Assalamualaikum w.b.t
Hye kawan².!
Untuk entry kali nie..saya sekadar nak share pengalaman dan berkongsi ilmu
untuk bakal² pengantin lelaki & perempuan yang bermastautin atau duduk di negeri Selangor.
Harus di ingatkan yea kawan², buat perkara² di bawah ini TIGA bulan sebelum tarikh nikah awak² yea :)
Haaaaaaa apa yang perlu anda lakukan dahulu..?
1. Perlulah anda & pasangan atau tunang anda hadir ke Kursus Pra-Perkahwinan atau short form nyer
kursus kawen :)
2. Anda & pasangan anda perlulah ke klinik kerajaan untuk lakukan HIV test.
Peringatan :
i - Anda perlulah call klinik yg ingin anda pergi. Ini adalah kerana ada sesetengah klinik yang perlu anda
buat appoinment dahulu dan ada yang bole datang walk-in, tapi rasanyer pegi pepagi untuk beratur dan
tolong buka pintu klinik tue pun tak mengapa kottt..hehehe tiru macam saya.! =D bukan apa..klinik
kerajaan nie selalunya ramai sangat orang.
ii - Selalunya hiv test nie buka pada hari weekdays sahaja, weekend takde rasanye, apa² pun call dulu yea
sebelum pergi..nanti sia² cuti yang korang amek untuk satu hari tue..sekiranya da settle hiv test nie..balik
dari klinik, bole g buat kad kawen..heheee -tiru macam saya.! ahaha)
iii - HIV test nie dia ada expired date taw.! Kawan² sebaik²nya buat sebelum 3 bulan sebelum tarikh nikah.
Disini saya sertakan senarai klinik² yang bole kawan² pergi untuk buat hiv test nie. Harap² dapat membantu
yea. :)
3. Seterusnya bole laa kawan² proceed dengan pergi ke website JAIS
Disini ada langkah² yang perlu kawan² buat untuk log-in atau register untuk pertama kali. Click disini :)
- Panduan Prosedur Nikah bagi LELAKI -
Langkah 1 : Perlu daftar seperti di atas. Dan click pada borang 2A dan/atau Borang 1, isi segala butiran
dan maklumat yang di perlukan.
dan maklumat yang di perlukan.
Langkah 2 : Print borang 2A (Permohonan Nikah LELAKI) dan sekiranya anda duduk di Selangor,
tetapi alamat di IC anda bukan beralamat di Selangor, dan perlu mengisi Borang 1 (AkuanPermastautin. *tetapi sekiranya alamat IC da Selangor, da tak perlu isi yea.
Langkah 3 : Sesudah kawan² print borang² nie.. JANGAN berbuat apa² KECUALI stapler kan setiap
borang dan lampir/attach kan sekali document² yg diperlukan seperti disini
Langkah 4 : Anda perlu berjumpa Jurunikah atau Penolong Pendaftar Nikah (PPN) BERSAMA 2 orang
saksi di kariah/masjid berhampiran rumah anda untuk membuat pengesahan segala documentyang di perlukan sebelum dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) masing².
* DI INGATKAN bahawa anda sebagai pemohon, dan 2 saksi WAJIB menurunkan sign atau
tanda tangan di HADAPAN PPN SAHAJA. Jangan lepas print, terus sign yekkk :D
Langkah 5 : Setelah mendapat pengesahan, anda bole lah hantar borang 2A dan borang 1 ke PAID dan
beserta rm10 untuk process permohonan anda. Process ini bole diselesaikan dalam beberapajam sahaja depend the current situation kat pejabat agama tue. Kemudian, anda akan menerima
borang 3A (Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor Lelaki) ATAU borang 3B
(Kebenaran Berkahwin Luar Negeri Selangor) bagi pemohon yang akan berkahwin luar
Selangor.
