Wednesday, May 14, 2014

Dairi Hamil ku : Minggu 8 - 9 ~ Ist Anniversary at JB & My first buku Pink!

Assalamualaikum.
Hye hye hye.
Alhamdulillah da masuk minggu yg ke 9 dah..

Dalam minggu ke-8 nie aktiviti yang tak disangka adalah trip ke johor bahru!
Haaa nie kira advanced first anniversary lah nie.
Macam biasa, kitaorg memang suka plan 2 saat nie.
Mana taknya tetiba boss berg suh selesaikan hal kastam untuk kereta ev dari singapore nak masuk sini dalam masa beberapa hari!
Hish. Aku memang sangat tak berpuas hati pada mulanya..tapi dah kerja..haruslah redhakann...moga ada hikmah yang baik lepas nie lagipun dapat pengalaman baru iye tak.?
Plus, kami pun bole jugak berjalan jalan. Hee =)


Perjalanan ke sana amek masa 3jam lebih..nasib bawak koleos, kalau megane rasanya 2jam da sampai kot haha tapi berg tak nak sebab kita ada 'orang baru' untuk bawa bersama that why he choose anak gajah a.k.a koleos nie.
Sesampai kat sana, terus ke Kempas jumpa dengan carrier yang akan amek kereta ev tue. Then baru kami ke Danga Bay. Cari hotel..mostly byk hotel da fully booked. Mujur ada satu hari tue..boleh la dari kena tidur dalam anak gajah tue..


Malam tue kami makan dekat jalan tun abdul razak. Nama kedai dia.. Restoran Masakan ala Thai dekat sangat dengan hotel Orange Inn. Sedap! Walaupun tomyam dia tomyam putih tapi sedap!
*aku nie darah patani, tomyam putih selalunya aku tak layan*
Aku order nasi paprik. Selalunya paprik color merahkan..tapi paprik nie color hijau, tapi sedap. 
Semenjak aku pregnant nie selera makan aku memang aku tak faham..benda yang selalu aku makan, dah tak jadi favorite lagi dah..bila aku teringat makanan tue mesti kembang tekak. Mulalah loya tue datang.

Esoknya, sebelum apa apa kami breakfast kat kedai nie tapi ia sebenarnya rumah lot tepi sekali.
Agak famous sebab aku duk google 'tempat makan pagi di jb' mesti ada kuar kedai nie..ramai juga blogger review. Terjumpa pulak dengan Rina Salleh n family..sempat senyum jee kat dia. 
Ramai juga orang datang. Yang famous mee wantan kering. Sedap weyh!
Nama kedai dia Serambi Uda. More review kat sini 

Okay seterusnya kita ke City Square mall. 
Haa saja nak berjalan..sebab tak plan, pagi tue lepas solat subuh baru google shopping mall yang ada wayang.
Ceritanya bukanlah spiderman-2 yea. 
Hahaa kamilaah orang last yang tengok Brick Mansion. 
Dalam hall tue ada sorang ah-so dan 3 couple lain.
Lepas habis cerita, kami masuk MPH. Tengok apa yang kita dapat. :D


Puas dah mph kat sini kami masuk sebelum nie cari buku buku nie tapi tak jumpa..kat JB jugak jumpanya.
Lepas jumpa buku nie kami ke directory machine tue. 
Hah amek ko selalu bab mall mall nie aku dah tahu dah mana kedai tue..kedai nie. 
Tapi kalau dah tempat orang..machine nie sangatlah berguna. 
Nak makan jee pun tapi sebab tak tahu nak pelahap apa..tapi baby hari hari mintak nasi. 
So, kita masuk chicken rice shop lah.
En. Suami pulak bukan setakat berjalan sahaja yea..kang sat sat boss nie call, sat sat orang nie call, sat sat orang tue call. Tensi aku.! 
Tapi iye lah aku faham, kami ke sini sebab kerja..ini pun sebab sabtu diorang cuti. Esok, ahad diorang kerja.

Keluar dari mall, gile ko parking fee. RM3 per hour. Haha. Lama kott kami dalam mall. Redha je lah. Kalau naik train kang sesat pulak.
Elok elok je kua, hujan ya ampun lebat! 


Dah hujan plan nak lepak tepi pantai pun dah kemana...jadi kami pun balik hotel.


