Saturday, September 6, 2014

Diari Hamil Ku : Minggu 26 ~ Breastpump, yang mana satu?

Minggu 26
Alhamdulillah, berjaya sesi menjawab peperiksaan SPA online ku tadi.
Aku tak study sangat pun. Buat pun kat rumah guna streamyx je..
Yang W27 hari tue beria aku buat kat cc SS15 sebab tak tahu mana cc yang bukak
pepagi buta, dengan nak meredah jammed lagi.
Tadi memang dia loading lama..tapi aku log in, log out banyak² kali..aku dapat masuk, walaupun masa dia start pukul 9 pagi, aku dapat masuk pukul 9 lebih..dan time hanya tolak 3 minit jee dari 40 minit.
Dan yang aku rasa better lagi adalah dia tak tendang² aku macam W27 hari tue.
Dapatlah jawab tenang..cuma aku masih cuak² takut tak dapat masuk next part.
Akhirnya dapat aku tengok dan jawab bahagian C..
Dan yang paling bersyukur dapat semua sekali soalan.
Alhamdulillah.

Isnin lepas kami pergi ke Nagoya Rawang cari kain untuk buat barut baby.
Nanny dia lah beria nak buat, mummy dia lukis², cari size bantuan dari mr.google ehe =D

Kain yang da plan nak guna adalah hanya kain cotton putih saje..
Tapi kat nagoya tue akak salesgirl duk suggest kain cotton flannel..jadi aku rembat laa jugak haha.

Yang pink tue aku tak tahan sangat color dia. dah laa tinggal satu kayu tue dan berbaki 3.9 meter jee..
Tak fikir banyak dah aku. haha.
sape suruh cute sangat corak dia. 
Mak kata tak kesah laa boy ke girl, bole jee nie pakai buat sarung bantal kee cadar kee..selimut dia kee.
*YESS!*

Kemudian hari rabu lepas, staff Klinik Dahlia bandar baru selayang, ada call beritahu appointment time aku untuk scan 3D/4D kat klinik diorang Ahad nie..pukul 10:30 pagi.
Jadi esok kita dapat intai dia..hehe.
Harap² dapat lah tahu baby nie boboy ke gegurl =)
*daddy dia paling excited lebih pasal 3D/4D nie..tiap petang pas balik kerja mesti ada jee nak sembang pasal nie. haha. you nerves kan daddy sebenarnyaaa.. i know you.. ;p*

Okay. Start rabu, aku sempat meng'google' pasal breastpump (BP). 
WALAUPUN aku sibuk duk siapkan report untuk release hari jumaat minggu nie jugak!
*Siap dengan jayanya hokey*

Aku survey pasal breastpump nie sejak da nampak baby bump aku nie.
dalam week 16 macam tuee..banyak kot..tak tahu mana nk pilih.
Tapi yang aku tahu medela paling mahai. haha.
Yang lain macam² laa brand ada.. snow bear, spectra, malish, autumnz..
Tapi aku mencari double BP auto.
yang aku tapis² tinggal dua nie jee aku nak kena pilih.
Malish Ilaria atau Autumnz Passion.
Aku duk google² pasal dua nie..
youtube pumponthego pun membantu.
Lepas tue dari segi spare part in case rosak kee *ish tak nak laa mintak kan*
nak ganti spare part baru kee..
Aku google info pasal background dua brand nie.
tapi aku tak jumpa sangat info pasal malish.
kata kakak² jual online nie ada service center but diorang tak mention pun kat mana...tak banyak info dapat pasal background malish nie selain ia made in Rusia.

Aku ada email team pumponthego untuk tanya beza antara dua BP nie dan mana yang paling senyap.
Nie feedback dari diorang..


Korang bole jugak tengok youtube diorang..
ada video dua BP nie, aku pun perasan tang bunyi tue..
Credit picture by Autumnz web.
Credit picture by pumponthego web.
End up, aku dah decide nak rembat Autumnz Passion selepas discuss dengan encik suami..
Aku usha² harga..paling murah aku dapat dari LAZADA!
RM405 je.
Aku usha ada jual RM499 dapat free gift macam²..ada jual that price tapi tak de free gift.
*dunno diorang da tak aktif ke apa*
tapi mostly price dalam range RM450 - RM480 untuk yg ada bagi fre gift..
Untuk BP passion tue saje dan hanya free manual knob & USB cable RM399.

Aku bole plak gatal tangan click autumnz ladaza kat result google tue..
tengok price macam terkezut jugak.
ada harga RM359 hokey. tapi dah out of stock. padahal aku aim bag cooler bunga² tue..
hari rabu aku usha, balik aku discuss dengan berg..khamis tengok dah out of stock!
Terpaksa aku amek yang satu lagi bag grey tue pun chantek jugak.
harga after discount RM415, tapi sebelum nie aku sign up lazada dapat free voucher RM10.
So, dengan total RM405 aku dapat :
1) Autumnz Passion pump
2) Henna Grey posh cooler bag
3) 4 autumnz bottles
4) 3 usable icepack
* free Manual knob
* free USB cable

Pastue baru aku teringat pasal warranty card.
Hah. ada yang aku usha² online shop yang ada letak "free one-year warranty" & "comes with one-year warranty"..dah lazada nie tak de ke dalam fikiran ku.
 Aku terus cari no. contact lazada, aku call tanya diorang..tapi aku rasa macam haremm sikit customer service diorang adalah bila aku tanya, dia blur blur, macam tak tahu.
Then dia aku cakap "ke u'all tak tahu isi dalam kotak.?"
baru dia mengaku..haiyooo
Aku pun terus ke website autumnz and terus email dia.
Petang & malam tue jugak dapat feedback. Hah dua kali dia reply taw.


Fuhhh legaa..walau tak buat payment lagi.
*pening oh fikir pasal hal nie, better settlekan cepat. banyak lagi nak kena fikir oii. nanti kasihan duit ko*

Faktor² lain aku pilih autumnz nie kawan aku fazreen pun dia pakai BP nie jugak.
feedback dari dia, dia kata okay.
dulu kakak dia pkai dari anak pertama sampai anak kedua nie pun still okay lagi..
Faktor mempengaruhi nie selain dari nak cari spare part, 
hQ pun dah tahu ada kat mrr2 hulu klang tue..
Sampai la nie aku masih cari malish punya based kat malaysia nie..tak jumpa jumpa lagi..

Okay. So esok kita tunggu yea beberg junior,
boboy ke gegurl.?
=D
hehee.
Nota kaki
• 3D/4D appointment : 07/09/2014, pukul 10 pagi.
• Next check-up : 11/09/2014.

No comments:

Post a Comment