Friday, May 23, 2014

Dairi Hamil ku : Minggu 10 - 11 ~ First time minum air gula (MGTT)

Assalamualaikum.

Hai dah lama dah duk dalam draft nie..
Disebabkan kesibukkan dan kemengantukkan yang melampau di ofis nie tak sempat nak curik² masa habiskan entry nie.
Sekarang kalau mengantox tue harus dah nak jadi wajib dah kena lelap sekejap, dapat 5 minit pun cukuplah.
Sedar² da segar da boleh teruskan kerja.

Minggu 10
Hah minggu nie merasa lah aku minum air gula (MGTT) yang selama nie aku asyik dengar dari kawan² office aku nie.
Ada kata kelat lah, likat lah..aish aku jadi seram je bila dengar.
Tapi bila dah merasa tue tak de lah teruk sangat..mungkin tengok orang jugak kott..

Pukul 7:40 pagi aku keluar rumah, sampai klinik pukul 7:48.
Hari tue kakak ipar pun ke klinik juga untuk mgtt nie sebab dia dah 7bulan, dia keluar 7:15 dah aku kelam kabut lagi tunggu encik suami nak breakfast nasi lemak sebelah rumah.
Aku time tue berbulu jee dia bole pulak bakar line kata dah lama tak makan nasi lemak sebelah rumah niee..mesti sedap dia luar biasa..haha. bila ingat balik kelakar rasa.
Yelah mana tak nyer..sebelum minum air gula nie nurse da bagitahu kena puasa dari pukul 10 malam.
Minum air kosong pun tak bole kata nurse tue.
Disebabkan aku takut sangkut..aku betul² ikut.

Sampai je klinik, aku tengok barisan seliper kat tangga tue ohmak ai! dah penuh.
Pukul bape sebenarnya klinik nie bukak, pukul berapa orang first tue datang.?
Tanpa melegah lagi aku masuk amek no.
Untuk MGTT kat klinik desa Selayang Baru nie, diorang buat hanya hari Jumaat setiap minggu sahaja.
So appointment untuk mgtt kena datang jumaat je, kalau kau muntah hari jumaat nie..nurse suruh kau balik..jumaat next week kau datang balik buat lagi sekali..
Haaa nampak tak 'scary' dia.
Tengah²  aku menunggu no. di panggil, ada sorang india perempuan nie datang dengan kakak dia kot..
Nurse tue tanya 'appoinment apa? minum air gula ke?'
Dia pun jawab 'Ya'.
pastue nurse tue tengok buku pink dia..dia cakap 'Owhhhh awak yang da tiga kali minum air gula muntah tue yea..hari nie jangan muntah lagi yea..'
OHMAK AI.! tiga kali kau. hari nie da kali ke empat.
aku apa lagi whatsapp lah suami kat luar tue..bagitahu dia.
Dia dengan penuh dengan semangat lah bagi kata² perangsang.
*haha. padahal lepas je habis aku minum air tue, dia muka cuak tanya macam mana.*

8:30, no. aku di panggil.
Masuk bilik nurse tue amek darah aku kat belakang siku tue, dia cari urat kat situ.
Alih² aku tengok dia macam da jumpa, letak ubat bius..pastue dia macam was² pulak.
Ai seram plak aku. lepas tue dia da nak letak da jarum tue.
TETIBA ada sorang nurse nie panggil. adoyai! ubat bius aku nie bukan lama pun tahan nyer..
Pas tue nurse tue jawab sepatah dua tiga, dia terus cucuk.
Zup! berdezup lah aku rasa dia.

Lepas tue dia beritahu 'awak minum air gula kat sinki tue yea ada nurse dah sediakan dah'
Aku pun okay kan aje..pastue aku tanya.'lepas tue bole makan ke nurse?'
Dia dengan segeranya menjawab 'Eyh jangan! lepas dua jam..awak datang balik amek darah balik..lepas tue baru awak bole makan.'
Aku pun owhh panjang laa dalam hati.
Aku pun menuju ke destinasi cawan gula itu. tengok punya tengok cawan² tue..aku amek je laa.
Aku tengok laa gelagat akak²  yang minum macam relax jee.
aku cari tempat, aku tengok sebelah kakak ipar aku tue kosong aku duduk situ minum air gula tue.
Dengan lafaz bismillahhirrahmannirahhim..aku teguk, teguk, teguk.
eyh. biasa jee rasa dia. adik aku buat air lagi manis dari nie.
hahaha. YES! aku dengan confident nyer berkata dalam hati
*ini bole habis nieee* :)
Elok habis jee aku basuh cawan tue..aku terus keluar pegi kat suami.
Aku cakap jom lah kita pi cuci kereta kee potong rambut abang dulu kee..nanti dua jam kemudian kita datang balik tapi tak bole makan.!
Suami pun cakap 'owhh tak bole makan lagi..'
Aku cakap 'iyelah nanti nak amek darah balik.' pastue aku explain panjang la ke dia.
Dia pun kata 'kesian baby dengan mama baby tak makan lagi'
hehe. Aku pun cakap 'takpelah..dari sangkut nanti lagi susah papa baby nak hanta mama pegi klinik banyak kali..hehehe'