Langkah 6 : Dan langkah terakhir, anda perlulah buat 1 copy dan beri kepada bakal isteri anda untuk dia
pula proceed permohonan dia pula :)
PERINGATAN : Lelaki perlu buat borang akuan bujang yea! Minta orang HR kat office anda buatkan satu dan sebaiknya buat copy 1 atau 2 (ini untuk lelaki bujang yang akan berkahwin buat kali pertama yea)
SUMMARY untuk Permohonan Lelaki
- Panduan Prosedur Nikah bagi PEREMPUAN-
Langkah 1 : Sama juga awak² semua perlu register & log in. Kemudian, click borang 2C (Permohonan
Nikah Perempuan), isi segala maklumat di ruangan petak kosong tue. Seterusnya print dan ia
akan keluarga dalam format pdf taw.. jangan terkejut kadang ada yg senget tak masuk ruangan
dia..tak tahulah kenapa..tapi jangan risau yea, biarkan jee :D
Langkah 2 : Seterusnya kawan² perlulah isi borang 2D (borang Perwakilan dan Wakalah Wali) TETAPI
harus di ingatkan bahawa borang 2D harus di isi setelah kawan²selesai mengisi borang 2C.!
Langkah 3 : Kemudian kawan² perlu print kedua² borang ini. (Di ingatkan juga JANGAN sign atau berbuat
apa² pada borang² itu kecuali staplerkan sahaja dan lampirkan/attach kan sekali document² yg
di perlukan seperti disini dan susun mengikut turutan.. Jadi mudahkan ustaz/PPN kita tue check
satu per satu document yg perlu dilampirkan.
Langkah 4 : Anda perlu berjumpa Jurunikah atau Penolong Pendaftar Nikah (PPN) BERSAMA 2 orang
saksi di kariah/masjid berhampiran rumah awak DAN menurunkan tanda tangan/sign dihadapan PPN itu sahaja yea..(sama macam process lelaki untuk langkah nie)
* DI INGATKAN bahawa selepas pemohon(kita), wali dan 2 orang saksi da sign kat borang
2C tue.. kita perlu susun step by step document² yg perlu di lampirkan sekali seperti di
Langkah 5 : Seterusnya pemohon atau wali iaitu bapa kandung bole bawa borang 2C dan 2D nie ke PAID
yg berdekatan. Bawa sekali rm10 untuk process yea..sama jugak hanta dan awak akan terima
Borang 4C (Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor) ATAU Borang 4D (Kebenaran
Berkahwin Luar Negeri Selangor)
Langkah 6 : Haaaaa da boleh laa nikah.! hahahaa jangan salah faham..maksudnya dari segi LEGAL
DOCUMENT kita semua da settle.! Huurraaaayyy!!!
SUMMARY untuk Permohonan Perempuan
Okay, sampai di sini dahulu untuk entry ini.
Jika ada apa² soalan nak tanya dan sy dapat bantu..sila² jangan malu dan jangan segan yea.
Sampai sini dahulu kawan², nanti apa² akan di update lagi
dan diharapkan entry ini dapat bantu kawan² yg bakal berkahwin tak lama lagi.!
P/s : Masa jumpa ustaz Suhaimi a.k.a PPN di kariah saya tue..dia sangat lah ramah..bila da settle semua dan kami nak pulang, dia sempat lagi ucapkan Tahniah dan Selamat pengantin baru. HAHAHA.!
*dalam hati : lambat lagi usztazzz :D* hehe.
Doakan majlis kami berdua nanti selamat dan berjalan lancar yea kawan²..terima kasih. :)
aiyak..byknya proses..slm knl ;)
ReplyDeleteHye siti, aah ini bdasarkan pengalaman sy :)
ReplyDeleteslm knl juga :D
mari lihat sini http://adorafiq.blogspot.com/2013/03/hot-item-sales-now.html ade yang menarik untuk kamu :)
ReplyDeletenk tanya kalau dh dpt kebenaran nikah. boleh ke tukar tarikh nikah? thanks
ReplyDeleteAwak, sy tak sure pasal hal tuee..ce awak try tanya yg pakar macam ustaz yg sign borang kita sblm hantar ke JAIS tue..tak pun call JAIS tanya..
Delete