Thursday, November 6, 2014

Dairi Hamil Ku : Minggu 32 - 33 ~ Mom & Baby Expo Mid Valley &MaternityPhotoshoot with Hijau Photography.

Minggu 32

Dalam minggu nie banyak menda dapat. hehee.
Set bersalin Spa & Ma, Minyak kelapa dara d'Aura..then hujung minggu berjalan rembat barang kat mom & baby expo mid valley.

Set bersalin spa & ma nie, aku saja usha google.
standard market price is RM299, ada yang bagi free gift or postage include..ada yang tak bagi and add for postage..
Tapi aku ada terjumpa kat website lelong.com RM240 include post.
*pejam celik mata ku, betul ke nie?*
then tengok ada orang review kat blog lagi.
Thanks ya anis, sebab awak membuat saya lebih confident untuk membeli ehe :)
Ada juga aku survey² set bersalin lain. mungkin akan add set NR for loose item kott..

Pada yang usha set bersalin spa & ma berharga rm240 nie sila klik link nie ya.
Siap free shipping for wm & ada free gift lagi taw!
*tue kotak color pink, purple tue..* :D
Lelong.com - Al-Masyuk



Untuk minyak kelapa dara pulak aku beli online kat website nie.
Banyak khasiat mkd nie sebenarnya..bukan untuk ibu mengandung sahaja taw.
untuk kurangkan berat badan, untuk penghadaman yang lebih baik, untuk sihatkan jantung, kuatkan sistem imun, of course untuk sihatkan kulit & rambut, dan hilangkan strech-mark dan macam² lagi.

new price MKD As-Syifa
Haa on weekend nyer plak berjalan lagi ke expo baby kat mid valley.
Abang biasa lah hari sabtu keje halfday, tapi sabtu nie dia ada stock-take pulaa..*huwaaaaaa*
Jadi dia kata mungkin dia balik lewat if ada problem apa²..
So aku pun redha jee laa. Tapi pandai noww dia pujuk..
Macam biasalah plan dua saat dua tue. Tetiba masuk je kete, ayat dia "jom mid?!"
Aku dengan muka sememey nyer pandang dia..dengan dalam otak duk fikir jalan mana yang tak jammed jumaat² nie..aku tak kata ya, kata tak..tapi abang dah gunakan perkhidmatan kawan baik beliau di dalam kete iaitu 'waze'. hehe.
Ai. advance betul..ini betul² nie..sape yg excited pun tak tau..hehee.
*daddy nie excited sangat nie kan..dia yang nak sangat pergi sebenarnya tuee. tak pe daddy, ai know you* :D

Drying Rack RM25
BF storage RM9
Susu Enfamama RM24.40
Dan tengah tue goodies bag yang berisi magie goreng cup, mug, flyers, voucher, 3kotak susu enfagrow yang yummy!
Jadi inilah hasil rembatan yang sempat..sebab saya pukul 9:30pm ada booth yang da tutup..
Bila abang tengok muka kecewa bini dia nie..dia terus cakap "tak pe..esok lepas abang settle kerja, kita datang lagi yea." :) tak perlu kata apa². *ilupyu lah abang*

Esoknya, abang pergi kerja..biasalah kita nie selesaikan hal rumah, kemas barang² baby & mummy..kemas² rumah..iyela kita bukan surirumah sepenuh masa..on weekend sahaja lah penat sikit buat kerja rumah nie..da selesai semua, baru pi mandi. ehe.
Kemudian, ke dapur pula siap² untuk makan tengah hari.
sementara tunggu kepulangan suami tue..kita baring² tengok tv..tetiba bunyi engin kereta.
Aku pun caya tak caya jee..terus melompat buka pintu. haha.
Buka², si suami pun nak tutup pintu kete and say "Supriseeee!"
Aku sipu² sambil tertanya² *apa yang terjadi nie.? betul ke? dah laa balik sharp, awal dari biasa..* haha.
Aku tanya "berg, kenapa balik awal nie? da settle ke stock take?"
Dia senyum²..aku dengan rasa tak puas hati pun ada siap ugut, tak bagi masuk umah selagi tak bagitahu. hahaha. Then barulah dia cerita..kerja dah siap, tanya colleague sorang tue dia nak pergi baby expo..dia bagi balik. hahaha. syok betul kan.
Terus solat, siap² terus..haaa nampak tak excited dia.
Masak pun tak sempat sebab dia tak inform pun nak balik..kita pun apa lagi goyang kaki lah. hehe.
v
Dan ini hasil rembatan untuk hari kedua..