Pukul 10 kemudian, aku da ada kat klinik balik.
Sempat pegi cuci kereta jee. nak potong rambut, saloon tak bukak lagi.
Tunggu punya tunggu..tepat pukul 10:30 aku di panggil.
masuk bilik tue lagi dan terus nurse amek darah.
Aku pun tanya nurse tue 'erm nurse nak amek darah kat tempat yang sama lagi ke?'
*aku tengok bekas kena cucuk dua minggu lepas pun lebam hijau lagi.*
Dia kata 'tak..kita cari kat tempat lain'
Aku pun perhati je laa ke dia. Alih² tempat dia kat pergelangan tangan aku.
Ish. aku da scary semacam. banyak persoalan dalam kepala aku.
*ada urat ke kat situ, bole ke cucuk kat situ bukan ada tulang je ke errk!*


Sesudah selesai dia amek darah, dia bagitahu..'hari Isnin dia akan hanta darah nie ke makmal..
dalam mingu tue jugak kalau awak dapat call dari klinik maksudnya result awak tinggi lah tue..
tapi kalau tak de call, maksudnya result awak tak de masalah. awak datang next appointment nanti yea'
Aku pun cakap okay dan terima kasih..
Then dia bagi buku pink aku tue..aku terus melulu keluar dari klinik.
Dan terus ke saloon, tunggu si suami..baru balik rumah beristirehat lah bagai puteri beradu. hahaha!
Tapi tak lah beradu sangat..sebab aku da adjust suami nak ajak makan ayam penyet kat padang jawa malam nie..so malam tue balik rumah shah alam lah. YEAY!


Kat rumah plak dapat makan strawberry cameron.
Minggu lepas mak ayah dengan adik pergi kelantan sebab sepupu ku bertunang, kemudian stay cameron semalam..diorang whatsapp aku bagitahu hal tue..ai berbulu jeee haha.
Iyelah aku nak follow diorang tapi dengan strict nya ayah kata tak bole. sebab kakak baru lagi tak nak laa jalan jejauh. Iyelah kelantan kot.
Jadi diorang belilah aku strawberry dengan coklat belgium tue..
Ya Allah nikmat betul....


Minggu 11

Syukur minggu nie dah masuk minggu yang ke 11.
Minggu nie aku sedikit seteress mengenai makanan.
Kat office aku nie banyak orang indon jee jual nasi berlauk. pastue KFC kat tepi corner nie.
Semua dah aku dah rasa, jadi sekarang aku dah tak tahu nak makan apa.
mungkin juga sebab pembawakkan budak nie aku tak berselera nak makan. tapi aku kena makan.
Nasi lagi lah aku rasa tak lalu nak makan.
Aku tak de sickness² tue tapi aku punya selera tue memang hilang tak tahu mana nak cari. :(
Bila lepas balik kerja..aku suka nak makan kueh tiaw kung fu.
haaa sebab dia banyak sayur..
tomyam yang aku addicted dulu pun aku dah tak cari dah.

Ha minggu nie, hari Sabtu..cik siti mak sedara berg kat kampung kawen, tapi tak tahu lah bole balik ke tak..sebab kesibukkan dia. Haish susah jugak jadi head department nie...
Hari Ahad pulak, ned bertandang kat klang. haaa hadiah da siap balut dah.
Excited nak pegi majlis dia jumpa kengkawan.
Last week tak dapat pegi majlis akad nikah dia kat dungun..
*terngiang² kata² ayah tak bagi berjalan jauh tue*
hehe.

Nota kaki
• Check-up 16/05/2014
• 1st MGTT
• Week 10
• Berat : 67.0kg

No comments:

Post a Comment