Monday, April 28, 2014

Dairi Hamil ku : Minggu 1 - 7 ~ Symptom² dikenalpasti.


Alhamdulillah Syukur ke hadrat illahi
Akhirnya aku pregnant pada usia perkahwinan ngam² sebelas bulan.
So inilah hadiah anniversary kami yg paling palingg palinggg....
Ya Allah no words can describe our feeling.

Sebenarnya kami plan nak pi honeymoon sekali lagi on this may.
Iye laa nak celebrate first anniversary laa kata kann...
Tapi plan macam nak jadi, macam tak jadi...
Disebabkan kebizian encik suami, cuti da approved tapi dalam standby mode.
Haish! ten-si-on betul.
Tapi plan kami pun tak tahu nak kemana lagi..
haaa nampak takk nampak takkk..
Cuti da approved, tapi kenapa plan kali nie macam tak menjadi nie..
Kami memanglah suka plan dua saat...
Tapi tak tahu kenapa macam something wrong jee plan kali nie.

Minggu 1 - Minggu 4
Ingat lagi pada suatu weekend nie,
ktorg ber'midnight' movie..sebab dah lama tak melepak malam.
Walhal aku tahu dia half-day keje hari sabtu.
aku saje jee cuba nasib, tapi dia ikutkan ajee.
aku apa lagi hati berbunga² lah.
Tapi malam tue sebelum bermovie, ktorg lepak tgk gelagat manusia kat depan curve tue..
lama² sembang punya sembang, tetiba cik abang kat sebelah senyap.
Aku plak ter'touching' habis. Terus moody. hahah! *symptom*
Bayangkan malam tue kami bermovie apa eyh? Haa Need For Speed.
Sampai ke habis cite, sampai masuk kete nak balik rumah, sampai ke rumah, sampai nak tido haha.
*gado² manjalah sangat!*
Aku tak tahu asal mood aku masa tue. Selalunya aku nie berjenis skit.
aku faham situasi dia..
Tapi kali nie jadi tak berjenis pulak haha.
Siap menangis teruk lagi. haish! langsung tak paham.
Imagine, aku merajuk paling lama sepanjang kenal dia.
aku berkurung dalam bilik, sampai pukul 3 petang macam tue..
aku bukak pintu bilik sebab nak ke toilet, pastu lupa nak tutup.
Apa lagi, masuk lah si suami..sesi pujuk memujuk pun bermula. haha!
Bila ingat² balik memang kelakar giler..dia pujuk kejap jee aku bole gelak.
Walhal aku merajuk panjang dah niee..apa ayat ntah dia pakai aku pun dah tak ingat haha.
Terus elok.
Memula aku takde lah perasan apa..tapi bila time² dah nak dekat tarikh period, aku da mula perasan.
Tapi dua bulan sebelum nie (feb & mac) period aku lewat 5 hari on the dot, hari ke 5 jee dah 'tiba'.

Tapi kali nie, aku macam rasa semacam jee..
Dalam masa selepas merajuk tue..aku adalah teringin nak makan..tapi tak tahu nak makan apa. haha.*symptom*
Tapi satu hari tue aku mintak nak makan satay, dia pun nak jugak.
tapi aku mintak satay perut kat Satay Station.
Hari tue, kami beli satay di dua tempat hokay. .
Satay ayam dengan kambing kat kedai Wak, aku biar kan jee..janji aku dapat satay perut tue.
Pastue ktorg lalu kat depan Satay Station tue kedai dia dah tutupppp...
Aku pun macam nak moody lagi haha.
Tapi cik abg pun pandai ayat dia.."tak pe yang..kita pegi samuri kat selayang mall okay?"
Haa aku pun terus senyum balik lah.
Bila sampai selayang mall, tetiba dia kata "kita makan kat sini jee lah"
Eyh. aku pun tak fikir n malas nak banyak tanya..Okay kan aje.
Haii Alhamdulillah dapatlah kami makan.
Balik tue makan pula satay Wak td tue..tapi aku tak nak sentuh satay kambing. hah pelik di situ.
sebab aku bukan lah yang tak makan daging kambing. 

Kat ofis pula,  hari dalam sejarah. Aku tertido kat meja tengah hari sebelum lunch time,
team-mate aku bole pergi record aku berdengkur..*symptom*
hish! kurengg sungguh perangai tuee. *malu weyhh!*
Tapi time nie aku memang rasa cepat penat..mengantox tue jangan katalah nak tido dan dan tue jugak.

Minggu ke 5
Minggu nie sepatutnya minggu aku akan kedatangan 
Minggu nie aku masih tak tahu yang aku yang aku dah pregnant.
Tapi sakit macam senggugut light² sikit..cuma miss'B' aku sakit gilersss
Aku biasalah jugak sakit tang tue seminggu sebelum period tue dari zaman bujang lagi..
tapi kali nie lain macam..aku tak endahkan sebab tak nak berharap.
Bak kata kakak kat ofis aku nie 'tak paa buat biasa biasa jaa'
Sampailah hari ke lima sepatutnya ia datang, tapi sampai ke malam tak datang².
Esok petang lepas balik dari ofis, ajak suami pergi farmasi cari upt tue.

Minggu ke 6 - Minggu ke 7
Selepas dah disahkan, aku lalui hari² ku macam biasa..
Perasaan tue sangat lah bahagia..
No morning sickness, afternoon, evening, even night sickness, tapi aku kerap loya².
Macam percaya tak percaya jee..sebab tak de tanda² nie.
Alhamdulillah..tapi sekarang nie pun jalan pun da semput²..macam mana lah kalau dah 5-6 bulan nanti *tepuk dahi* 
3 May nie ada appointment nak pegi scan for 2 month.
Actually minggu nie kami plan nak pegi honeymoon tue..
tapi memang dah confirm batal hasrat dek kerana tak nak travel jejauh.. 
Trip nak ke Kelantan pun harus dibatal sebab ayah tak bagi travel jauh²..
Tapi tak pelah. Janji tak de apa² yang buruk berlaku.
*Ya Allah mintak dijauhkan...Aminnnn* 

Okay sangat excited nak pergi buat buku Pink kat klinik dan scan.
Harap² semua berjalan lancar.. ;)

Nota kaki
• First check-up 11/04/2014
• Week 5w4d
• Berat : 65.0kg

No comments:

Post a Comment