Baby shower tue 2 botol RM22, so each jatuh RM11.
Baby wipes (L) orange, RM10 (S) blue, RM4.
Liquid cleanser sekali refill RM28.
Yang botol, kotak kechik & baby wipes xs size tue adalah free gift :)
Goodies bag tue register atas nama suami pula, tue dapat lagi tue hehe.
*katanya susu enfagrow kotak tue sedap. lagi lagi kalau dapat free*
Nursing bra tue yang kuning RM20, but if u buy 2..RM38.
yang pink tue RM15, buy 2..RM28.
disposable panties tue RM5 saje..

Okay ini aktiviti hari keesokkan nye..
Basuh baju baby..sampai tak cukup hanger nyerr...
Lupa mau snap, kita pakai gambar ehsan dari google je yea.
Purren kiddi wash. Sannngggaaaatttt lah wangi bau dia.
Nak cium² saje bau baju tue. setiap kali lipat mesti nak bau. hah addicted bau sabun *tepuk dahi*

Ai beli detergent nie kat pasaraya Manjaku, 2L worth RM19.90.
Minggu 33

Minggu nie berjalan lancar..
sebab minggu nie ada cuti di pertengahan mingu. hihihi.
Esoknya, masuk ofis lewat sikit sebab check-up kat klinik desa.
Dapat jumpa doktor hari tue.
Doktor teropong baby kita..masa nie berat baby katanya 1.9kg dah. hehe. naik 0.1 jee dari last 2 weeks.

On weekend nyer, kami balik shah alam.
Heaven giler duk rumah, bole request apa saje mau makan.
Mak beli ketam, masak sup..yumm yumm!
letak sambal kicap sikit..mak ai menari² baby dalam perut haha. senang hati.

Sabtu pagi nya, kami ke Taman Saujana Hijau, persint 11, Putrajaya.
Ku bawa sekali mak ayah. hehe.
Pepagi dah exercise naik bukit.

Seperti biasa, photographer yang sama iaitu Hijau Photography.
bersama Yuchi.
Di make-over eyh! di make-up kan oleh Fes Anggun bridal.
Slot kami pagi..chantek view taman tue waktu pagi..tapi nak masuk ke tengah hari makin ramai orang datang untuk graduation photography, yang datang dengan kawan² captured moment beramai².
Ramai jugak orang walau panas² cuaca sekarang nie..
tapi pepagi pun ramai yang datang for exercise, tua muda, kanak² pun ada..
Ai yang bunyung ni idok lerr berjalan jejauh..naik bukit pun da semput hihi.
Time nie Hijauphotography ada buat promo October.
By depo RM100 untuk book, total price RM250 include make-up okay.
Haaa macam tak percaya kan.
tapi mamat hijau nie dia buat. ;D
Thanks Yuchi & Fateha.
;)


Hari ahad nyer..sebelum balik Selayang, suami excited nak singgah Baby Outlet kat Sunway.
Area² kawasan perindustrian sebelah sunway pyramid tue.
Diorang ada buat warehouse sale luar outlet.
Tapi barang dalam outlet pun harga murah berbanding luar..stroller pun berlambak.
quinny pun ada tapi yg latest tak ada sampai zapp je ada.
*time ai pergi hari tue laa, tak taw kalau diorang da tambah stock*
more info, google ya.


Nota kaki
• Mom & Baby Expo at IDCC, Shah Alam next week!
• Next appointment with Dr. Roslan 5 Nov.
• Appointment klinik desa 13 Nov.

No comments:

Post a Comment