Monday, September 1, 2014

Diari Hamil Ku : Minggu 24 - 25 ~ SPA exam online & Tommee Tippee.

Assalammualaikum...

Minggu 24
Ikut pada minggu, Alhamdulillah da masuk 6 bulan dah 
usia kandungan baby :)
Kerajinan nak meng'google' barang² baby..checklist ibu & baby..
*oii banyak oi! semua dihujung jari la nie..pilih jee nak guna yang mana..*
Yang paling seronok sekali aku search kat insta! guna hastag, keluar semuaaa...
#barangbabyonline #botolsusu #bajubaby
Paling banyak sekali aku review gambar² sekarang nie ialah #tommetippee
Haaaa aku geram botol gemox² dia! dah lama aku aim botol susu tue time aku bujang jaga budak² kat rumah lepas spm dulu.
Ada jugak lepas balik kerja, aku ajak suami spend sikit masa jalan kat mall on the way nak balik rumah tue usha barang baby. hehe.

Minggu nie apa kita dapat..? =D

RM27.90 ada 8pcs

Rembat napkin nie kat kedai Si Kecil Ibu kat BBS (bandar baru selayang) berdepan dengan paktam tuee..
dah lama usha, jumpa kat IG Marrissa Shoppe, kedai kat Section 20, Shah Alam.
Tapi suami kata dah jumpa nie rembat je laa haha nanti bila cari da tak de stok laa apa laa..
*betul jugak tuee*
Kat kedai nie ada jugak usha barang² lain, kakak owner kedai pun ramah..
banyak info dapat petang tue..
pasal breastpump, botol susu, minyak telon utk baby, nursing bra..haaa macam² lah.
haha. susah nak jumpa consultant free niee kikiki.

Minggu 25
Awal minggu nie dapat berita iaitu


Actually, beberapa minggu lepas dapat for panggilan Exam Online Pen. Peg. Kastam W27..
Ya Allah...Tuhan saja yang tahu, bukan sahaja diuji dengan peperiksaan..malah kesabaran sekali hokey!
Nak masuk sistem memula lepas, kemudian da jawab bahagian A, in beberapa second dia tendang you keluar suh log in balik.
Bila log in balik, soalan yang kita dah jawab tue sistem tak captured jawapan yang kita pilih tadi. ARGGGGHHHhh!!!!
Memula bersabar laa jugak...layankan aje...samapi satu tahap aku da mula stress, baby dalam perut pun da menendang²..tapi aku cool down diri ku balik dengan memikirkan sekiranya
ada rezeki Tuhan nak beri, adalah. Aku cuba jugak nak habiskan exam online tue.
Dengan niat lain nya aku nak tengok pattern soalan SPA macam mana.
Selesai bahagian A, rehat 10 minit..sambung bahagian B. Yaww! Aku suka soalan math.
Di temani adik aku, syamil yg dia pun pro bab² mengira nie..dia pun ada tolong² jugak. hehe.
Disebabkan masa betul² tak sempat, kita buat strategi..tolong menolong satu hal, pastue dia tulis dulu jawapan kat kertas, then nanti ambil masa lagi 10 minit yang akhir, we oulls just click jawapan jee..
Sebab sistem tue kan main tendang² kita keluar, itu lah strategi yang dapat difikirkan.
Alhadulillah selesai jawab 40 soalan bahagian B.
Legaaa laa sikit.
Rehat 10 minit lagi, sempat aku pegi toilet satt.
Menunggu beberapa minit nak ke bahagian C, lagi seminit jee...bila cukup time dia suh kita log in balik.
Bila masuk jee, skrin keluar "Sesi menjawab bahagian B sedang berjalan"
walhal masa tue dah pukul 10:55pagi dah.
Bahagian B tamat pukul 10:40.
Ya Allah...stressnyaaa! *nanges*
aku keep calling SPA punya talian, ada 5 line okay.
kelima lima line aku call, ada engaged, ada dapat tapi tak berangkat.
Aku tak tahu la nie kes naya ke apa.
Aku da nak give up, tapi sempat whatsapp dengan ayah..dia bagi kata semangat pula.
Aku pun dengan tenang keep trying.
Tak sempat buat habih pun tak pa lah.
janji aku dapat tahu macam mana pattern soalan dia.
Aku tunggu sampai time habis okay.
tepat 11:55, aku tak dapat tengok pun bagaimana rupa soalan bahagian C tue.
Tak apalah...ini ujian untuk aku, ada hikmah atas semua nie...

Petang tue aku melawat kawan aku, fazreen yang tengah menunggu hari nak bersalin.
hehe. Aku cuti hari tue untuk wat exam, tapi dapat jugak aku jumpa kawan sorang nie..lama tak jumpa dia.
Ya laah aku kat selayang, dia kat pj, nak jumpa kat a.megah jee..haa nampak, nampak.

Okay nak cite pasal barang baby.
Minggu nie kita dapat tommee tippee.!

A set of twin bottle insulated carrier & tommee tippee starter pack.

Last week kan pegi kedai Si Kecil Ku kat BBS tue, kakak tue ada cakap pasal botol susu.
Botol susu pun ada cetak rompak jugak hokey.
Terkezut ai dengar. Tapi bila fikir²kan balik ada betul jugak.
akak tue bagitahu, botol susu yang tak ori datang dari china atau indonesia.
jadi beware kalau nak beli online. nak safe beli kat kedai or expo yang dari supplier.
If not pun u'olls bole stalk background orang² yang jual barang online nie.
Aku nie plak memang suka nak survey² IG, google bagai.
Lepas aku tengok price okay, check diorang punya backgorund plak.
and last baru aku contact or whatsapp diaorang.
tanya berbagai-bagai soalan. lantak dia laa nak layan ke tak kan. *kasi test skettt ;)*
Alhamdulillah respond & feedback yang baik dari Little Kids Store.
Price kat web dgn IG agak berpatutan, bila kita direct thru whatsapp lagi dapat dicount.
Diorang ada kedai kat bandar baru rawang. but in renovation.
 Ada website : littlekidsstore

So for both, ai dapat dengan price..
RM103.59 for bottle carrier + RM108.38 for starter pack.
*Yaabedabeduuuu.!*
paling murah ai jumpa bottle carrier tue dalam rm115, ada rm150 pun ada..ada plak yang terjumpa carrier tue tommee tippee tulisan dia, tapi color biru..haish. macam nampak sangat jee nak menipu..?

kasi zoom-in skeettt :D

Ada 2 bottle 260ml, 2 bottle 150ml, brush & 2 teats.
Dapat teat for 6month punya..
Tadi ada call Klinik Dahlia Bandar Baru Selayang to make appointment for 3D/4D scan bulan September depan..dan diorang da bagi tarikh 7 Sept pukul 10pagi.
Hai berdebar debar pulak laa kan hehe.
On 11th pulak as usual monthly check up kat klinik desa selayang baru.
Hope semoga berjalan lancar..
nanti kita update lagi.
=) peace! ehe.

No comments:

Post a Comment