Monday, April 14, 2014

My First time, Moment to Remember ♥



Syukur ke Hadrat Illahi...

Tiada kata yg terucap, 
cuma ucapan syukur, syukur, syukur yg teramat, 
sebak di dada..

• 10 April, Khamis.
Tersedar dari tidur pukul 3:39am dek kerana nak ke toilet..
setelah dari itu dah tak bole nak pejam mata nie memikirkan sesuatu.
Ku memandang wajah suami yg sedang nyeyak tidurnya, tapi tak berbunyi dengkurnya *hehe*
Cuba melelapkan mata tak boleh² juga sampai alarm fone bunyi.
Tiada rasa untuk menggeliat, segar bangun dari katil..dan terus capai towel.
Dan tak lupa juga mencapai sesuatu yg telah ku dan suami ku beli petang semalam di farmasi.
-
--
---

Setelah selesai urusan di toilet,
aku pun apa lagi memulakan ujikaji.
*eyh. rasa last buat ujikaji dlm kelas sains sekolah menengah dulu. haha bole plak teringat*

Berdebar² menunggu result test tue.
Selang beberapa second nak ke seminit, result pun da keluar depan mata.
Dalam hati, "Eyh. betul ke nie?"
*gosok mata*
"betul nie.."
Terus ke bilik kejutkan suami..
dia pun excited, rupanya dia pun da tersedar.
sekali panggil je da bangun. 
*tak pernah sebelum nie haha*

Mar : Berg, tengok nie...

Berg : hah. iye ke nie? *terus dia cium dahi aku..peluk aku*
Mar : *angguk kepala* dalam hati da sebak.
Berg : tak pe lepas keje hari nie kita beli brand lain.
Mar : *hah aku pun teringat lah brand clearblue yg digital tue* Okay! :D

Pas tue aku terus laa pegi mandi.

Pergi kerja hari nie berbunga² je hati.
Macam tak sangka, macam tak percaya..
 Tapi semua kerja Tuhan.
Pada 11 month anniversary nie, kami dapat berita baik.
Syukurnya Ya Allah..
*baru plan nak g honeymoon lagi sekali..hehe.*

• 11 April, Jumaat.
Okay pagi hari nie bangun macam biasa, ngam² alarm bunyi.
rasa macam tak cukup tidur lagi tapi disebabkan nak test punya pasal..ku tak fikir ngantox dah.
Tapi pagi nie da janji dengan suami nak ujikaji and tengok result sekali..
jadi aku kejut lah dia.

Guna 'dia' nie perasaan debar² tue lagi tinggi 
percentage dia..sebab lama gilersss, dalam 10minit jugak.

Okay memula 'dia' akan kuar result 'pregnant' or 'not pregnant'
lepas tue 3min macam tue baru kua bape minggu..
So result ujukaji kami pada pagi itu :



Kami pun decide nak ke klinik jumpa doctor untuk tahu accurate result.

Petang lepas balik kerja, kami ke Klinik Famili Dahlia kat banda baru selayang.
Nurse dia okay..baik, lembut je..
dia amek details semua dan bertahu kandungan da 5 weeks dan tarikh due *#@%&!$
Aku dan berg dalam hati 
*owh tahun ini juga*
In Shaa Allah hujung tahun baby ku lahir nanti.
Then nurse ada tanya ada rasa nak kencing tak?
aku macam blur, rasa tadi kat ofis banyak kali ku repeat ke toilet 
*biasa inilah symptom dia*
pas tue dia kata dia bagi air suh minum untuk scan lepas nie dia panggil masuk balik.

Mardhiah! nurse tue panggil. ai tetibe debor pulak. hihi.
first time kan nak kena scan scan nie..
nurse suruh baring..pas tue doctor pun datang..
Alahaii doktor cechomel jee macam adik² mudanya..
tapi still nampak mature dia.
Dia scan.
Dia mencari² tapi tak jumpa..masih kecil lagi katanya.
Dan dia bagi sedikit advice..dan aku pun banyak jugak tanya..
iye lah anak pertama =)
Dan dia bagi date untuk next appointment pada minggu ke 8 nanti In Shaa Allah..

Semoga dipermudahkan segala urusan anak pertama kami ini dan selamat semuanya..
Amin amin ya rabbal alamin~



1 comment:

  1. yeayy haaa kan kite da cakap jadinya makanya mimpi kite jadi kenyataan heyyy welcome marbeberg junior ...

    ReplyDelete