Sampai bilik selesai solat semua, budget nak lena kejap kat peha suami 
sementara dia prepare document untuk esok, 
tapi aku bantai tido..penat sangat gamaknyer 
sampai bangun bangun tengok da kena transfer ke bantal hahaha. 
*kebas kakinya barang kali kikiki*
Bangun, siap2 mandi solat semua kita keluar cari makan. 
Okay part nie aku memang sedih. Review bukan main lagi kata makanan dia sedap..boleh kata most of blogger diorang review pasal restoran nie. 
Ramai juga yang lepak sini. Ntah lah mungkin citarasa kita berbeza kottt tapi berg pun kata tak sedap.
Restoran nie betul betul berdepan jalan skudai area danga bay nie. Nama dia alahai macam tak sedap jee nak sebut. Clue tue cukup lah. Tomyam dia pekat, nasi goreng dia pun nampak sedap. Kira food presentation dia rating dari mata bole beri 4star. Bila rasa, Allah..kelaut launtan mana tak tahu. Rasa dia macam ada kurang dia. Macam tak de serai je rasa, ntah lerr. Tapi ku makan jua walau sedikit.
Lepas makan, pusing pusing kejap je dengan anak gajah sebab plan nak tido n bangun awal esok pagi nyer.

Esoknya, sedar sedar suami yang kejut aku bangun subuh. Haish tak cukup tido lagi ke ekau nie mardhiah. Selalu aku bangun sendiri. Hurmm penat mungkin.
Setelah bersiap siap, check-out. Terus shoot ke RNR Gelang Patah untuk jumpa  budak carrier tue. Sempatlah breakfast kat situ sementara tunggu beliau sampai.
Sesudah beliau sampai, kami terus ke kastam link kedua. Pas tue ke menara kastam kat bandar, hantar document..then patah balik ke kastam gelang patah tadi. Fuhh penat juga main patah patah balik nie. Haha takkan nak masuk singapore pulak kan haha.

Alhamdulillah doa berkat aku duduk dalam kereta sensorang nie sambil baca buku si comel ku tue..
selesai juga urusan suami ku itu. 
Dapat approval! 
Alhamdulillah..nasib tak kena stay lagi kat jb malam tue. 
Iye lah esoknya memang la cheq cuti tapi cheq nak pi klinik buat buku pink. 

Busy benow org sebelah tuee ^_^
Haaa baru bole nak layan kita ;p
Selesai selesai meng'update' bos bos, kami ke JPO sebelum gerak balik ke kL.
Kami selamat sampai rumah dalam pukul9 malam..haish aku tak sempat apa2 mandi, makan epal dua biji, aku terus masuk bilik tido. Tak larat dah nie.

Esok pagi beli nasi lemak makcik sebelah rumah, bedal kelaparan haha. 
Siap² pas tue siap2 terus ke Klinik Desa Selayang Baru. Fuhh ramai orang seyh. 
Yang ibu², anak²..bapak², semua ada.
Dan yang spesis macam aku ada 3 orang hari tue.
No aku hari tue 2012. Tiga kali no nie naik.
First, nurse panggil untuk amek details kita dan tulis kat buku pink tue..
Second, nurse panggil amek darah. Uh, aku scary sikit bab nie tapi tak de lah sakit sangat haha.
Third, nurse panggil untuk explain more details pasal kita, advice pemakanan kita..kalau sakit macam tue macam nie apa nak buat..dan dia bagi ubat.
Lepas selesai nie, hah lega boleh balik rumah. Dan sambung tido kembali haha.
En. Suami pula half-day tak berap nak half sebab orang asyik call jadi macam semak dia nk pegi ofis pun ada aku tengok haha.
Okay kita tengok apa kita dapat hari nie.


Next punya appointment 2hb June. Tapi nurse bagi date untuk datang minum air gula dah okay sebab bmi aku tinggi sikit. 
*atas border +1*
Erkkk. Harap harap dipermudahkanlah urusan aku dan selamat kedua-duanya. Aamiin..

Nota kaki
• First Scan 01/05/2014
• Week 8
• Berat : 65.0kg


• Buku Pink 05/05/2014
• Week 8+
• Berat : 66.8kg

No comments:

Post a Comment