi terus ke hospital.?" Aku dengan selamber jawab "lepas nie nak pegi sebab hari nie ada appoinment..datang sini dulu sebab takut rekod cicir." Nurse terus senyum. Hahaha. Sebab aku tak sakit lagi bole ler aku senyum lagi..hihihi.
Lepas keluar dari klinik, aku n suami terus ke hospital selayang...

Sesampainya ke hospital, Alhamdulillah senang pula dapat parking..
Terus ke kaunter tanya akak kaunter tue cerita pasal tanda tanda. Dia kata "dik, awak terus ke dewan bersalin, kalau tak akak sendiri yang tolak awak dengan wheel chair ke sana"
Time check nie dah 1cm dah buka. 

4 Dec 2014
Ketika bersiap mandi ada sesuatu tanda yang agak mengelabahkan perasaan si isteri dan suami..pabila ada cecair seperti darah di lantai toilet. Apa lagi terus menjerit panggil si suami yang mamai mamai dari tidurnya..terus bulat mata beliau. Muka agak gelabah..pegang bahu ku untuk menenangkan hati kedua dua belah pihak dan berkata "sayang mandi dulu..siap siap kita terus gi hospital ya".

Selesai check, nurse beritahu perkara yg sama. masih 2cm dan puan balik dulu..
Aku pun balik, rehat2..makan2.
Ayah, Mak dan adik da on the way nak stay kat rumah malam tue..
Malam tue masih bole ke kedai makan lagi..walau contraction 10min:2x..

Tido malam tue macam takut2. Haha. Tapi sempat sembang dengan suami kalau sakit 10min,2kali..tak nak g hospital lagi sebab nanti kena selup free je..tak nak lah. Haha.

5 Dec 2014
Masih ku ingat malam tue..memula tido time contraction tue aku sedar then amek jam utk kira..dah lelama aku pun mengantok tak tahu jam dah ke mana..dekat pukul3, sakit ku makin menjadi..sampai posisi tido pun da dia bahu suami..setiap kali sakit akan ku gengam tangan suami dan sambung tido balik dek kerana mengantok sangat..kesian si suami..aku rasa macam tengah ganggu tido dia..tapi apakan daya, dia rasa tangan kena gengam terus tersedar..sampailah tepat pukul5 pagi..dia sedar sakit aku dah makin kerap..dan aku dikejarkan ke hospital bersama mak dan adik.
5:15am sampai kat hospital, adik amek wheel chair, dan aku terus dikejarkan ke wad bersalin dibawa oleh mak guard yg laju giler bawak aku ke tingkat5 tue.
Aku diperiksa..tak ramai, aku sorang jee yang aku perasan. Lepas check semua, medical officer (mo) ada beritahu utk admitkan aku..bukaan masa tue dah 3cm. Aku dah tak tahu waktu tue pukul berapa tapi da cerah..adik lelaki aku pun tak tahu macam mana boleh lepas naik atas. Setahu aku hanya ibu dan suami je bole naik waktu tue.

Dalam blik, pkul8am macam tue dr.Roslan masuk utk check..time tue dah 4cm kata dia dan dia ada beritahu kalau nak ubat tahan sakit bagitahu nurse..aku pun terus kata ya. Memula aku takut sebab takut ubat apa pulaa..tapi bila dia dah explain baru aku tahu..aku terus kata YA! Sebab aku dah tak cukup tido malam td..haha. So dapatlah kena inject..
Lepas inject memang aku mamai habis. Memang tido lah kau. Tapi setiap kali sakit..standby tangan suami disebelah yea..utk gengam dan sambung tido semula :p
Aku memang tak ingat apa dah. Yang aku tahu mak kejut bangun pun aku mamai mamai dan ambil masa utk bangun..
Mak suh makan..aku pun makan dengan tak berapa nak berselera sangat. Kemudian aku exercise berjalan dalam bilik sbb nurse suggest utk berjalan jalan..tapi aku berjalan dalam bilik jee.

Sampai pukul8pm dr.Roslan masuk lagi untuk check..kata dia bukaan masih 4cm..dia ada advise utk czer sbb aku dha menahan sakit dah lama..bacaan contraction aku pun memang patut dah bersalin..dia beritahu kami, 1) Setiap kali kontraksi berlaku..kepala bayi akan ke ruang tempat keluarnya, jadi takut effect kepala baby. 2) Bila kontraksi berlaku, darah tak pergi ke baby..
Jadi kami kata kami bincang dulu..dan kami decide utk czer.. dr.Roslan pun okay dan dia beritahu kita operate malam ini juga.. Kami terpana dan dalam kepala berfikir perkara yang sama utk masuk dewan bedah selepas pukul12 tgh malam. Dr.Roslan pun ketawa kecil dan beritahu kalau tak sibuk dan tak de kes kecemasan bole kott haha. *bole main request request plak yea*

6 Dec 2014
Tepat jam 12:12am kedengaran tangisan bayi. Subhanallah! Sebak dada, bertakung airmata. Baby diletakkan di dada..bulat mata dia, tak nanges pun.. Lepas keluar dari OT,
nurse panggil suami dan mak. Tapi baby ada kat nurse utk inject baby..walau dlm bilik tp dengar dia menangis.
 *kita cam suara nanges dia sama masa keluar dari perut td* 
Bagitahu suami, bole dia kata "iye ke?" *muka teruja*
Dah selesai semua terus ditolak ke ward.

Assalamualaikum..welcome to the world sayang..

Malam tue masing masing kepenatan..daddy lagi laa tak tido satu hari satu malam. Hehe. Mami dapat jugak tido siang tu duk ubat tahan sakit yg 'giler high' tue =D

Alhamdulillah Syukur selamat semuanya.
Inilah pengalaman pertama kami melahirkan anak pertama..
Anak pertama, tiada pengalaman. Pabila bertanya bersembang dengan makcik-makcik, kak-kak, kengkawan yg dah merasainya..memasing dengan cara masing2. Pabila bertanya akan kesakitan kontraksi tue pun tak sama dan tak dapat nak bayangkan kesakitan tue. Ada yg sakit, ada yg tak sakit..tahu2 dah buka cm..mudahnya ya Allah. Ada yg sakit, bila sampai time baby dah boleh keluar, da tak sakit..
Jadi kata senangnya "kita redah jelah dengan tenang" In Shaa Allah dipermudahkan urusan kita dan Allah ada dengan kita. 
P/s : dah lama sangat entry nie simpan dalam draft, hari nie baru dapat publish. Hee :D

No comments:

Post a Comment