Wednesday, June 4, 2014

Dairi Hamil ku : Minggu 12 - 13 ~ Edge of tomorrow & result MGTT.

Assalamualaikum.

Mood hari nie : tak berapa nak happy, tak berapa nak sedey.
Hah diri sendiri pun dah tak berapa nak faham akan keadaan diri nie.

Minggu 12
Selera makan makin hari makin merudum.
Dari hari ke hari dah tak tahu nak makan apa.
Tapi kadang kala ku makan jua walau sedikit nasi dan selebihnya biskut petak empat segi tepat.
Minggu nie balik Shah Alam, request kat mak nak bihun sup.
Mak pun masak.
Ya ampunnn selera aku untuk bihun sup tue macam monster *erk*
Dari sabtu tengah hari makan, malam pun makan bihun sup mak juga.
Ahad pagi pun breakfast bihun sup, cuma celur bihun dari plastik..dan panaskan sup balik.
disebabkan ahad nak balik awal sebab nak singgah office suami, 
aku belasah double untuk tengah hari sekali haha.
*kenyang blurppp*
Alhamdulillah..ulang ulang cakap terima kasih kat mak.
Bihun sup mak memang lain rasa dari kedai dan masak sendiri *eyh! haha*
Iyelah perlukan improvement.. ;D

Ha sempat mummy daddy bawak baby jalan² tengok wayang; edge of tomorrow.
release sikit laa stress daddy tuee
hajat nak berdip-dip, tapi full house pulak. 
dah pulak tetiba rasa mual datang, berair² mata nie..
jadi tak lah ber'hi-tea' dip dip petang tue, kita pegi hari lain yea baby.. :)
Jadi terus ke ikea bedal hotdog dan karipap.
daddy punya lah lapar kot beli 2 hotdog untuk dia sorang, bole siap pelawa mummy lagi 'nak dua tak hotdog?' aku dengan muka nak termun***nyer..tak sempat nak jawab dia dah kata 'tak pe, kita seludup masuk dalam wayang..kalau mar tak nak, abang makan.' hahaha! ayat diaa thorrrbaik punya..
Aku pun okay je lah.
tapi dalam wayang aku yang bedal jugak haha.
Kuar je dari wayang..aku boleh plak petik burger king macam sedap kan.
*hai pengaruh iklan betul..tapi sebenarnya aku dah google dah kat office berg tadi kikiki*
Tapi aku makan fries jee..whopper nyer aku buat sahur esok.

Minggu 13
Hari nie first day aku nak berpuasa ganti.
Actually aku dah buat puasa enam dan sekalikan dengan puasa ganti syawal lepas.
Tapi, bila aku tanya² dan google²..ada kata boleh nak sekalikan..tapi sebaik²nya dahulukan yang wajib dahalu baru yang sunat. Jadi, kesimpulan nyer..baik ganti dahulu baru buat puasa enam pada bulan syawal.
Tapi yang aku dah buat tue acaner eyh.?
Tak pelah. tengah² tak berselera nie praktis² lah sebelum ramadhan nak tiba nie.
Alhamdulillah..hari pertama dah, kedua pun dah..hari nie patut yang ketiga, disebabkan tak sempat nak masak apa² malam tadi nak buat sahur..aku skip kan. Esok sambung balik lah berpuasa.

Eyh. Lupaa...
Isnin lepas 2hb aku g check up kat klinik desa selayang baru.
Kira ini first time prenatal check-up.
Aku yang tak tahu apa² nie letak buku dah terus duduk tunggu di panggil.
Selalunya amek nombor kan..tapi hari nie machine dia rosak kot..so manual lah panggil nama sorang².
Aku pun duduk sampai rasa tersengguk² jugak lah *ngantoxnyaaa*
Bila nama dah panggil nurse tanya 'da buat test air kencing dah puan.?'
aku pun buat muka blurr cakap 'owh kena eyh? maap saya tak tahu, ini first time datang.'
Mujur dia jawab 'takpe puan gi toilet dulu, saya menyusul kemudian. pastu masuk bilik nie balik.'
nasib masuk bilik balik, ku ingatkan kena tunggu lagi hehe.
Dah masuk bilik balik, dia beritahu pegi bilik sebelah amek darah.
Hah! aku pun terkezut lah. ai darah lagi..tapi tak suh puasa pun..
macam² lah dalam kepala otak aku nie.
Rupa²nyer stapler darah kat hujung jari jee eleyh.
haha. nak check darah tinggi...
hah cakap pasal darah nie teringat result MGTT hari tue..
debar juga nak dapat call dari klinik kalau kantoi test tue.
Alhamdulillah..tiada kencing manis dan darah tinggi..
Syukurrr...

Tapi sekarang mummy risau..selera mummy hilang..
Tapi mummy tak lupa minum susu hari² siang dan malam.
Daddy buat taw susu untuk kita tue..
Harap² tak ada apa² dan baby sihat sahaja.
Mummy cuba makan yea baby..

Nota kaki
• Check-up 02/06/2014
• Week 12+
• Berat : 67.7kg

No comments:

Post a Comment